Yeremia 5:1-31
5 Jelajahilah jalan-jalan di Yerusalem.
Lihatlah di sekelilingmu dan tumpukanlah perhatian.
Carilah di lapangan-lapangan kotanya,Dan lihatlah sama ada engkau dapat menemui orang yang adil,+Yang berusaha menunjukkan kesetiaan.Jika engkau dapat menemui seorang pun, Aku akan mengampuni kota Yerusalem.
2 Meskipun mereka bersumpah, “Demi Yehuwa yang hidup!”
Mereka sebenarnya sedang membuat sumpah palsu.+
3 Ya Yehuwa, bukankah mata-Mu mencari-cari orang yang setia?+
Engkau memukul umat-Mu, tetapi mereka tidak merasainya.
Engkau memusnahkan mereka, tetapi mereka enggan menerima disiplin.+
Mereka membuat hati* mereka menjadi lebih keras daripada batu.+Mereka berdegil dan tidak mahu kembali kepada-Mu.+
4 Tetapi aku berkata kepada diriku, “Tentunya mereka daripada golongan bawahan.
Mereka bertindak dengan bodoh kerana mereka tidak mengetahui haluan Yehuwa,Dan hukum-hukum Tuhan mereka.
5 Aku akan pergi kepada golongan atasan dan bercakap dengan mereka,Kerana mereka pasti mengetahui haluan Yehuwa,Dan hukum-hukum Tuhan mereka.+
Tetapi mereka semua telah mematahkan kuk merekaDan memutuskan rantai-rantai yang mengikat mereka.”
6 Itulah sebabnya seekor singa dari hutan menyerang mereka,Serigala dari padang gurun asyik menerkam mereka,Dan harimau bintang menunggu di dalam kota untuk membaham mereka.
Setiap orang yang keluar dari kota akan dicabik-cabik.
Semua ini terjadi kerana mereka banyak berdosa;Mereka berkali-kali berlaku tidak setia.+
7 Bagaimanakah Aku dapat mengampuni engkau setelah engkau berbuat demikian?
Anak-anakmu telah meninggalkan Aku,Dan mereka bersumpah demi tuhan-tuhan yang palsu.+
Aku telah memuaskan keperluan mereka,Tetapi mereka terus berzina,Dan mereka berduyun-duyun pergi ke rumah pelacur.
8 Mereka seperti kuda-kuda yang kuat nafsu berahi,Yang meringkik kerana menginginkan isteri orang lain.+
9 “Tidak patutkah Aku menghukum mereka atas perbuatan mereka itu?” firman Yehuwa.
“Tidak patutkah Aku membalas perbuatan bangsa ini?”+
10 “Seranglah dan binasakanlah ladang-ladang anggurnya,Tetapi janganlah musnahkan semuanya.+
Ambillah carang-carangnya* yang muda dan subur,Kerana carang-carang itu bukan milik Yehuwa.
11 Bangsa Israel dan bangsa YehudaBetul-betul telah mengkhianati Aku,” firman Yehuwa.+
12 “Mereka telah menyangkal Yehuwa, dan mereka asyik berkata,‘Dia tidak akan melakukan apa-apa.*+
Kami tidak akan ditimpa malapetaka.Kami tidak akan diserang pedang ataupun ditimpa kebuluran.’+
13 Para nabi mengucapkan kata-kata kosong belaka,Dan firman Tuhan tidak ada pada mereka.
Biarlah hal ini terjadi kepada mereka!”
14 Maka inilah firman Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga:
“Oleh sebab mereka berkata demikian,Aku akan menjadikan firman-Ku seperti api di dalam mulutmu.+Umat ini akan menjadi seperti kayu,Dan api itu akan membakar mereka.”+
15 “Hai bangsa Israel, Aku akan menyuruh suatu bangsa dari tempat yang jauh untuk menyerang kamu,”+ firman Yehuwa.
“Bangsa ini sudah lama wujud.
