Yeremia 46:1-28
46 Yehuwa berfirman kepada Nabi Yeremia berkenaan bangsa-bangsa.+
2 Angkatan tentera Firaun Nekho,+ iaitu raja Mesir,+ yang berada dekat Sungai Efrat telah dikalahkan oleh Raja Nebukadnezar dari Babilon. Hal ini berlaku di Karkemis pada tahun keempat pemerintahan Yehoyakim+ anak Yosia, raja Yehuda. Berikut merupakan firman Tuhan berkenaan Mesir:
3 “Sediakanlah perisai kecil* dan perisai besar kamu,Dan maralah ke medan pertempuran.
4 Hai penunggang kuda, pasanglah perlengkapan kuda dan naiklah ke atas kuda kamu.
Ambillah tempat kamu masing-masing dan pakailah topi besi kamu.
Gilaplah tombak kamu dan kenakanlah baju zirah kamu.
5 ‘Mengapakah Aku nampak mereka begitu takut?
Mereka berundur, dan pahlawan mereka tumpas.
Mereka lari lintang-pukang, dan pahlawan mereka tidak menoleh ke belakang.
Rasa takut ada di mana-mana sahaja,’ firman Yehuwa.
6 ‘Orang yang tangkas tidak dapat melepaskan diri, dan para pahlawan tidak dapat melarikan diri.
Mereka tersandung dan terjatuhDi sebelah utara, di tebing Sungai Efrat.’+
7 Siapakah yang naik seperti air Sungai Nil,Seperti air sungai yang bergelora?
8 Mesir naik seperti air Sungai Nil,+Seperti air sungai yang bergelora.
Mesir berkata, ‘Aku akan naik dan membanjiri bumi.
Aku akan memusnahkan kota itu dan penduduknya.’
9 Hai kuda-kuda, maralah!
Hai kereta-kereta kuda, majulah dengan cepat!
Biarlah para pahlawan maju ke hadapan.
Biarlah orang Kus dan Put, yang memegang perisai,+Dan orang Ludim+ yang mahir menggunakan busur, maju ke hadapan.+
10 “Hari itu milik Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga. Itulah harinya Dia melakukan pembalasan terhadap musuh-musuh-Nya. Pedang akan melahap mereka sehingga kenyang dan minum darah mereka sehingga puas, kerana Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga, akan menyembelih korban-Nya di negeri utara yang berdekatan Sungai Efrat.+
11 Hai Mesir yang bagaikan anak dara,Pergilah ke Gilead untuk mendapatkan minyak balsam di situ.+
Tetapi sia-sia sahaja engkau menyediakan banyak ubat,Kerana engkau tidak dapat diubati.+
12 Bangsa-bangsa telah mendengar bahawa engkau telah dimalukan,+Dan suara tangisanmu kedengaran di seluruh negeri.
Pahlawan yang satu tersandung pada pahlawan yang lain,Lalu mereka jatuh bersama-sama.”
13 Inilah firman Yehuwa kepada Nabi Yeremia berkenaan Nebukadnezar, raja Babilon, yang datang untuk menyerang negeri Mesir:+
14 “Umumkanlah di Mesir, hebahkanlah di Migdol.+
Hebahkanlah di Nof* dan di Tahpanes.+
Katakanlah, ‘Ambillah tempat kamu masing-masing dan bersiap sedialah,Kerana sebilah pedang akan melahap semua yang ada di sekeliling kamu.
15 Askar-askar kamu yang gagah telah dihanyutkan.
Mereka tidak mempertahankan tempat masing-masing,Kerana Yehuwa telah menjatuhkan mereka.
16 Ramai antara mereka yang tersandung dan jatuh.
Mereka berkata kepada satu sama lain,“Bangunlah! Marilah kita kembali kepada bangsa kita dan pulang ke negeri kelahiran kitaUntuk melarikan diri daripada pedang yang kejam itu.”’
