Yeremia 14:1-22

  • Kemarau, kebuluran, dan pedang (1-12)

  • Nabi-nabi palsu dikutuk (13-18)

  • Yeremia mengakui dosa-dosa bangsa Israel (19-22)

14  Demikianlah firman Yehuwa kepada Yeremia tentang masa kemarau:+  2  Yehuda meratap,+ dan pintu-pintu gerbangnya sudah roboh. Pintu-pintu itu tenggelam ke dalam tanah dengan sedih,Dan kedengaran seruan dari Yerusalem.  3  Para pekerja disuruh oleh tuan mereka untuk mencari air. Mereka pergi ke perigi-perigi* tetapi tiada air di situ. Mereka kembali dengan bekas-bekas yang kosong. Mereka malu dan kecewa,Dan kepala mereka berselubung.  4  Oleh sebab hujan tidak membasahi tanah,Tanah menjadi begitu kering sehingga merekah.+Para petani putus asa dan kepala mereka berselubung.  5  Bahkan rusa betina di padang meninggalkan anaknya yang baru lahirKerana tidak ada rumput di situ.  6  Keldai liar berdiri di bukit-bukit yang tandus. Keldai-keldai itu tercungap-cungap seperti serigala.Mata keldai-keldai itu kabur kerana tidak menjumpai tumbuhan.+  7  Walaupun dosa kami membuktikan bahawa kami bersalah,Tolonglah kami demi nama-Mu, ya Yehuwa.+ Kami selalu tidak setia,+Dan kami telah berdosa terhadap-Mu.  8  Ya harapan Israel, Engkaulah Penyelamat+ Israel pada waktu kesusahan.Tetapi mengapakah Engkau seperti orang asing di negeri ini,Dan seperti pengembara yang singgah hanya untuk satu malam?  9  Mengapakah Engkau seperti orang yang bingung,Dan seperti orang kuat yang tidak dapat menyelamatkan sesiapa pun? Ya Yehuwa, Engkau berada dalam kalangan kami,+Dan kami dipanggil dengan nama-Mu.+ Janganlah tinggalkan kami. 10  Inilah firman Yehuwa tentang umat ini: “Mereka suka merayau-rayau+ dan enggan mengawal kaki mereka.+ Maka Aku, Yehuwa, tidak berkenan terhadap mereka.+ Sekarang Aku akan mengingati kesalahan mereka dan menghukum mereka atas dosa-dosa mereka.”+ 11  Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Janganlah berdoa bagi kesejahteraan umat ini.+ 12  Apabila mereka berpuasa, Aku tidak akan mendengar rayuan mereka.+ Apabila mereka mempersembahkan korban bakar dan korban bijirin, Aku akan menolak korban-korban itu.+ Aku akan mendatangkan pedang, kebuluran, dan wabak penyakit untuk menghapuskan mereka.”+ 13  Aku pun berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, para nabi berkata kepada mereka, ‘Kamu tidak akan nampak pedang. Kebuluran tidak akan menimpa kamu. Tuhan akan mengurniakan kedamaian yang sejati kepada kamu di negeri ini.’”+ 14  Yehuwa berfirman kepadaku, “Para nabi itu menyampaikan nubuat palsu atas nama-Ku.+ Aku tidak menyuruh mereka untuk berbuat demikian. Aku tidak mengutus mereka atau berfirman kepada mereka.+ Nubuat-nubuat mereka hanyalah penglihatan yang palsu, ramalan yang tidak berguna, dan rekaan hati mereka yang licik.+ 15  Meskipun Aku tidak mengutus mereka, mereka bernubuat atas nama-Ku dan berkata bahawa pedang atau kebuluran tidak akan melanda negeri ini. Maka inilah firman-Ku, Yehuwa, berkenaan nabi-nabi itu: ‘Mereka akan dihapuskan dengan pedang dan kebuluran.+ 16  Orang yang mendengar nubuat mereka akan mati kerana pedang dan kebuluran. Mayat mereka akan dilemparkan ke jalan-jalan di Yerusalem. Tiada orang yang akan mengebumikan mereka,+ isteri mereka, dan anak-anak mereka kerana Aku akan mendatangkan malapetaka yang setimpal dengan perbuatan mereka.’+ 17  “Engkau mesti menyampaikan perkhabaran ini kepada mereka,‘Biarlah air mataku bercucuran siang dan malam tanpa henti,+Kerana bangsaku yang bagaikan anak dara telah dicederakan dan dihancurkan sama sekali.+Lukanya sangat parah. 18  Jika aku keluar ke padang dan melayangkan pandanganku,Aku nampak orang yang telah mati dibunuh pedang!+ Jika aku masuk ke dalam kota,Aku nampak orang yang sakit disebabkan kebuluran!+ Para nabi dan imam merayau-rayau di negeri yang asing bagi mereka.’”+ 19  Adakah Engkau menolak Yehuda sama sekali, atau adakah Engkau membenci Sion?+ Mengapakah Engkau menghukum kami sehingga kami tidak mendapat penyembuhan?+ Kami mengharapkan kedamaian, tetapi tiada apa-apa yang baik datang.Kami mengharapkan penyembuhan, tetapi yang ada hanyalah ketakutan!+ 20  Ya Yehuwa, kami mengaku bahawa kami jahat,Dan kami mengakui dosa nenek moyang kami.Ya, kami telah berdosa terhadap-Mu.+ 21  Demi nama-Mu, janganlah tinggalkan kami.+Janganlah memandang hina takhta-Mu yang mulia. Ingatlah perjanjian-Mu dengan kami, dan janganlah batalkannya.+ 22  Dapatkah tuhan-tuhan bangsa lain yang tidak berguna itu menurunkan hujan?Dapatkah langit mencurahkan air hujan dengan sendirinya? Ya Yehuwa, Tuhan kami, bukankah Engkau sahaja yang dapat berbuat demikian?+ Kami berharap kepada-Mu,Kerana hanya Engkau yang dapat melakukan semua hal ini.

Nota Kaki

Atau “lubang-lubang.”