Yeremia 16:1-21

  • Yeremia dilarang berkahwin, berkabung, dan berpesta (1-9)

  • Umat Israel dihukum, kemudian dibawa pulang ke negeri mereka (10-21)

16  Yehuwa berfirman kepadaku sekali lagi, 2  “Janganlah berkahwin dan janganlah mempunyai anak-anak di negeri ini. 3  Hal ini demikian kerana inilah firman Yehuwa berkenaan anak-anak yang dilahirkan di sini, berkenaan ibu-ibu yang telah melahirkan mereka, dan berkenaan bapa-bapa yang menyebabkan kelahiran mereka di negeri ini: 4  ‘Mereka akan mati kerana penyakit,+ tetapi tiada sesiapa pun yang akan berkabung untuk mereka atau menguburkan mereka. Mereka akan dibiarkan di permukaan tanah seperti baja.+ Mereka akan mati dibunuh pedang dan mati kebuluran.+ Mayat mereka akan dimakan oleh burung di langit dan binatang liar di bumi.’  5  Inilah firman Yehuwa,‘Janganlah masuk ke dalam rumah orang yang sedang berkabung,Dan janganlah menangis atau menunjukkan rasa simpati.’+ ‘Hal ini demikian kerana Aku tidak lagi mengurniakan kedamaian kepada umat ini,’ firman Yehuwa,‘Aku tidak lagi menunjukkan kasih setia dan belas kasihan terhadap mereka.+  6  Baik orang kaya mahupun orang miskin akan mati di negeri ini. Mayat mereka tidak akan dikebumikan.Tiada orang akan berkabung untuk mereka,Dan tiada sesiapa pun yang akan melukakan tubuh atau membotakkan kepala untuk mereka.*  7  Tiada sesiapa yang akan menyediakan makanan untuk orang yang sedang berkabung,Untuk melegakan hati mereka semasa mereka kehilangan orang tersayang.Tiada sesiapa yang akan memberi mereka secawan wain untuk menenangkan perasaan merekaSemasa mereka kehilangan ibu atau bapa.  8  Selain itu, janganlah pergi ke rumah orang yang sedang berpesta.Janganlah duduk dan makan minum bersama-sama mereka.’ 9  “Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: ‘Aku akan menghentikan suara kegembiraan, suara sukacita, suara pengantin lelaki, dan suara pengantin perempuan yang kedengaran di negeri ini. Kamu akan melihat hal ini berlaku semasa kamu masih hidup.’+ 10  “Apabila engkau menyampaikan semua hal ini kepada umat ini, mereka akan bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa mahu mendatangkan malapetaka yang besar ini atas kami? Apakah kesalahan dan dosa kami terhadap Yehuwa, Tuhan kami?’+ 11  Hendaklah engkau menjawab, ‘“Nenek moyang kamu telah meninggalkan Aku,”+ firman Yehuwa, “dan mereka asyik melayani dan sujud menyembah tuhan-tuhan lain.+ Mereka telah meninggalkan Aku, dan melanggar hukum-Ku.+ 12  Tetapi perbuatan kamu pula jauh lebih buruk daripada perbuatan nenek moyang kamu.+ Kamu berkeras mengikut keinginan hati kamu yang jahat dan enggan mematuhi Aku.+ 13  Maka Aku akan mengusir kamu dari negeri ini, dan kamu akan pergi ke negeri yang asing bagi kamu dan nenek moyang kamu.+ Di situ, kamu akan menyembah tuhan-tuhan lain siang dan malam+ kerana Aku tidak akan berkenan kepada kamu.”’ 14  “‘Akan tiba masanya,’ firman Yehuwa, ‘apabila mereka tidak lagi berkata, “Kami bersumpah demi Yehuwa, Tuhan kami yang hidup, yang telah membawa orang Israel keluar dari Mesir!”+ 15  Sebaliknya mereka akan berkata, “Kami bersumpah demi Yehuwa, Tuhan kami yang hidup, yang telah membawa orang Israel keluar dari negeri di utara dan dari semua negeri tempat Dia mencerai-beraikan mereka!” Ya, Aku akan membawa mereka kembali ke negeri mereka, iaitu negeri yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka.’+ 16  ‘Aku akan mengutus banyak nelayan,’ firman Yehuwa,‘Dan nelayan-nelayan itu akan menangkap mereka. Selepas itu, Aku akan mengutus banyak pemburu,Dan pemburu-pemburu itu akan memburu mereka di setiap gunung dan bukit,Serta di celah-celah bukit batu. 17  Mata-Ku memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Tiada apa-apa pun yang tersembunyi daripada-Ku.Aku nampak semua dosa mereka. 18  Mula-mula, Aku akan menghukum mereka setimpal dengan dosa dan kesalahan mereka,+Kerana mereka telah menajiskan tanah-Ku dengan patung-patung berhala mereka yang tidak bernyawa dan* menjijikkan.Ya, mereka telah memenuhi tanah warisan-Ku dengan benda-benda yang menjijikkan.’”+ 19  Ya Yehuwa, Engkaulah kekuatanku dan kubuku,Tempat naunganku ketika aku ditimpa kesusahan.+Bangsa-bangsa dari keempat-empat penjuru bumi akan datang kepada-Mu,Dan mereka akan berkata, “Nenek moyang kami telah mewarisi patung-patung berhala,*Benda yang sia-sia dan tidak membawa sebarang kebaikan.”+ 20  Dapatkah manusia membuat tuhan sendiri?Tuhan-tuhan yang dibuat oleh mereka bukanlah Tuhan yang benar.+ 21  “Oleh itu, Aku akan mengajar mereka.Ya, Aku akan mengajar mereka tentang kuasa dan kekuatan-Ku,Dan mereka akan tahu bahawa nama-Ku ialah Yehuwa.”

Nota Kaki

Adat perkabungan orang kafir yang nampaknya diamalkan oleh orang Israel yang murtad.
Harfiah, “dengan bangkai-bangkai berhala mereka yang.”
Harfiah, “mewarisi kepalsuan.”