Ya, bangsa ini sudah wujud sejak purbakala lagi.Kamu tidak memahami bahasa mereka,Dan kamu tidak mengerti kata-kata mereka.+
16 Bekas anak panah mereka seperti kuburan yang terbuka.Mereka semua ialah pahlawan yang perkasa.
17 Mereka akan menghabiskan hasil tuaian kamu dan roti kamu.+
Mereka akan membunuh anak-anak kamu.
Mereka akan menyembelih kawanan bebiri, kambing, dan lembu kamu.
Mereka akan menebang pokok anggur dan pokok ara kamu.
Mereka akan menggunakan pedang untuk menghancurkan kota-kota berkubu yang kamu harapkan.”
18 “Bahkan pada waktu itu,” firman Yehuwa, “Aku tidak akan melenyapkan kamu semua.+
19 Apabila mereka bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa, Tuhan kami, melakukan semua ini kepada kami?’ engkau harus menjawab mereka, ‘Sebagaimana kamu telah meninggalkan Aku dan mengabdikan diri kepada tuhan asing di negeri kamu, demikian juga kamu akan mengabdikan diri kepada bangsa asing di tanah yang bukan negeri kamu.’”+
20 Umumkanlah berita ini kepada keturunan Yakub,Dan hebahkannya di Yehuda:
21 “Hai penduduk yang bodoh dan tidak berpengertian, dengarlah!+
Kamu mempunyai mata, tetapi tidak dapat melihat.+Kamu mempunyai telinga, tetapi tidak dapat mendengar.+
22 ‘Mengapa kamu tidak takut kepada Aku?’ firman Yehuwa,‘Mengapa kamu tidak terketar-ketar di hadapan-Ku?
Akulah yang telah menjadikan pasir sebagai sempadan laut,Sebagai hukum bagi laut supaya laut tidak dapat melintasinya buat selama-lamanya.
Meskipun laut bergelora, sempadan itu tidak dapat ditembusi.Meskipun ombaknya mengamuk, batasan itu tetap tidak dapat dilampaui.+
23 Tetapi umat ini mempunyai hati yang degil dan suka memberontak.Mereka telah menyimpang dan mengikut haluan sendiri.+
24 Mereka tidak berkata dalam hati mereka,
“Marilah kita takut kepada Yehuwa, Tuhan kita.Dialah yang menurunkan hujan pada musimnya,Tidak kira pada musim luruh atau pada musim bunga.Dialah yang memastikan agar kita mempunyai musim menuai.”+
25 Kesalahan kamu telah menghalang semua perkara ini daripada berlaku.Dosa kamu telah menghalang kamu daripada menikmati hal-hal yang baik.+
26 Ada orang jahat dalam kalangan umat-Ku.
Mereka seperti penangkap burung yang membongkok sambil memerhatikan mangsanya.
Mereka memasang jerat yang membawa maut
Untuk menangkap manusia.
27 Seperti sangkar yang penuh dengan burung,Rumah mereka juga penuh dengan tipu daya.+
Itulah sebabnya mereka kaya dan berkuasa.
28 Badan mereka menjadi gemuk dan kulit mereka menjadi licin.Mereka sarat dengan kejahatan.
Mereka mengutamakan kepentingan diri sendiri,Dan tidak membela hak anak yatim.+Mereka juga tidak menegakkan keadilan bagi orang miskin.’”+
29 “Tidak patutkah Aku menghukum mereka atas perbuatan mereka itu?” firman Yehuwa.
“Tidak patutkah Aku membalas perbuatan bangsa ini?
30 Suatu perkara yang dahsyat dan teruk telah berlaku di negeri ini:
31 Para nabi menyampaikan nubuat palsu,+Dan para imam menggunakan kekuasaan mereka untuk menindas orang,
Tetapi umat-Ku suka akan perkara itu.+
Jadi apakah yang akan kamu lakukan apabila akhir tiba?”