Yeremia 20:1-18

  • Pasyhur memukul Yeremia (1-6)

  • Yeremia tidak dapat berhenti menginjil (7-13)

    • Firman Tuhan seperti api yang membara (9)

    • Yehuwa seperti pahlawan perkasa (11)

  • Yeremia merungut (14-18)

20  Apabila Yeremia menubuatkan hal-hal ini, Pasyhur anak Imer sedang mendengarnya. Pasyhur ialah seorang imam yang juga bertugas sebagai ketua pemimpin di Rumah Yehuwa.  Kemudian Pasyhur memukul Nabi Yeremia dan mengenakan pasung*+ padanya di Pintu Gerbang Benyamin, yang terletak di kawasan yang lebih tinggi di Rumah Yehuwa.  Tetapi pada keesokan harinya, apabila Pasyhur melepaskan Yeremia, Yeremia berkata kepadanya, “Nama yang diberikan oleh Yehuwa kepadamu bukan Pasyhur, tetapi Ketakutan di Mana-Mana.+  Maka inilah firman Yehuwa: ‘Aku akan membuat engkau dan kawan-kawanmu menjadi sangat takut. Engkau akan nampak mereka dibunuh dengan pedang musuh.+ Aku akan menyerahkan seluruh Yehuda ke dalam tangan raja Babilon, dan raja itu akan membawa penduduknya ke Babilon sebagai tawanan dan membunuh mereka dengan pedang.+  Aku akan membiarkan musuh-musuh mengambil semua kekayaan kota ini, semua sumbernya, semua barangnya yang berharga, dan semua harta benda raja-raja Yehuda.+ Ya, semuanya akan dijarah, dirampas, dan dibawa ke Babilon.+  Hai Pasyhur, engkau dan seisi rumahmu akan ditawan. Engkau akan dibawa ke Babilon dan mati di situ. Engkau akan dikuburkan di situ bersama dengan semua kawanmu kerana engkau telah menyampaikan nubuat yang palsu kepada mereka.’”+   Ya Yehuwa, Engkau telah memperdaya aku, dan aku terpedaya. Engkau menggunakan kekuatan-Mu dan mengalahkan aku.+ Aku menjadi bahan ejekan sepanjang hari. Ya, semua orang mengetawakan aku.+   Setiap kali aku bercakap, aku mesti berteriak dan mengumumkan,“Keganasan! Kemusnahan!” Aku telah dihina dan diejek sepanjang hari kerana firman Yehuwa.+   Oleh itu aku berkata, “Aku tidak akan menyebut tentang Dia lagi. Aku tidak akan menyebut nama-Nya lagi.”+ Tetapi firman-Nya membara dalam hatiku, seperti api yang terkurung dalam tulang-tulangku. Aku letih kerana berusaha menahannya,Dan aku tidak dapat bertahan lagi.+ 10  Aku terdengar banyak khabar angin,Dan aku diselubungi ketakutan.+ “Kutuklah dia! Marilah kita kutuk dia!” Orang yang mengucapkan salam damai kepadaku, sebenarnya menantikan kejatuhanku.+ Mereka berkata,“Harap-harap dia akan tersilap langkah,Supaya kita dapat mengalahkannya dan membalas dendam.” 11  Yehuwa seperti pahlawan perkasa yang berada di sisiku.+ Itulah sebabnya orang yang menganiaya aku akan tersandung dan tidak dapat bertahan.+ Mereka akan menjadi sangat malu kerana mereka tidak akan berjaya. Kehinaan mereka akan kekal buat selama-lamanya dan tidak akan dilupakan orang.+ 12  Tetapi ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, Engkau memeriksa orang yang baik. Engkau nampak hati dan fikiran manusia yang tersembunyi.*+ Biarlah aku menyaksikan pembalasan-Mu terhadap mereka+Kerana aku telah menyerahkan perkaraku ke dalam tangan-Mu.+ 13  Bernyanyilah kepada Yehuwa! Pujilah Yehuwa! Kerana Dia telah menyelamatkan orang yang miskin daripada cengkaman orang yang jahat. 14  Terkutuklah hari kelahiranku! Semoga hari ibuku melahirkan aku tidak diberkati!+ 15  Terkutuklah orang yang membuat bapaku bersukacitaDengan membawa berita baik ini kepadanya: “Kamu mendapat seorang anak lelaki!” 16  Biarlah orang itu menjadi seperti kota-kota yang dihancurkan oleh Yehuwa tanpa rasa kesal. Biarlah dia mendengar jeritan pada waktu pagi dan seruan perang pada waktu tengah hari. 17  Mengapakah aku tidak dibunuh ketika aku masih di dalam kandungan ibuku,Supaya ibuku menjadi kuburku,Dan aku tetap dikandung ibuku?+ 18  Mengapakah aku harus dilahirkan,Dan melihat kesusahan dan penderitaan,Lalu mengakhiri hari-hariku dengan rasa malu?+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Atau “dan perasaan manusia yang terdalam.” Harfiah, “ginjal.”