Yeremia 3:1-25
3 Orang bertanya, “Jika seorang suami mengusir isterinya dan isterinya meninggalkan dia lalu menjadi isteri orang lain, patutkah bekas suami itu mengambil dia kembali sebagai isteri?”
Bukankah tanah ini telah tercemar sama sekali?+
“Engkau telah melacur dengan banyak orang.+Jadi patutkah engkau kembali kepada-Ku sekarang?” firman Yehuwa.
2 “Pandanglah ke arah bukit-bukit dan lihatlah!
Di tempat manakah engkau belum dirogol?
Engkau seperti pengembara* di padang belantara,Yang duduk di pinggir jalan dan menantikan mereka.
Engkau asyik menajiskan tanah iniDengan pelacuran dan perbuatan jahatmu.+
3 Itulah sebabnya hujan tidak turun,+Dan hujan pada musim bunga tidak datang.
Wajahmu seperti wajah seorang isteri yang melacurkan diri secara terang-terangan;Engkau langsung tidak tahu malu.+
4 Tetapi sekarang engkau berseru kepada-Ku,‘Bapaku! Engkaulah sahabat karibku sejak kecil!+
5 Patutkah Engkau terus menaruh dendam?Patutkah Engkau terus berasa geram?’
Itulah yang engkau katakan,Tetapi engkau terus melakukan semua hal jahat yang dapat engkau lakukan.”+
6 Pada zaman Raja Yosia,+ Yehuwa telah berfirman kepadaku, “‘Adakah engkau nampak apa yang telah dilakukan oleh Israel yang curang itu? Dia telah melacurkan diri di atas setiap gunung yang tinggi dan di bawah setiap pokok yang subur.+
7 Selepas dia melakukan semua ini, Aku berkali-kali menyuruh dia untuk kembali kepada-Ku,+ tetapi dia enggan kembali. Yehuda asyik memerhatikan kakaknya, pengkhianat itu.+
8 Apabila Aku nampak hal ini, Aku mengusir Israel yang tidak setia itu dan memberikan surat cerai+ kepadanya kerana dia telah berzina.+ Tetapi adik perempuannya, iaitu Yehuda, pengkhianat itu, tidak takut, malah dia turut menjadi pelacur.+
9 Dia memandang ringan perbuatannya itu. Dia terus mencemari tanah ini dan melakukan perzinaan dengan batu dan pokok.+
10 Meskipun demikian, adik perempuannya, Yehuda, enggan kembali kepada-Ku dengan sepenuh hati. Dia hanya berpura-pura berbuat demikian,’ firman Yehuwa.”
11 Kemudian Yehuwa berfirman kepadaku, “Israel yang tidak setia itu ternyata lebih baik daripada Yehuda, pengkhianat itu.+
12 Pergilah ke arah utara dan umumkanlah kata-kata berikut:+
“‘“Wahai Israel yang suka memberontak, kembalilah kepada-Ku,” firman Yehuwa.’+ ‘“Aku tidak akan murka terhadapmu lagi+ kerana Aku setia,” firman Yehuwa.’ ‘“Aku tidak akan terus murka.
13 Tetapi engkau haruslah mengakui kesalahanmu kerana engkau telah memberontak melawan Aku, Yehuwa, Tuhanmu. Di bawah setiap pokok yang subur, engkau bersetubuh dengan orang yang tidak engkau kenal.* Engkau juga tidak mahu mendengar suara-Ku,” firman Yehuwa.’”
14 “Wahai anak-anak-Ku yang suka memberontak, kembalilah kepada-Ku,” firman Yehuwa. “Aku ialah tuan* kamu yang sebenar. Aku akan mengambil seorang dari setiap kota dan dua orang daripada setiap keluarga, dan Aku akan membawa kamu ke Sion.+
15 Aku akan memberi kamu para gembala yang bertindak selaras dengan kehendak-Ku.*+ Mereka akan memberi kamu pengetahuan dan pemahaman.
16 Pada waktu itu, bilangan kamu akan bertambah banyak dan kamu akan beranak cucu di tanah ini,” firman Yehuwa.+ “Tiada orang akan berkata, ‘Tabut perjanjian Yehuwa!’ Tabut itu tidak akan terlintas dalam fikiran mereka. Mereka sama sekali tidak akan memikirkannya atau mengingatinya, dan tabut itu tidak akan dibina lagi.
17 Pada waktu itu, mereka akan memanggil Yerusalem sebagai takhta Yehuwa.+ Semua bangsa akan dikumpulkan di Yerusalem untuk memuliakan nama Yehuwa,+ dan mereka tidak akan berkeras lagi untuk mengikut hati mereka yang jahat.”
18 “Pada waktu itu, bangsa Yehuda dan bangsa Israel akan bersatu padu.+ Mereka akan datang bersama-sama dari tanah di utara dan kembali ke tanah yang telah Aku berikan kepada nenek moyang mereka sebagai warisan.+
19 Aku berfikir, ‘Aku akan menempatkan kamu dalam kalangan anak-anak-Ku dan memberimu tanah yang cantik ini, ya warisan yang terindah dalam kalangan bangsa-bangsa!’+ Aku juga berfikir bahawa kamu akan memanggil Aku, ‘Bapa!’ dan bahawa kamu tidak akan meninggalkan Aku.
20 ‘Sebagaimana seorang isteri mengkhianati suaminya dan meninggalkannya, demikian juga dengan kamu, hai bangsa Israel. Kamu juga telah mengkhianati Aku,’+ firman Yehuwa.”
21 Di atas bukit-bukit, kedengaran suatu suara,Suara orang Israel yang menangis dan merayu,Kerana mereka telah mengikut haluan yang sesat;Mereka telah melupakan Yehuwa, Tuhan mereka.+
22 “Kembalilah, wahai anak-anak-Ku yang suka memberontak.
Aku akan menyembuhkan kamu agar kamu tidak lagi memberontak.”+
“Ya Yehuwa, inilah kami! Kami telah datang kepada-Mu,Kerana Engkau ialah Tuhan kami.+
23 Sesungguhnya, riuh-rendah di atas bukit-bukit dan gunung-ganang hanyalah kepalsuan.+
Sememangnya Tuhan Yehuwalah yang dapat menyelamatkan Israel.+
24 Sejak masa muda kami, benda* yang memalukan telah mengambil segala yang telah diusahakan oleh nenek moyang kami.+Benda itu telah memakan biri-biri, kambing, lembu,Dan anak-anak mereka.
25 Biarlah kami berbaring dengan rasa malu,Dan biarlah rasa hina menyelubungi kami,Kerana kami telah berdosa terhadap Yehuwa, Tuhan kami.+Ya, kami dan nenek moyang kami telah berdosa sejak masa muda kami sehingga hari ini.+Kami juga tidak mematuhi firman Yehuwa, Tuhan kami.”