Yeremia 51:1-64
51 Inilah firman Yehuwa:
“Aku akan mendatangkan angin yang membawa kemusnahanKe arah Babilon+ dan penduduk Leb-kamai.*
2 Aku akan mengutus orang ke Babilon untuk menampinya.Mereka akan mengosongkan negerinya seperti angin yang menerbangkan sekam.Mereka akan menyerangnya dari segala arah pada hari malapetaka.+
3 Janganlah benarkan pemanah melengkungkan busurnya.
Janganlah benarkan sesiapa pun bangkit dan memakai baju zirah.
Janganlah tunjukkan belas kasihan terhadap pemuda-pemudanya.+
Hapuskanlah seluruh angkatan tenteranya.
4 Mereka akan dibunuh di negeri orang Kasdim.Ya, mereka akan ditikam di jalan-jalannya.+
5 Israel dan Yehuda tidak ditinggalkan oleh Tuhan Yehuwa, ketua angkatan syurga;+ mereka bukanlah seperti seorang balu.
Tetapi di mata Tuhan Israel Yang Suci, negeri orang Kasdim sarat dengan dosa.
6 Larilah dari Babilon,Dan selamatkanlah nyawamu.+
Janganlah turut terbunuh kerana dosa-dosanya.
Waktunya telah tiba bagi Yehuwa untuk melakukan pembalasan.
Dia akan menghukumnya setimpal dengan perbuatannya.+
7 Dahulu Babilon seperti cawan emas di tangan Yehuwa;Babilon membuat seluruh bumi mabuk.
Bangsa-bangsa telah minum wainnya.+Itulah sebabnya bangsa-bangsa itu menjadi gila.+
8 Tiba-tiba, Babilon dijatuhkan dan dipecahkan.+
Ratapilah dia!+
Ambillah balsam untuk lukanya; mungkin dia akan sembuh.”
9 “Kita mencuba mengubati Babilon, tetapi dia tidak dapat disembuhkan.
Tinggalkanlah dia dan marilah kita pulang ke negeri masing-masing.+
Dosanya sudah bertimbun-timbun sampai ke syurga,Setinggi awan di langit, dan dia harus dihukum.+
10 Yehuwa telah menegakkan keadilan bagi kita.+
Marilah kita pergi ke Sion dan menceritakan perbuatan Yehuwa, Tuhan kita.”+
11 “Gilaplah anak-anak panah!+ Angkatlah perisai-perisai bulat!*
Yehuwa telah membangkitkan semangat raja-raja Media,+Kerana Dia ingin membinasakan Babilon.
Inilah pembalasan Yehuwa dan Dia melakukan pembalasan demi Rumah-Nya.
12 Angkatlah panji*+ sebagai isyarat untuk menyerang tembok Babilon.
Ketatkanlah kawalan dan suruhlah para pengawal untuk bertugas.
Bersedialah untuk melancarkan serangan hendap.
Yehuwalah yang telah mengaturkan semua ini,Dan Dia akan melaksanakan apa yang telah dijanjikan-Nya tentang penduduk Babilon.”+
13 “Hai wanita yang tinggal di atas air yang banyak,+Engkau melimpah dengan kekayaan,+Tetapi akhirmu sudah tiba, dan engkau tidak dapat mengaut keuntungan lagi.+
14 Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah bersumpah demi diri-Nya sendiri,‘Aku akan memenuhimu dengan banyak orang, sebanyak belalang juta,Dan mereka akan melaungkan sorakan kemenangan.’+
15 Dengan kuasa-Nya, Tuhan telah menjadikan bumi,Dengan kebijaksanaan-Nya, Dia telah menciptakan tanah yang subur,+Dan dengan pengertian-Nya, Dia telah membentangkan langit.+
16 Apabila Dia melantangkan suara-Nya,Dia membuat air di langit bergelora,Dia menyebabkan awan* naik dari hujung bumi;
Dia membuat kilat terpancar semasa hujan turun;*Dia memerintahkan angin keluar dari gudang-Nya.+
17 Tindakan semua orang tidak masuk akal dan mereka tidak mempunyai pengetahuan.
Setiap tukang besi akan dimalukan kerana patung berhala yang diukirnya,+Kerana patung besi buatan mereka itu palsuDan tidak bernyawa.*+
18 Patung-patung itu tidak berguna+ dan patut dihina.
Semua patung itu akan dibinasakan apabila hari penghakiman tiba.
