Yeremia 31:1-40

  • Orang Israel yang masih hidup akan tinggal di negeri mereka semula (1-30)

    • Rahel menangisi anak-anaknya (15)

  • Perjanjian yang baharu (31-40)

31  “Pada waktu itu,” firman Yehuwa, “Aku akan menjadi Tuhan kepada semua keluarga Israel, dan mereka akan menjadi umat-Ku.”+  2  Inilah firman Yehuwa: “Orang yang selamat daripada serangan pedang akan mendapat perkenan Tuhan di padang belantaraApabila Israel berjalan ke tempat rehatnya.”  3  Dari jauh, Yehuwa menampakkan diri-Nya kepadaku dan berfirman, “Aku telah menunjukkan kasih abadi kepadamu. Kerana kasih ini, Aku memimpin engkau kepada-Ku.*+  4  Aku akan membangun engkau semula, dan engkau akan dibina.+ Hai Israel yang bagaikan anak dara, engkau akan mengambil tamborinmu sekali lagiDan menari-nari dengan sukacita.*+  5  Engkau akan membuka semula ladang-ladang anggur di pergunungan Samaria;+Para peladang akan bercucuk tanam dan menikmati hasilnya.+  6  Akan tiba masanya apabila para pengawal di pergunungan Efraim akan berseru, ‘Bangkitlah, dan marilah kita naik ke Sion, kepada Yehuwa, Tuhan kita.’”+  7  Inilah firman Yehuwa: “Berserulah kepada Yakub dengan gembira. Bersorak-sorailah kerana kamu memimpin bangsa-bangsa.+ Hebahkanlah hal ini, dan pujilah Tuhan dengan berkata,‘Ya Yehuwa, selamatkanlah umat-Mu, iaitu orang Israel yang masih hidup.’+  8  Aku akan membawa mereka pulang dari negeri di sebelah utara.+ Aku akan mengumpulkan mereka dari hujung bumi.+ Bersama mereka, ada orang buta dan orang lumpuh,+Wanita yang hamil dan wanita yang hendak bersalin; ya, mereka semua Akan kembali ke sini sebagai sebuah kumpulan yang besar.+  9  Mereka akan kembali sambil menangis.+ Mereka akan memohon perkenan-Ku dan Aku akan memimpin mereka. Aku akan membawa mereka ke sungai-sungai,*+Melalui jalan yang rata agar mereka tidak tersandung. Akulah Bapa Israel, dan Efraim ialah anak sulung-Ku.”+ 10  Wahai bangsa-bangsa, dengarlah firman Yehuwa,Dan umumkannya di pulau-pulau yang jauh:+ “Tuhan yang telah mencerai-beraikan Israel akan mengumpulkannya semula. Dia akan menjaga Israel seperti seorang gembala menjaga kawanannya.+ 11  Yehuwa akan menebus Yakub,+Dan menyelamatkan Yakub daripada tangan orang yang lebih kuat daripadanya.+ 12  Mereka akan datang dan berseru dengan gembira di atas Gunung Sion.+Mereka akan berseri-seri kerana kebaikan* Yehuwa,Kerana bijirin, wain baharu,+ dan minyak,Dan kerana biri-biri, kambing, dan lembu yang muda.+ Mereka akan menjadi seperti taman yang cukup airnya,+Dan mereka tidak akan merana lagi.”+ 13  “Pada waktu itu, anak dara akan menari dengan gembira.Pemuda-pemuda dan lelaki yang tua juga akan menari bersama-sama.+ Aku akan mengubah kesedihan mereka menjadi kebahagiaan.+ Aku akan melegakan hati mereka dan memberi mereka sukacita, bukannya dukacita.+ 14  Aku akan memuaskan para imam dengan makanan yang berlimpah-limpah.Umat-Ku akan berpuas hati dengan kebaikan-Ku,”+ firman Yehuwa. 15  “Inilah firman Yehuwa: ‘Kedengaran suara tangisan dan ratapan di Rama.+ Itulah suara Rahel yang sedang menangisi anak-anaknya.+ Dia enggan dihiburkan,Kerana mereka sudah tiada lagi.’”+ 16  Inilah firman Yehuwa: “‘Hentikanlah rintihanmu dan tangisanmu,Kerana jerih payahmu akan diberikan ganjaran,’ firman Yehuwa. ‘Mereka akan pulang dari negeri musuh.’+ 17  ‘Ada harapan bagi masa depanmu,’+ firman Yehuwa. ‘Anak-anakmu akan kembali ke negeri mereka.’”+ 18  “Sememangnya Aku telah mendengar Efraim meratap dan berkata,‘Aku seperti seekor anak lembu yang belum dilatih,Tetapi Engkau mengajar aku, dan aku telah menerima ajaran-Mu. Bawalah aku kembali, dan aku akan kembali dengan rela,Kerana Engkaulah Tuhanku, ya Yehuwa. 19  Aku menyesal, dan aku kembali kepada-Mu.+Apabila Engkau membuat aku faham, aku memukul pahaku dengan sedih. Aku berasa malu dan hina,+Atas apa yang telah aku lakukan pada masa mudaku.’” 20  “Bukankah Efraim seperti anak kesayangan-Ku, anak-Ku yang tercinta?+ Meskipun Aku sering memarahinya, Aku masih ingat padanya. Hati-Ku tersentuh kerana dia.+ Aku pasti akan mengasihaninya,” firman Yehuwa.+ 21  “Letakkanlah tanda jalan bagi dirimu,Dan pasanglah petunjuk jalan.