Yeremia 22:1-30
22 Yehuwa berfirman, “Pergilah ke istana raja Yehuda, dan sampaikanlah perkhabaran ini.
2 Katakanlah, ‘Dengarlah firman Yehuwa, hai raja Yehuda yang duduk di atas takhta Daud, para pegawai, dan rakyat yang masuk melalui pintu-pintu gerbang ini.
3 Inilah firman Yehuwa: “Tegakkanlah keadilan dan kebenaran, selamatkanlah orang yang dirompak daripada tangan orang yang menipunya, janganlah menindas penduduk asing, balu, dan anak yatim,+ dan janganlah menumpahkan darah orang yang tidak bersalah di tempat ini.+
4 Jika kamu melakukan semua ini dengan sebaik-baiknya, raja-raja yang duduk di atas takhta Daud+ akan masuk melalui pintu-pintu gerbang istana ini dengan mengenderai kereta kuda dan menunggang kuda-kuda. Mereka akan masuk bersama para pegawai dan rakyat mereka.”’+
5 “‘Tetapi jika kamu mengingkari firman-Ku ini, Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, ‘bahawa istana ini akan menjadi reruntuhan.’+
6 “Inilah firman Yehuwa berkenaan istana raja Yehuda:‘Dalam pandangan-Ku, engkau seperti Gilead,Seperti puncak Lebanon.
Tetapi Aku akan menjadikan engkau padang belantara,Dan semua kotamu tidak akan didiami orang.+
7 Aku akan melantik para pemusnah untuk menyerangmu.Mereka akan membawa senjata masing-masing,+Dan menebang pokok sedarmu yang terbaikLalu melemparkannya ke dalam api.+
8 “‘Bangsa-bangsa yang lalu di kota ini akan saling bertanya, “Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap kota yang indah ini?”+
9 Kemudian orang akan menjawab, “Kerana mereka telah melanggar perjanjian mereka dengan Yehuwa, Tuhan mereka, dan sujud menyembah tuhan-tuhan lain.”’+
10 Janganlah meratapi orang yang telah mati,Dan janganlah bersimpati terhadapnya.
Sebaliknya, tangisilah orang yang akan dibawa pergi,Kerana dia tidak akan melihat tanah kelahirannya lagi.
11 “Inilah firman Yehuwa berkenaan Salum*+ anak Yosia, yang telah menggantikan bapanya sebagai raja Yehuda,+ dan yang akan dibawa pergi dari tempat ini: ‘Dia tidak akan kembali ke sini lagi
12 kerana dia akan mati di negeri pembuangan, dan dia tidak akan melihat negeri ini lagi.’+
13 Malanglah orang yang mendirikan rumahnya dengan ketidakjujuran,Dan mendirikan bilik-bilik atasnya tanpa keadilan,Yang memaksa orang lain bekerja tanpa upah,Dan yang enggan membayar gaji mereka.+
14 Orang itu berkata, ‘Aku akan mendirikan rumah yang besar untuk diriku,Dengan bilik-bilik atasnya yang besar.
Aku akan memasang jendela-jendela,Dan melapisinya dengan kayu sedar lalu mengecatnya dengan warna merah.’
15 Adakah engkau akan terus memerintah semata-mata kerana engkau menggunakan lebih banyak kayu sedar berbanding orang lain?
Bapamu juga makan dan minum.Tetapi dia telah menegakkan keadilan dan kebenaran,+Maka dia hidup sejahtera.
16 Dia membela tuntutan orang yang ditindas dan orang yang miskin,Maka dia hidup sejahtera.
‘Bukankah itu ertinya mengenal Aku?’ firman Yehuwa.
17 ‘Tetapi matamu dan hatimu hanya tertumpu kepada kekayaan yang diraih dengan cara yang tidak jujur.Kamu juga asyik mencari peluang untuk menumpahkan darah orang yang tidak bersalah,Dan menipu serta memeras ugut orang lain.’
18 “Maka inilah firman Yehuwa berkenaan Yehoyakim+ anak Yosia, raja Yehuda:‘Mereka tidak akan meratapi kematiannya dengan berkata,
“Aduhai saudara lelakiku! Aduhai saudara perempuanku!”
Mereka tidak akan meratapi kematiannya dengan berkata,
“Aduhai tuanku! Aduhai rajaku!”
19 Dia akan diheret dan dibuang+Di luar pintu-pintu gerbang Yerusalem,Seperti yang dilakukan orang terhadap bangkai seekor keldai.’+
20 Pergilah ke Lebanon dan berserulah di sana.Lantangkanlah suaramu di Basan,Dan berteriaklah dari Abarim,+Kerana semua kekasihmu sudah pun dihancurkan.+
21 Aku pernah berfirman kepadamu ketika engkau hidup makmur.
Tetapi engkau berkata, ‘Aku tidak akan patuh kepada-Mu.’+
Itulah yang engkau lakukan sejak zaman mudamu.Engkau enggan mematuhi firman-Ku.+
22 Angin akan menghalau semua gembalamu,+Dan semua kekasihmu akan ditawan.
Kemudian engkau akan dimalukan dan dihina kerana malapetaka yang akan menimpamu.
23 Hai kamu yang tinggal di Lebanon,+Kamu yang menetap di tengah-tengah pokok sedar,+Betapa kuatnya raunganmu apabila kamu ditimpa kesakitan,Seperti kesakitan yang dialami oleh wanita yang sedang bersalin!”+
24 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, ‘bahawa meskipun engkau, Konia*+ anak Yehoyakim,+ raja Yehuda, merupakan cincin mohor pada tangan kanan-Ku, Aku masih akan menanggalkan engkau dari tangan-Ku!
25 Aku akan menyerahkan engkau ke dalam tangan orang yang ingin meragut nyawamu dan orang yang engkau takuti, iaitu ke dalam tangan Raja Nebukadnezar dari Babilon dan ke dalam tangan orang Kasdim.+
26 Aku akan mengusir engkau dan ibumu yang telah melahirkanmu. Ya, Aku akan mencampakkan kamu ke negeri yang bukan tempat kelahiranmu, dan kamu akan mati di sana.
27 Biarpun kamu rasa rindu akan negeri ini, kamu semua tidak akan kembali ke sini.+
28 Adakah Konia seperti periuk pecah yang telah dibuang,Dan yang tidak disukai lagi?
Mengapakah dia dan keturunannya diusirDan dicampakkan ke negeri yang tidak dikenali mereka?’+
29 Hai bumi, bumi, bumi! Dengarlah firman Yehuwa!
30 Inilah firman Yehuwa:
‘Catatlah lelaki ini sebagai orang yang tidak mempunyai anak.
Dia akan gagal seumur hidupnya.
Tiada seorang pun daripada keturunannya yang akan berjayaDuduk di atas takhta Daud dan memerintah Yehuda lagi.’”+