Yeremia 41:1-18

  • Gedalia dibunuh oleh Ismael (1-10)

  • Ismael melarikan diri kerana Yohanan (11-18)

41  Pada bulan ketujuh, Ismael+ anak Netania, cucu Elisama, iaitu seorang pegawai tinggi yang berasal daripada kerabat diraja, pergi ke Mizpa bersama 10 orang yang lain untuk membunuh Gedalia anak Ahikam. Semasa mereka sedang makan bersama-sama di Mizpa,+  Ismael anak Netania dan 10 orang itu menghunus pedang dan membunuh Gedalia anak Ahikam, cucu Safan. Demikianlah Ismael membunuh gabenor yang telah dilantik oleh raja Babilon.  Ismael juga membunuh semua orang Yahudi yang ada bersama Gedalia di Mizpa, termasuk tentera Kasdim yang ada di situ.  Pada hari kedua setelah Gedalia dibunuh, sebelum sesiapa pun mengetahui tentang pembunuhan itu,  80 orang datang dari Sikhem,+ Silo,+ dan Samaria.+ Mereka telah mencukur janggut, mengoyakkan pakaian, dan melukakan badan sendiri.+ Mereka membawa korban bijirin dan kemenyan putih+ untuk dipersembahkan di Rumah Yehuwa.  Maka Ismael anak Netania keluar dari Mizpa untuk menemui mereka. Sambil berjalan, dia menangis, dan apabila dia bersemuka dengan mereka, dia berkata, “Marilah kita pergi berjumpa dengan Gedalia anak Ahikam.”  Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kota, Ismael anak Netania dan para pengikutnya membunuh mereka dan mencampakkan mayat mereka ke dalam sebuah perigi.  Tetapi ada 10 orang antara mereka yang berkata kepada Ismael, “Tolonglah, jangan bunuh kami! Kami ada bekalan gandum, barli, minyak, dan madu yang telah kami sembunyikan di ladang.” Oleh itu, mereka tidak dibunuh bersama saudara-saudara mereka yang lain.  Ismael mencampakkan mayat semua orang yang telah dibunuhnya ke dalam sebuah perigi yang besar sehingga perigi itu penuh dengan mayat. Perigi itu telah digali oleh Raja Asa semasa dia diancam oleh Raja Baesa dari Israel.+ 10  Ismael menangkap semua orang yang masih tinggal di Mizpa,+ termasuk anak-anak perempuan raja dan semua rakyat di situ. Sebelum itu, mereka telah diserahkan oleh Nebuzaradan, ketua pengawal istana itu, ke bawah jagaan Gedalia+ anak Ahikam. Ismael anak Netania menangkap mereka semua lalu berangkat ke negeri orang Ammon.+ 11  Apabila Yohanan+ anak Kareah dan semua ketua tentera yang bersamanya mendengar tentang semua perbuatan jahat yang telah dilakukan oleh Ismael anak Netania, 12  mereka mengumpulkan askar-askar mereka dan pergi menyerang Ismael. Mereka menjumpai dia dekat kolam besar di Gibeon. 13  Semua orang yang ditawan oleh Ismael bersukacita apabila mereka nampak Yohanan anak Kareah dan ketua-ketua tentera yang ada bersamanya. 14  Kemudian semua orang yang telah ditawan oleh Ismael dari Mizpa+ berpatah balik dan pergi bersama Yohanan anak Kareah. 15  Tetapi Ismael anak Netania dan lapan orang pengikutnya berjaya melepaskan diri daripada Yohanan. Mereka pergi kepada orang Ammon. 16  Yohanan anak Kareah dan semua ketua tentera yang bersamanya mengumpulkan orang dari Mizpa, yang telah diselamatkan oleh mereka daripada Ismael setelah Ismael membunuh Gedalia.+ Dari Gibeon, mereka membawa balik lelaki, wanita, kanak-kanak, askar-askar, dan para pegawai istana. 17  Sebelum mereka bertolak ke Mesir,+ mereka tinggal di tempat penginapan Kimham dekat Betlehem+ 18  kerana mereka takut kepada orang Kasdim. Hal ini demikian kerana Ismael anak Netania telah membunuh Gedalia anak Ahikam, yang telah dilantik oleh raja Babilon untuk menjadi gabenor negeri itu.+

Nota Kaki