Yeremia 2:1-37

  • Israel meninggalkan Yehuwa dan pergi kepada tuhan-tuhan lain (1-37)

    • Israel seperti pokok anggur yang liar (21)

    • Pakaiannya kotor dengan kesan darah (34)

2  Yehuwa berfirman kepadaku, 2  “Pergilah ke Yerusalem dan umumkanlah, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku ingat akan kasih setia yang telah engkau tunjukkan semasa engkau masih muda.+Ya, kasih yang engkau tunjukkan semasa engkau menjadi tunang-Ku.+Engkau telah mengikut-Ku di padang belantara,Di tanah yang tidak ditaburi benih.+  3  Pada waktu itu, Israel suci di mata Yehuwa;+ mereka ialah hasil tuaian-Nya yang pertama.”’ ‘Sesiapa yang membaham Israel akan berdosa, Dan malapetaka akan menimpa mereka,’ firman Yehuwa.”+  4  Dengarlah firman Yehuwa, hai keturunan Yakub,Dan semua keluarga daripada bangsa Israel.  5  Inilah firman Yehuwa: “Apakah kesalahan-Ku terhadap nenek moyangmu?+Mengapakah mereka menjauhi-Ku,Dan mengikut patung-patung berhala yang tidak berguna+ sehingga mereka juga menjadi tidak berguna?+  6  Mereka tidak bertanya, ‘Di manakah Yehuwa,Tuhan yang membawa kita keluar dari Mesir,+Yang telah membawa kita melintasi padang belantara,Tanah yang berpasir+ dan berlubang,Tanah yang kering+ dan yang diliputi bayangan gelap,Tanah yang tidak dilalui manusia,Dan yang tidak didiami orang?’  7  Kemudian Aku menuntun engkau ke tanah yang dipenuhi kebun,Supaya engkau dapat memakan buahnya dan menikmati segala yang baik.+ Tetapi setelah engkau datang ke tanah-Ku, engkau mencemarinya.Engkau telah menjadikan warisan-Ku sesuatu yang jijik.+  8  Para imam tidak bertanya, ‘Di manakah Yehuwa?’+ Orang yang sepatutnya mengajarkan hukum-Ku tidak mengenal-Ku,Para gembala memberontak terhadap-Ku,+Para nabi bernubuat atas nama Baal,+Dan mereka mengikut tuhan-tuhan yang tidak berguna.  9  ‘Oleh itu, Aku akan terus menentang engkau,’+ firman Yehuwa,‘Dan Aku akan menentang keturunanmu.’ 10  ‘Tetapi pergilah ke kepulauan Kitim+ dan lihatlah! Ya, hantarlah utusan ke Kedar+ dan fikirlah secara mendalam;Pertimbangkanlah sama ada hal seperti ini pernah berlaku atau tidak. 11  Pernahkah suatu bangsa menggantikan tuhan-tuhan mereka dengan tuhan-tuhan yang palsu? Tidak. Tetapi umat-Ku telah menggantikan kemuliaan-Ku dengan tuhan-tuhan yang tidak berguna.+ 12  Wahai langit, lihatlah hal ini dengan rasa hairan,Dan terketar-ketarlah kerana takut,’ firman Yehuwa, 13  ‘Kerana umat-Ku telah melakukan dua perkara yang jahat: Mereka telah meninggalkan Aku, sumber air yang hidup,+Dan mereka telah menggali perigi* untuk diri sendiri.Tetapi perigi-perigi itu bocor dan tidak dapat menampung air.’ 14  ‘Adakah Israel hamba atau abdi yang dilahirkan di rumah tangga majikannya? Jadi mengapa pula mereka menjadi seperti orang yang dijarah? 15  Singa yang muda mengaum ke arah mereka.+Singa-singa itu mengaum dengan kuat, Dan menjadikan tanah mereka tempat yang menakutkan. Kota-kota mereka telah dibakar dengan api supaya tiada orang dapat mendiaminya. 16  Penduduk Nof*+ dan Tahpanes+ menggondolkan tanahmu.* 17  Bukankah engkau sendiri yang menyebabkan hal ini berlaku kepadamu?Engkau telah meninggalkan Yehuwa, Tuhanmu+Semasa Dia membimbingmu dalam perjalananmu. 18  Mengapa engkau mahu pergi ke Mesir+Untuk minum air di Shihor?* Mengapa engkau mahu pergi ke Assyria+Untuk minum air di Sungai Efrat? 19  Engkau patut belajar daripada perbuatan jahatmu,Dan engkau patut ditegur kerana engkau tidak setia. Sedarlah dan ketahuilah betapa buruk dan pahitnya akibat perbuatanmu+Kerana engkau telah meninggalkan Aku, Yehuwa, Tuhanmu;Engkau langsung tidak takut kepada-Ku,’+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan Yang Berdaulat. 