Yeremia 47:1-7

  • Nubuat tentang orang Filistin (1-7)

47  Yehuwa telah berfirman kepada Nabi Yeremia berkenaan orang Filistin,+ sebelum Firaun memusnahkan Gaza.  Inilah firman Yehuwa: “Lihatlah! Air sedang mengalir dari utara. Air itu akan menjadi banjir yang besar. Air itu akan membanjiri seluruh negeri dan segala isinya,Termasuk kotanya dan penduduknya. Orang akan berseru,Dan semua penduduk negeri itu akan meratap.   Orang akan mendengar bunyi derap kuda-kuda jantannya,Bunyi derak-derik kereta kudanya,Dan bunyi kertak-kertuk rodanya.Pada waktu itu, bapa tidak akan berpatah balik untuk menolong anak mereka,Kerana tangan mereka telah menjadi lemah.   Akan tiba harinya apabila semua orang Filistin+ dimusnahkan.Ya, setiap orang Filistin yang masih hidup dan yang berpakat dengan Tirus+ dan Sidon+ akan dimusnahkan. Hal ini demikian kerana Yehuwa akan melenyapkan orang Filistin yang masih hidup,Yang telah datang dari Pulau Kaftor.*+   Gaza akan menjadi botak.* Askelon telah berdiam diri.+ Hai penduduk yang masih hidup dan tinggal di dataran rendah,Sampai bilakah kamu akan terus melukakan tubuh sendiri?+   Hai pedang Yehuwa,+ Sampai bilakah baru engkau akan berdiam diri? Masuklah ke dalam sarungmu. Tinggallah di situ dan berehatlah.   Tetapi bagaimanakah pedang itu dapat berdiam diri,Sedangkan Yehuwa telah memberikan perintah kepadanya Untuk menyerang Askelon dan persisiran laut?+Ke sanalah Dia memerintahkan pedang itu untuk pergi.”

Nota Kaki

Iaitu, Kreta.
Iaitu, mereka akan membotakkan kepala sebagai tanda berkabung dan rasa malu.