Yeremia 45:1-5

  • Perkhabaran Yehuwa kepada Barukh (1-5)

45  Berikut merupakan kata-kata Nabi Yeremia yang dicatatkan oleh Barukh+ anak Neria dalam sebuah kitab. Kata-kata ini disampaikan oleh Yeremia+ kepada Barukh pada tahun keempat pemerintahan Yehoyakim+ anak Yosia, raja Yehuda:  “Hai Barukh, inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel, mengenaimu:  ‘Engkau berkata, “Malanglah aku kerana Yehuwa telah menambahkan kesedihan kepada kesusahanku! Aku sudah penat mengeluh, dan aku tidak mendapat ketenangan.”’”  Tuhan berfirman, “Beritahulah Barukh, ‘Inilah firman Yehuwa: “Lihatlah! Aku akan merobohkan apa yang telah Aku bina di seluruh negeri ini. Aku juga akan mencabut apa yang telah Aku tanam di seluruh negeri ini.+  Tetapi engkau pula sibuk memburu kejayaan.* Jangan lakukan hal itu lagi.”’ “‘Aku akan mendatangkan malapetaka atas semua orang,’+ firman Yehuwa, ‘tetapi ke mana sahaja engkau pergi, Aku akan menyelamatkan nyawamu.’”+

Nota Kaki

Harfiah, “hal-hal yang besar.”