20  ‘Dahulu Aku telah menghancurkan kukmu*+Dan memutuskan rantai yang mengikatmu. Tetapi engkau berkata, “Aku tidak akan berkhidmat kepada-Mu.” Di atas setiap bukit yang tinggi dan di bawah setiap pokok yang subur,+Engkau berbaring dan melacurkan diri.+ 21  Engkau ditanam daripada baka asli pokok anggur merah yang terbaik.+Tetapi mengapakah engkau berubah menjadi pokok anggur liar yang menghasilkan tunas-tunas yang buruk?’+ 22  ‘Walaupun engkau mandi dengan menggunakan sabun dan garam,*Dalam pandangan-Ku, engkau masih kotor kerana kesalahanmu,’+ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat. 23  Bagaimanakah engkau dapat berkata, ‘Aku tidak pernah menajiskan diriku. Aku tidak pernah mengikuti Baal’? Lihatlah perbuatanmu di lembah. Fikirkanlah apa yang telah engkau lakukan. Engkau seperti unta betina yang muda dan tangkas,Yang berlari ke sana sini, tanpa arah tuju. 24  Engkau seperti keldai liar di padang belantara,Yang menghidu-hidu angin ketika sedang berahi. Siapakah yang dapat mengawal keldai yang sedang berahi? Keldai-keldai jantan tidak perlu bersusah payah mencarinya Kerana dia pasti akan ditemui pada musim mengawan. 25  Jangan biarkan kakimu tidak berkasut,Dan jangan biarkan kerongkongmu kering. Tetapi engkau berkata, ‘Tiada gunanya!+ Aku telah jatuh cinta dengan orang* asing,+Jadi aku akan mengikuti mereka.’+ 26  Seperti seorang pencuri yang dimalukan sewaktu ditangkap,Begitu juga orang Israel akan dimalukan,Termasuk raja-raja mereka, para pembesar mereka,Imam-imam mereka, dan nabi-nabi mereka.+ 27  Mereka berkata kepada sebatang pokok, ‘Engkaulah bapaku,’+ Dan kepada sebuah batu, ‘Engkaulah yang telah melahirkan aku.’ Mereka enggan menghadap Aku malah mereka berpaling daripada-Ku.+ Sewaktu mereka ditimpa malapetaka, mereka akan berkata,‘Bangkitlah dan selamatkanlah kami!’+ 28  Wahai Yehuda, di manakah patung dewa dewi yang engkau buat itu?+ Biarlah mereka bangkit dan menyelamatkanmu sewaktu engkau ditimpa malapetaka.Bukankah bilangan dewa dewimu sebanyak kota-kotamu?+ 29  ‘Mengapa kamu asyik menentang-Ku? Mengapa kamu memberontak terhadap-Ku?’+ firman Yehuwa. 30  Sia-sia sahaja Aku menghukum anak-anakmu.+ Mereka enggan menerima disiplin-Ku.+Pedangmu telah membunuh nabi-nabimu,+Seperti seekor singa yang membaham mangsanya. 31  Wahai generasi, pertimbangkanlah firman Yehuwa. Adakah Aku seperti padang belantara bagi Israel?Atau adakah Aku seperti tanah yang gelap dan berbahaya bagi mereka? Mengapakah mereka, umat-Ku, berkata, ‘Kami akan mengembara dengan bebas. Kami tidak akan kembali kepada-Mu lagi’?+ 32  Dapatkah seorang anak dara melupakan perhiasannya?Dapatkah seorang pengantin perempuan melupakan ikat pinggangnya? Namun umat-Ku telah melupakan Aku buat jangka masa yang panjang.+ 33  Wahai wanita, engkau memang pandai mencari cinta. Patutlah engkau begitu mahir berbuat jahat!+ 34  Pakaianmu juga kotor dengan kesan darah orang yang miskin dan tidak bersalah.+Meskipun Aku tidak nampak mereka pecah masuk ke dalam rumahmu,Aku masih nampak kesan darah mereka pada semua pakaianmu.+ 35  Tetapi engkau berkata, ‘Aku tidak bersalah. Jadi Dia pasti tidak akan marah kepadaku lagi.’ Sekarang Aku akan menghukummuKerana engkau berkata, ‘Aku tidak berdosa.’ 36  Mengapa engkau mengubah haluanmu sesuka hati? Engkau pasti akan menanggung malu kerana Mesir,+Sepertimana engkau telah menanggung malu kerana Assyria.+ 37  Engkau juga akan berjalan keluar sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas kepalamu,+Kerana Yehuwa telah menolak orang yang engkau harapkan;Mereka tidak akan membantumu untuk berjaya.”

Nota Kaki

Kemungkinan besar perigi-perigi ini digali di kawasan berbatu.
Atau “Memfis.”
Harfiah, “makan di atas mercu kepalamu.”
Iaitu, salah satu cabang Sungai Nil.
Lihat Kamus.
Perkataan Ibrani merujuk kepada bahan kimia yang dikenali sebagai soda.
Atau “tuhan-tuhan.”