19 Tetapi Tuhan Yakub tidak seperti patung-patung itu,Kerana Dialah Tuhan yang telah menciptakan segala-galanya,Termasuk tongkat warisan-Nya.+
Nama-Nya ialah Yehuwa, ketua angkatan syurga.”+
20 “Engkau seperti belantan-Ku dan senjata perang-Ku.Aku akan menggunakan engkau untuk menghancurkan bangsa-bangsa.
Aku akan menggunakan engkau untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan.
21 Aku akan menggunakan engkau untuk menghancurkan penunggang kuda dan kudanya.
Aku akan menggunakan engkau untuk menghancurkan kereta kuda dan pemandunya.
22 Aku akan menggunakan engkau untuk menghancurkan lelaki dan wanita.
Aku akan menggunakan engkau untuk menghancurkan orang tua dan kanak-kanak.
Aku akan menggunakan engkau untuk menghancurkan pemuda dan pemudi.
23 Aku akan menggunakan engkau untuk menghancurkan gembala dan kawanannya.
Aku akan menggunakan engkau untuk menghancurkan petani dan haiwan-haiwan yang digunakannya untuk membajak.
Aku akan menggunakan engkau untuk menghancurkan para gabenor dan para pembesar.
24 Aku akan melakukan pembalasan terhadap Babilon dan semua penduduk KasdimKerana mereka telah melakukan banyak perkara yang jahat di Sion, di depan mata kamu sendiri,”+ firman Yehuwa.
25 “Hai gunung yang membawa kemusnahan, Aku akan melawanmu,”+ firman Yehuwa,“Engkau telah memusnahkan seluruh bumi.+
Maka Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk menyerang engkau, menggulingkan engkau dari bukit batu,Dan menjadikan engkau gunung yang hangus.”
26 “Orang tidak akan mengambil batu darimu untuk dijadikan batu penjuru atau batu asas,Kerana engkau akan menjadi tempat yang gersang buat selama-lamanya,”+ firman Yehuwa.
27 “Angkatlah panji* di negeri itu.+
Tiuplah trompet dalam kalangan bangsa-bangsa.
Suruhlah bangsa-bangsa itu menyerangnya.
Panggillah kerajaan Ararat,+ Mini, dan Askenas+ untuk berperang dengannya.
Lantiklah seorang pegawai tentera untuk menyerangnya.
Kerahkanlah kuda yang sebanyak anak belalang juta untuk menyerangnya.
28 Suruhlah bangsa-bangsa menyerangnya.Ya, suruhlah raja-raja Media,+ para gabenornya, semua pembesarnya,Dan semua rakyat di bawah pemerintahan mereka untuk menyerangnya.
29 Bumi akan bergegar dan bergoncang,Kerana Yehuwa akan melaksanakan apa yang ingin dilakukan-Nya terhadap Babilon.Babilon akan menjadi negeri yang ditakuti orang dan tidak berpenduduk.+
30 Para pahlawan Babilon sudah berhenti berperang.
Mereka duduk di dalam kubu.
Kekuatan mereka sudah lenyap.+
Mereka menjadi seperti wanita.+
Rumah-rumah Babilon dijilat api.
Palang-palang pada gerbangnya telah dipatahkan.+
31 Seorang utusan berlari untuk menemui utusan yang lain,Dan seorang pembawa berita berjumpa dengan pembawa berita yang lain,Untuk memberitahu raja Babilon bahawa setiap penjuru kotanya telah ditakluki,+
32 Bahawa tempat-tempat penyeberangan sungai telah dirampas,+Bahawa perahu-perahu papirus* telah dibakar dengan api,Dan bahawa angkatan tentera sudah kecut hati.”