17 Di sana, mereka mengumumkan,‘Firaun, raja Mesir, hanya pandai bercakap besar,Dan melepaskan peluang yang baik.’+
18 ‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Raja yang bernama Yehuwa, Tuhan yang hidup, ketua angkatan syurga,‘Bahawa kedatangan orang itu* seperti Gunung Tabor+ yang menjulang tinggi di antara gunung-gunung lain,Dan seperti Gunung Karmel+ di tepi laut.
19 Hai penduduk Mesir,Kemaskanlah barangmu dan bersedialah untuk dibuang negeri,Kerana Nof* akan menjadi tempat yang ditakuti orang.
Ya, Nof* akan dibakar dengan api* dan tiada orang akan mendiaminya.+
20 Mesir seperti seekor lembu* yang cantik,Tetapi nyamuk akan datang dari utara untuk menyerangnya.
21 Bahkan askar-askar upahannya juga seperti anak-anak lembu yang gemuk.Tetapi mereka semua telah berpatah balik dan melarikan diri.
Mereka tidak dapat mempertahankan tempat masing-masing,+Kerana sudah tiba masanya mereka dihukum.Ya, sudah sampai harinya mereka ditimpa malapetaka.’
22 ‘Suaranya seperti desis ular yang melarikan diri,Kerana musuh-musuhnya yang kuat datang untuk menyerang dia dengan kapak,Seperti lelaki yang menebang pokok.*
23 Mereka akan menebas hutannya,’ firman Yehuwa, ‘meskipun hutan itu nampaknya tidak dapat ditembusi,
Kerana bilangan mereka tidak terhitung banyaknya. Mereka lebih banyak daripada belalang juta.
24 Mesir yang bagaikan anak dara akan dimalukan.
Dia akan diserahkan kepada bangsa dari utara.’+
25 “Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel, berfirman, ‘Sekarang Aku akan menumpukan perhatian-Ku kepada Amon+ dari No,*+ kepada Firaun, dan ke arah Mesir, tuhan-tuhannya,+ dan raja-rajanya. Ya, Aku akan menumpukan perhatian-Ku kepada Firaun dan semua orang yang berharap kepadanya.’+
26 “‘Aku akan menyerahkan mereka kepada orang yang ingin membunuh mereka, iaitu kepada Raja Nebukadnezar dari Babilon+ dan para pegawainya. Namun pada kemudian hari, orang akan tinggal lagi di Mesir, seperti pada masa lampau,’ firman Yehuwa.+
27 ‘Tetapi hai hamba-Ku Yakub, janganlah berasa takut.
Hai Israel, janganlah gentar.+
Aku akan menyelamatkan engkau dari tempat yang jauh,Dan Aku akan menyelamatkan keturunanmu dari negeri tempat mereka ditawan.+
Yakub akan pulang lalu hidup dengan aman tanpa sebarang gangguan.
Tidak ada sesiapa pun yang akan membuat mereka takut.+
28 Oleh itu, janganlah berasa takut, hai hamba-Ku Yakub,’ firman Yehuwa, ‘kerana Aku akan menyertaimu.
Aku telah mencerai-beraikan engkau dalam kalangan bangsa-bangsa,+ dan Aku akan membinasakan semua bangsa itu.
Tetapi Aku tidak akan membinasakanmu.+
Namun demikian, engkau tidak akan terlepas daripada hukuman.+
Aku akan mendisiplinkan engkau dengan saksama.’”
Nota Kaki
^ Perisai ini biasanya dibawa oleh pemanah.
^ Atau “Memfis.”
^ Iaitu, orang yang akan menakluki Mesir.
^ Atau “Memfis.”
^ Atau “Memfis.”
^ Atau mungkin, “akan menjadi tanah yang gersang.”
^ Merujuk kepada lembu betina yang belum pernah melahirkan anak.
^ Atau “mengumpulkan kayu.”
^ Iaitu, Tebe.