+ Perhatikanlah jalan yang harus kamu tempuh dengan baik-baik.+ Hai Israel yang bagaikan anak dara, pulanglah dan kembalilah ke kota-kotamu. 22  Hai bangsa yang tidak setia, sampai bilakah kamu akan ragu-ragu? Yehuwa telah menciptakan sesuatu yang baharu di bumi: Seorang isteri akan mencari suaminya* dengan bersungguh-sungguh.” 23  Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel: “Apabila Aku mengumpulkan semua orang yang telah ditawan, kata-kata ini akan kedengaran lagi di negeri Yehuda dan kota-kotanya: ‘Hai gunung suci,+ tempat orang menemui kebenaran,+ semoga Yehuwa memberkatimu.’ 24  Orang akan tinggal di Yehuda dan semua kotanya. Para petani dan para gembala dengan ternakan mereka akan tinggal di sana.+ 25  Aku akan menyegarkan orang yang letih dan menguatkan orang yang merana.”+ 26  Oleh sebab hal ini, aku terbangun dan membuka mataku. Aku sudah tidur dengan nyenyak. 27  “Lihatlah! Masanya akan tiba,” firman Yehuwa, “apabila Aku akan membuat keturunan Israel dan keturunan Yehuda bertambah banyak. Aku juga akan melipatgandakan bilangan ternakan mereka.”+ 28  “Sebagaimana Aku memerhatikan mereka supaya Aku dapat mencabut, merobohkan, meruntuhkan, membinasakan, dan mencelakakan mereka,+ demikian juga Aku akan memerhatikan mereka supaya Aku dapat menanam dan membina mereka,”+ firman Yehuwa. 29  “Pada waktu itu, mereka tidak lagi berkata, ‘Bapa makan anggur mentah, tetapi anak yang ngilu* gigi.’+ 30  Sebaliknya, sesiapa yang makan anggur mentah, dia sendirilah yang akan ngilu gigi. Ya, setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri.” 31  “Lihatlah! Masanya akan tiba,” firman Yehuwa, “apabila Aku akan membuat perjanjian baharu dengan keturunan Israel dan keturunan Yehuda.+ 32  Perjanjian ini bukan seperti perjanjian yang telah Aku buat dengan nenek moyang mereka pada hari Aku memegang tangan mereka untuk memimpin mereka keluar dari Mesir.+ ‘Mereka melanggar perjanjian-Ku,+ meskipun Aku ialah tuan* mereka yang sebenar,’ firman Yehuwa.” 33  “Selepas masa itu, Aku akan membuat perjanjian ini dengan bangsa Israel,” firman Yehuwa. “Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam diri mereka+ dan Aku akan menuliskannya dalam hati mereka.+ Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.”+ 34  “Tidak ada seorang pun yang akan mengajar jirannya dan saudara-saudaranya sendiri dengan berkata, ‘Kenalilah Yehuwa!’+ Hal ini demikian kerana mereka semua akan mengenal Aku, daripada orang yang paling kecil sehingga orang yang paling besar,”+ firman Yehuwa. “Aku akan mengampunkan kesalahan mereka dan Aku tidak akan mengingat dosa mereka.”+ 35  Yehuwa membuat matahari untuk menerangi siang,Memberikan perintah kepada* bulan dan bintang untuk menerangi malam,Mengocakkan air laut dan membuat ombaknya bergelora.Nama-Nya ialah Yehuwa, ketua angkatan syurga.Inilah firman-Nya:+ 36  “‘Sebagaimana peraturan-peraturan ini tidak akan lenyap,’ firman Yehuwa,‘Demikian juga keturunan Israel tidak akan lenyap dari mata-Ku sebagai sebuah bangsa.’”+ 37  Inilah firman Yehuwa: “‘Seandainya pada suatu masa langit dapat diukur dan asas bumi dapat diterokai, pada masa itulah Aku akan menolak semua keturunan Israel kerana segala perbuatan mereka,’ firman Yehuwa.”+ 38  “Lihatlah! Masanya akan tiba,” firman Yehuwa, “apabila kota itu akan dibina+ bagi Yehuwa, dari Menara Hananel+ sampai ke Pintu Gerbang Sudut.+ 39  Tali pengukur akan direntangkan+ sampai ke Bukit Gareb lalu membelok ke Goa. 40  Seluruh lembah,* iaitu tempat mayat dan abu* dibuang, dan semua padang sejauh Lembah Kidron,+ sampai ke penjuru Pintu Gerbang Kuda+ di sebelah timur, akan menjadi sesuatu yang suci bagi Yehuwa.+ Semuanya tidak akan dicabut atau dirobohkan lagi.”

Nota Kaki

Atau “Aku sentiasa menunjukkan kasih setia kepadamu.”
Atau “dengan orang yang sedang ketawa.”
Atau “ke wadi-wadi.”
Atau “kerana hal-hal baik daripada.”
Harfiah, “Seorang wanita akan mencari seorang lelaki.”
Harfiah, “tumpul.”
Atau mungkin, “suami.”
Atau “Menetapkan hukum bagi.”
Atau “dataran rendah.”
Iaitu, abu yang bercampur lemak daripada korban yang dibakar.