Yeremia 21:1-14

  • Yehuwa menolak permintaan Zedekia (1-7)

  • Pilih untuk hidup atau mati (8-14)

21  Yeremia mendapat perkhabaran daripada Yehuwa ketika Raja Zedekia+ mengutus Pasyhur+ anak Malkia dan Imam Zefanya+ anak Maaseya kepadanya dengan permintaan berikut: 2  “Hai Yeremia, mintalah petunjuk daripada Yehuwa bagi pihak kita, kerana Raja Nebukadnezar* dari Babilon telah datang untuk berperang dengan kita.+ Mungkin Yehuwa akan melakukan mukjizat untuk kita, dan raja itu akan berundur.”+ 3  Yeremia berkata kepada mereka, “Sampaikanlah perkhabaran ini kepada Zedekia, 4  ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: “Tangan kamu sedang memegang senjata untuk melawan raja Babilon+ dan orang Kasdim yang mengepung kota kamu. Tetapi Aku akan menggunakan senjata perang kamu sendiri untuk melawan kamu. Aku juga akan mengumpulkannya* di tengah-tengah kota ini. 5  Aku sendiri akan menentang kamu+ dengan tangan-Ku yang perkasa dan lengan-Ku yang terentang, kerana Aku marah, berang, dan sangat murka.+ 6  Aku akan membunuh penduduk kota ini. Baik manusia mahupun haiwan, semuanya akan mati kerana wabak penyakit yang dahsyat.”’+ 7  “‘“Selepas itu,” firman Yehuwa, “Raja Zedekia, iaitu raja Yehuda, bersama para pegawainya dan rakyat di dalam kota ini yang terselamat daripada penyakit, pedang, dan kebuluran, akan Aku serahkan ke dalam tangan Raja Nebukadnezar dari Babilon. Ya, mereka semua akan diserahkan ke dalam tangan musuh-musuh mereka yang ingin meragut nyawa mereka.+ Raja itu tidak akan mengasihani mereka dan akan membunuh mereka dengan pedang. Dia akan membunuh mereka semua tanpa rasa belas kasihan dan tanpa ampun.”’+ 8  “Katakanlah kepada umat ini, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku memberikan dua pilihan kepada kamu, iaitu jalan yang menuju kehidupan atau jalan yang menuju kematian. 9  Orang yang tinggal di dalam kota ini akan mati dibunuh pedang, kebuluran, dan wabak penyakit. Tetapi orang yang keluar dan menyerah diri kepada orang Kasdim yang sedang mengepung kota ini akan terus hidup. Orang itu akan menyelamatkan nyawanya sendiri.”’+ 10  “‘“Aku menentang kota ini. Aku akan membawa malapetaka atasnya, dan bukannya berkat,”+ firman Yehuwa. “Kota ini akan diserahkan ke dalam tangan raja Babilon,+ dan raja itu akan membakarnya dengan api.”+ 11  “‘Wahai seisi rumah raja Yehuda, dengarlah firman Yehuwa. 12  Wahai keluarga Daud, inilah firman Yehuwa: “Tegakkanlah keadilan setiap pagi,Dan selamatkanlah orang yang dirompak daripada tangan perompak,+Agar kemarahan-Ku tidak membara seperti api,+Yang terus membakar dan tidak dapat dipadamkanKerana perbuatan-perbuatan jahat kamu.”’+ 13  ‘Hai bukit batu di tanah rata,’ firman Yehuwa,‘Hai penduduk lembah,* Aku akan menentang kamu.’ ‘Berkenaan orang yang berkata, “Siapakah yang akan menentang kami? Siapakah yang akan menyerang tempat tinggal kami?” 14  Aku akan menghukum kamuSetimpal dengan perbuatan kamu,’+ firman Yehuwa. ‘Aku akan membakar hutan-hutan kamu,Dan segala sesuatu di sekelilingmu akan turut terbakar.’”+

Nota Kaki

Harfiah, “Nebukadrezar,” ejaan lain bagi nama ini.
Atau “mengumpulkan mereka.”
Atau “dataran rendah.”