Yeremia 49:1-39
49 Berikut merupakan firman Yehuwa berkenaan orang Ammon:+
“Adakah Israel tidak mempunyai anak-anak lelaki?
Adakah dia tidak mempunyai waris?
Mengapakah Malkam*+ menakluki Gad?+
Mengapakah para penyembahnya tinggal di kota-kota Israel?”
2 “‘Lihatlah! Masanya akan tiba,’ firman Yehuwa,‘Apabila Aku akan membuat laungan perang* kedengaran di Raba,+ kota orang Ammon.+
Kota itu akan menjadi timbunan tanah dan tempat yang tandus.Pekan-pekan di sekelilingnya akan dibakar dengan api.’
‘Israel akan mengambil tanah orang yang telah merampas tanahnya,’+ firman Yehuwa.
3 ‘Hai Hesybon, meraunglah kerana kota Ai telah dihancurkan!
Hai pekan-pekan di sekeliling Raba, menangislah!
Pakailah kain guni,
Meraunglah dan merayau-rayaulah di dalam kandang bebiri,*Kerana Malkam akan ditawanBersama dengan imam-imam dan para pemimpinnya.+
4 Hai kota yang tidak setia, mengapakah engkau bermegah dengan lembah-lembahmu,*Iaitu, dataran-dataran yang melimpah dengan air?Engkau bergantung pada kekayaanmuDan berkata, “Siapakah yang akan menyerang aku?”’”
5 “‘Aku akan mendatangkan sesuatu yang buruk atasmu,’ firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga,‘Perkara buruk ini akan datang daripada semua orang di sekelilingmu.
Kamu semua akan dicerai-beraikan ke setiap arah,Dan tiada sesiapa pun yang akan mengumpulkan orang yang melarikan diri.’”
6 “‘Tetapi kemudian Aku akan mengumpulkan orang Ammon yang telah ditawan,’ firman Yehuwa.”
7 Berikut merupakan firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, berkenaan orang Edom:
“Tiada lagikah kebijaksanaan di Teman?+
Adakah orang yang berpengertian tidak dapat memberikan nasihat yang baik lagi?
Adakah kebijaksanaan mereka sudah menjadi sia-sia?
8 Berpalinglah dan larilah!
Hai penduduk Dedan,+ turunlah ke kawasan rendah dan bersembunyilah di situ!
Apabila tiba masanya, Aku akan menumpukan perhatian-Ku kepada EsauDan Aku akan mendatangkan bencana atasnya.
9 Jika orang memetik buah anggur,Bukankah mereka akan meninggalkan sedikit buah untuk dipungut oleh orang lain?
Jika pencuri datang pada waktu malam,Bukankah mereka hanya melakukan seberapa banyak kerosakan yang diingini mereka?+
10 Tetapi Aku akan membuat Esau telanjang.
Aku akan mendedahkan semua tempat persembunyiannya,Supaya dia tidak dapat bersembunyi lagi.
Anak-anaknya, saudara-saudaranya, dan jiran tetangganya akan dimusnahkan,+Dan dia tidak akan wujud lagi.+
11 Tinggalkanlah anak-anak yatimmu,Dan Aku akan memelihara mereka.Balu-balumu akan mempercayai Aku.”
12 Inilah firman Yehuwa: “Sedangkan orang yang tidak patut minum dari cawan kemurkaan-Ku pun terpaksa minum dari cawan itu, apatah lagi engkau? Engkau tidak akan terlepas daripada hukuman dan engkau pasti akan minum dari cawan itu.”+
13 “Aku telah bersumpah demi diri-Ku sendiri,” firman Yehuwa, “bahawa Bozra akan dimusnahkan dan semua kotanya akan menjadi reruntuhan buat selama-lamanya. Orang yang melihatnya akan menjadi takut+ lalu menghina dan mengutuknya.”+
14 Aku telah mendengar berita daripada Yehuwa;Seorang utusan telah dihantar kepada bangsa-bangsa. Utusan itu berkata,
“Berkumpullah dan seranglah Edom.Bersiaplah untuk berperang.”+
15 “Aku telah merendahkan engkau dalam kalangan bangsa-bangsa;Engkau sangat hina di mata orang.+
16 Ketakutan yang telah engkau timbulkan,Dan keangkuhan hatimu telah memperdayamu,Hai engkau yang tinggal di gunung-gunung batu,Dan di bukit yang tertinggi.
Biarpun engkau membuat sarangmu di tempat tinggi seperti burung helang,Aku akan menurunkan engkau dari sana,” firman Yehuwa.
17 “Edom pasti akan menjadi tempat yang ditakuti orang.+ Setiap orang yang lalu di situ akan memerhatikannya dengan perasaan ngeri sambil mengejeknya* kerana semua tulah yang telah menimpanya.
