Yeremia 15:1-21

  • Yehuwa tidak akan mengubah keputusan-Nya (1-9)

  • Yeremia mengadu (10)

  • Yehuwa menjawab (11-14)

  • Yeremia berdoa (15-18)

    • Gembira kerana makan firman Tuhan (16)

  • Yeremia dikuatkan oleh Yehuwa (19-21)

15  Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Biarpun Musa dan Samuel berdiri di hadapan-Ku,+ Aku tidak akan berkenan kepada umat ini. Usirlah mereka dari hadapan-Ku. Biarlah mereka pergi.  Jika mereka bertanya kepadamu, ‘Ke manakah kami harus pergi?’ jawablah mereka, ‘Inilah firman Yehuwa: “Sesiapa yang akan mati kerana penyakit, biarlah dia mati kerana penyakit! Sesiapa yang akan mati kerana pedang, biarlah dia mati kerana pedang!+ Sesiapa yang akan mati kebuluran, biarlah dia mati kebuluran! Sesiapa yang akan menjadi tawanan, biarlah dia dijadikan tawanan!”’+  “‘Aku akan mendatangkan empat malapetaka*+ atas mereka,’ firman Yehuwa, ‘iaitu pedang untuk membunuh, anjing untuk mengheret mayat mereka, dan burung dari langit serta binatang buas di bumi untuk memakan dan membinasakan mereka.+  Aku akan menyebabkan semua kerajaan di bumi menjadi takut setelah melihat apa yang menimpa mereka.+ Aku berbuat demikian kerana apa yang telah dilakukan oleh anak Hizkia, iaitu Raja Manasye dari Yehuda, ketika dia berada di Yerusalem.+   Wahai Yerusalem, siapakah yang akan mengasihanimu?Siapakah yang akan bersimpati terhadapmu?Siapakah yang akan singgah untuk bertanya tentang keadaanmu?’   ‘Engkau telah meninggalkan Aku,’ firman Yehuwa.+ ‘Engkau asyik membelakangi Aku.*+ Oleh itu, Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk menentangmu dan membinasakanmu.+ Aku sudah penat menunjukkan belas kasihan terhadapmu.*   Aku akan menampimu seperti menampi* bijirin di pintu-pintu gerbang negeri ini. Aku akan membunuh anak-anakmu.+ Wahai umat-Ku, Aku akan membinasakan kamu,Kerana kamu tidak mahu mengubah haluan hidup kamu.+   Aku akan menyebabkan bilangan balu kamu menjadi lebih banyak daripada pasir di laut. Aku akan membawa pemusnah untuk memusnahkan ibu-ibu dan pemuda-pemuda pada waktu tengah hari. Aku akan membuat mereka runsing dan takut dengan tiba-tiba.   Wanita yang telah melahirkan tujuh orang anak menjadi lemah;Dia susah bernafas. Baginya, matahari sudah terbenam meskipun hari masih siang.Dia dimalukan dan dihina.’* ‘Beberapa orang daripada kalangan mereka yang masih hidupAkan Aku serahkan kepada pedang musuh mereka,’ firman Yehuwa.”+ 10  Wahai ibuku, malanglah aku kerana engkau telah melahirkan aku!+Aku sering terlibat dalam pertengkaran dan perselisihan di seluruh negeri ini. Aku tidak pernah menerima pinjaman atau memberikan pinjaman,Tetapi mereka semua mengutuk aku. 11  Yehuwa berfirman, “Aku pasti akan melayan engkau dengan baik.Aku pasti akan menolong engkau sewaktu malapetaka menimpa,Sewaktu engkau berhadapan dengan musuh. 12  Siapakah yang dapat mematahkan besi dari utara?Siapakah yang dapat mematahkan tembaga? 13  Aku akan membiarkan kekayaan dan harta bangsamu menjadi barang jarahan,+Bukan kerana Aku ingin mendapatkan apa-apa daripada mereka, tetapi kerana mereka telah melakukan banyak dosa di seluruh negeri ini. 14  Kemurkaan-Ku seperti api yang bernyala-nyala,Yang akan membakar mereka.+ Maka Aku akan menyerahkan kekayaan dan harta mereka kepada musuh-musuh mereka,Dan musuh-musuh mereka akan membawanya ke negeri yang asing bagi mereka.”+ 15  Ya Yehuwa, Engkau tahu tentang keadaanku.Ingatlah aku dan halakanlah perhatian-Mu kepadaku. Balaslah mereka yang menganiaya aku.+ Janganlah terlalu sabar* terhadap mereka sehingga mereka dapat membinasakan aku. Ingatlah bahawa aku dikutuk kerana-Mu.+ 16  Aku menemui firman-Mu, dan aku memakannya.+Firman-Mu membuat hatiku gembira dan bersukacita,Kerana aku menyandang nama-Mu, ya Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga. 17  Aku tidak duduk bersama orang yang berpesta dan bersuka ria.+ Aku duduk bersendirian kerana bimbingan daripada tangan-Mu,Kerana Engkau telah memenuhi aku dengan kemarahan.*+ 18  Mengapakah kesakitanku begitu teruk dan lukaku tidak sembuh-sembuh? Ya, lukaku tidak mahu sembuh. Adakah Engkau seperti sumber air yang tiba-tiba mengering,Yang tidak dapat dipercayai? 19  Maka inilah firman Yehuwa: “Jika engkau kembali kepada-Ku, Aku akan berkenan kepadamu sekali lagi,Dan engkau akan berdiri di hadapan-Ku. Jika engkau mengasingkan apa yang bernilai daripada apa yang tidak bernilai,Engkau akan menjadi jurucakap-Ku.* Mereka terpaksa berpaling kepadamu,Tetapi engkau tidak akan berpaling kepada mereka.” 20  “Aku akan menjadikan engkau seperti tembok tembaga yang kukuh dalam kalangan umat ini.+ Mereka pasti akan melawan engkau,Tetapi mereka tidak akan mengalahkanmu,+Kerana Aku menyertaimu untuk melindungi dan menyelamatkanmu,” firman Yehuwa. 21  “Aku akan menyelamatkan engkau daripada orang jahat,Dan membebaskan engkau daripada cengkaman orang yang zalim.”

Nota Kaki

Atau mungkin, “empat jenis hukuman.” Harfiah, “empat keluarga.”
Atau mungkin, “asyik berjalan mundur.”
Atau “sudah penat berasa kesal.”
Proses mengasingkan biji-bijian daripada sekam.
Atau mungkin, “Matahari itu berasa malu dan segan-silu.”
Atau “lambat marah.”
Atau “dengan perkhabaran yang buruk.”
Atau “menjadi seperti mulut-Ku.”