Yeremia 13:1-27

  • Tali pinggang linen yang rosak (1-11)

  • Bekas-bekas wain akan dipecahkan (12-14)

  • Yehuda yang enggan bertaubat akan dibuang negeri (15-27)

    • “Dapatkah orang Kus mengubah warna kulitnya?” (23)

13  Yehuwa berfirman kepadaku, “Pergilah beli seutas tali pinggang yang diperbuat daripada kain linen. Ikatlah tali itu pada pinggangmu, tetapi jangan mencelupkannya ke dalam air.” 2  Maka aku membeli tali pinggang itu seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa, lalu mengikatnya pada pinggangku. 3  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 4  “Ambillah tali pinggang yang telah engkau beli dan yang telah engkau ikatkan pada pinggangmu. Bangunlah dan pergilah ke Sungai Efrat lalu sembunyikanlah tali pinggang itu di celah-celah bukit batu di situ.” 5  Maka aku pun pergi menyembunyikan tali pinggang itu dekat Sungai Efrat, seperti yang diperintahkan oleh Yehuwa. 6  Beberapa lama kemudian, Yehuwa berfirman kepadaku, “Bangunlah dan pergilah ke Sungai Efrat. Ambillah tali pinggang itu yang telah Aku suruh engkau sembunyikan.” 7  Oleh itu, aku pergi ke Sungai Efrat dan menggali keluar tali pinggang itu dari tempat aku menyembunyikannya. Tali pinggang itu sudah rosak dan langsung tidak boleh digunakan. 8  Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, 9  “Inilah firman Yehuwa: ‘Begitulah caranya Aku akan menghancurkan keangkuhan Yehuda dan Yerusalem.+ 10  Bangsa yang jahat ini enggan mematuhi firman-Ku.+ Mereka berkeras mengikut keinginan hati mereka yang jahat.+ Mereka juga melayani dan sujud menyembah tuhan-tuhan lain. Oleh itu, mereka akan menjadi seperti tali pinggang itu yang langsung tidak boleh digunakan.’ 11  ‘Sebagaimana tali pinggang berpaut pada pinggang orang, demikian juga Aku membuat seluruh bangsa Israel dan seluruh bangsa Yehuda berpaut pada-Ku,’ firman Yehuwa, ‘supaya mereka menjadi umat-Ku,+ kemasyhuran-Ku,+ pujian-Ku, dan kemuliaan-Ku. Tetapi mereka tidak mematuhi Aku.’+ 12  “Sampaikanlah perkhabaran ini kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: “Setiap bekas besar haruslah dipenuhi wain.”’ Mereka akan menjawabmu, ‘Adakah kami tidak tahu bahawa setiap bekas besar harus dipenuhi wain?’ 13  Kemudian katakanlah kepada mereka, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku akan memenuhi semua penduduk tanah ini+ dengan wain sehingga mereka menjadi mabuk. Aku akan berbuat demikian kepada raja-raja yang duduk di atas takhta Daud, para imam dan nabi, serta semua penduduk Yerusalem. 14  Sepertimana bekas-bekas yang dihantukkan bersama akan pecah, demikian juga Aku akan menyebabkan mereka membinasakan satu sama lain. Tidak kira bapa atau anak, mereka akan membinasakan satu sama lain,” firman Yehuwa.+ “Aku tidak akan berbelas kasihan terhadap mereka. Aku tidak akan bersedih atau mengasihani mereka. Tiada apa-apa pun yang akan menghalang Aku daripada memusnahkan mereka.”’+ 15  Dengarlah dan tumpukanlah perhatian. Janganlah bersikap angkuh kerana Yehuwa telah berfirman. 16  Muliakanlah Yehuwa, Tuhan kamu,Sebelum Dia membawa kegelapan,Dan sebelum kaki kamu tersandung di kawasan pergunungan pada waktu senja. Kamu mengharapkan cahaya,Tetapi Dia akan membawa kegelapan. Ya, Dia akan mengubah cahaya menjadi kegelapan yang pekat.+ 17  Jika kamu enggan mendengar,Aku akan menangis dengan diam-diam kerana keangkuhan kamu. Aku akan mencucurkan banyak air mata, dan air mata akan terus berlinang dari mataku,+Kerana kawanan Yehuwa+ telah dibawa pergi dan dijadikan tawanan. 18  Beritahulah raja dan bonda ratu,+ ‘Duduklah di tempat yang lebih rendah,Kerana mahkota kamu yang indah akan jatuh dari kepala kamu.’ 19  Kota-kota di sebelah selatan sudah ditutup,* dan tiada orang yang akan membukanya. Seluruh Yehuda sudah ditawan, ya, mereka semua telah dibuang negeri.+ 20  Layangkanlah pandanganmu, dan lihatlah orang yang datang dari arah utara.+ Di manakah biri-biri kamu yang cantik, kawanan yang telah diberikan kepada kamu itu?+ 21  Apakah yang akan kamu katakan apabila kamu dihukumOleh orang yang telah menjadi sahabat rapatmu sejak dahulu lagi?+ Bukankah kamu akan berasa sakit seperti wanita yang sedang bersalin?+ 22  Kamu akan berkata dalam hatimu, ‘Mengapakah semua perkara ini menimpaku?’+ Hal ini demikian kerana kamu telah banyak berbuat salah, maka pakaianmu telah ditanggalkan,+Dan tumit kakimu telah dicederakan dengan teruk. 23  Dapatkah orang Kus* mengubah warna kulitnya, atau seekor harimau bintang mengubah tompoknya?+ Jika ya, kamu pun dapat berbuat baik,Meskipun kamu telah diajar untuk berbuat jahat. 24  Maka Aku akan mencerai-beraikan kamu seperti jerami yang ditiup angin dari padang gurun.+ 25  Inilah bahagianmu, ya, bahagian yang telah Aku tentukan untukmu,” firman Yehuwa,“Kerana kamu telah melupakan Aku+ dan mempercayai kata-kata dusta.+ 26  Oleh itu, Aku akan menanggalkan pakaianmu,Dan kamu akan dimalukan di hadapan semua orang.+ 27  Kamu berzina,+ meringkik dengan penuh nafsu,Dan melacurkan diri tanpa rasa malu. Aku nampak kamu melakukan semua perbuatan yang jijik ini,+Di atas bukit-bukit dan di padang-padang. Hai Yerusalem, malanglah engkau! Berapa lama lagikah engkau akan tetap dalam keadaan najis?”+

Nota Kaki

Atau “dikepung.”
Atau “Etiopia; Habsyah.”