18 Sebagaimana Sodom dan Gomora serta pekan-pekan di sekelilingnya telah dimusnahkan sama sekali, demikian juga Edom akan dimusnahkan,”+ firman Yehuwa, “dan tiada orang akan tinggal di sana. Ya, tiada manusia akan menduduki tempat itu.+
19 “Lihatlah! Seperti seekor singa yang keluar dari semak belukar di sepanjang Sungai Yordan, seseorang akan keluar untuk menyerang padang-padang rumput yang aman.+ Tetapi seketika lagi, Aku akan membuat orang itu melarikan diri daripadanya. Kemudian Aku akan melantik orang yang telah Aku pilih untuk menguasainya. Siapakah yang setanding Aku? Siapakah yang berani mencabar Aku? Gembala manakah yang dapat menentang Aku?+
20 Oleh itu, dengarlah keputusan Yehuwa berkenaan Edom dan apa yang hendak dilakukan-Nya terhadap penduduk Teman:+
Sesungguhnya anak-anak bebiri akan diseret pergi.
Dia akan membuat tempat tinggal mereka menjadi tanah yang tandus kerana penduduk itu.+
21 Bumi bergoncang kerana bunyi kejatuhan mereka.
Mereka menjerit-jerit,
Dan jeritan mereka itu akan kedengaran sampai ke Laut Merah.+
22 Lihatlah! Seperti seekor burung helang, dia akan terbang tinggi lalu turun dan menyambar mangsanya.+Ya, dia akan membentangkan sayapnya semasa menyerang Bozra.+
Pada hari itu, para pahlawan Edom akan berasa takutSeperti wanita yang sedang bersalin.”
23 Berikut merupakan perkhabaran tentang Damsyik:+
“Hamat+ dan Arpad telah dimalukan,Kerana mereka mendengar berita buruk.
Hati mereka menjadi takut.
Mereka seperti air laut yang tidak dapat ditenangkan.
24 Damsyik telah hilang keberanian.
Dia berpaling dan ingin melarikan diri, tetapi rasa takut mencengkamnya.
Dia kesakitan dan menderita,Seperti wanita yang sedang bersalin.
25 Mengapakah orang masih enggan meninggalkan kota yang terpuji itu,Kota yang penuh dengan kegembiraan itu?
26 Pemuda-pemudanya akan rebah di dataran kotanya,Dan semua askarnya akan dibinasakan pada hari itu,” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.
27 “Aku akan membakar tembok Damsyik dengan api,Dan api itu akan melahap menara-menara Ben-hadad yang kukuh.”+
28 Berikut merupakan firman Yehuwa berkenaan Kedar+ dan kerajaan-kerajaan Hazor, yang telah dijatuhkan oleh Raja Nebukadnezar dari Babilon:
“Bangkitlah dan pergilah ke Kedar.Hapuskanlah orang dari Timur.
29 Khemah dan kawanan mereka akan dirampas,Termasuk kain-kain khemah dan semua barang mereka.
Unta-unta mereka akan dibawa pergi,Dan orang akan berkata kepada mereka, ‘Rasa takut ada di mana-mana sahaja!’”
30 “Larilah jauh-jauh!
Hai penduduk Hazor, turunlah ke kawasan rendah dan bersembunyilah di situ,” firman Yehuwa.
“Nebukadnezar, iaitu raja Babilon, telah membuat keputusan untuk menyerang kamu.Ya, dia telah membuat rancangan untuk menentang kamu.”
31 “Bangkitlah dan seranglah bangsa yang aman,Yang sedang hidup dengan damai!” firman Yehuwa.
“Kota mereka tidak mempunyai pintu gerbang ataupun palang pintu, dan mereka tinggal sendirian.
32 Unta-unta mereka akan dijarah,Dan binatang ternakan mereka yang banyak akan dirampas.
Orang yang telah memotong rambut pada pelipis merekaAkan Aku cerai-beraikan ke semua arah.+Aku juga akan mendatangkan malapetaka atas mereka dari semua arah,” firman Yehuwa.
33 “Hazor akan menjadi sarang serigala,Tempat yang tandus buat selama-lamanya.
Tiada orang akan tinggal di sana.Ya, tiada manusia akan menduduki tempat itu.”
34 Pada awal pemerintahan Raja Zedekia+ dari Yehuda, Yehuwa berfirman kepada Nabi Yeremia tentang Elam,+
35 “Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: ‘Aku akan mematahkan busur Elam,+ iaitu sumber kekuatan mereka.
36 Aku akan menyerang Elam dengan angin dari keempat-empat penjuru langit. Aku akan mencerai-beraikan mereka ke semua arah sehingga tiada satu negeri pun yang tidak didatangi orang dari Elam.’”
37 “Aku akan membinasakan orang Elam di hadapan musuh-musuh mereka dan di hadapan orang yang ingin membunuh mereka. Aku akan mendatangkan malapetaka atas mereka, iaitu kemarahan-Ku yang meluap-luap,” firman Yehuwa. “Aku juga akan mendatangkan sebilah pedang untuk menyerang mereka sehingga mereka semua lenyap.”
38 “Aku akan meletakkan takhta-Ku di Elam,+ dan Aku akan memusnahkan raja dan para pemimpin di situ,” firman Yehuwa.
39 “Tetapi pada kemudian hari, Aku akan mengumpulkan orang Elam yang telah ditawan,” firman Yehuwa.