33 Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel:
“Kota Babilon seperti tempat mengirik* tuaian.
Inilah masanya untuk memijak-mijaknya sampai padat
Kerana tidak lama lagi, musim menuai akan tiba baginya.”
34 “Raja Nebukadnezar dari Babilon, telah memakan aku.+Dia telah membuat aku keliru.
Dia telah membuat aku menjadi seperti bekas yang kosong.
Dia telah menelan aku seperti seekor ular yang besar.+Dia telah memenuhi perutnya dengan benda-benda baik yang diambil daripadaku.
Dia telah membuang aku.
35 ‘Biarlah Babilon diperlakukan dengan kejam seperti yang telah dilakukannya terhadap aku dan tubuhku!’ kata penduduk Sion.+
‘Biarlah penduduk Kasdim bertanggungjawab atas darahku!’ kata Yerusalem.”
36 Maka inilah firman Yehuwa:
“Aku akan memperjuangkan perkaramu,+Dan Aku akan melakukan pembalasan bagimu.+
Aku akan mengeringkan lautnya dan periginya.+
37 Babilon akan menjadi timbunan batu,+Sarang serigala,+Bahan ejekan* dan tempat yang mengerikan,Yang tidak berpenghuni.+
38 Mereka semua akan mengaum seperti singa muda.
Mereka akan menggeram seperti anak singa.”
39 “Apabila keinginan mereka membara, Aku akan menyediakan jamuan untuk mereka dan membuat mereka mabuk,Supaya mereka dapat bersuka ria.+Kemudian mereka akan tidur buat selama-lamanya.Mereka tidak akan bangun lagi,”+ firman Yehuwa.
40 “Aku akan membuat mereka rebah seperti anak biri-biri yang dibawa ke tempat penyembelihan,Seperti bebiri jantan dan kambing jantan yang akan disembelih.”
41 “Sheshak* sudah ditangkap.+Ya, kota yang dipuji oleh seluruh bumi telah ditawan!+
Babilon telah menjadi tempat yang mengerikan antara bangsa-bangsa!
42 Air laut sudah naik dan membanjiri Babilon.
Dia telah diliputi ombak yang menderu-deru.
43 Kota-kotanya menjadi tempat yang mengerikan dan padang gurun yang gersang;
Tanah yang tidak berpenghuni dan tidak akan dilalui oleh sesiapa pun.+
44 Aku akan menumpukan perhatian-Ku kepada Bel+ di Babilon,Dan Aku akan memaksanya memuntahkan apa yang telah ditelannya.+
Bangsa-bangsa tidak akan pergi kepadanya lagi,Dan tembok Babilon akan roboh.+
45 Hai umat-Ku, keluarlah daripadanya!+
Selamatkanlah diri kamu+ daripada kemarahan Yehuwa yang meluap-luap!+
46 Janganlah takut atau gerun dengan berita yang akan disampaikan di negeri itu.
Dalam masa setahun, berita akan diumumkan,Dan pada tahun yang berikutnya, satu lagi berita akan diumumkan,Tentang keganasan di dalam negeri dan tentang raja-raja yang saling berperang.
47 Maka masanya akan tibaApabila Aku akan menumpukan perhatian-Ku kepada patung-patung berhala Babilon.
Seluruh negerinya akan dimalukan,Dan semua orang yang terbunuh akan rebah di tengah-tengahnya.+
48 Langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalamnyaAkan bersorak-sorai kerana kejatuhan Babilon.+Para pemusnah akan datang dari utara untuk menyerangnya,”+ firman Yehuwa.
49 “Babilon bukan sekadar menyebabkan orang Israel terbunuh,+Tetapi juga menyebabkan orang dari seluruh bumi terbunuh di Babilon.
50 Kamu yang terselamat daripada serangan pedang, teruslah lari dan jangan tercegat di situ!+
Ingatlah pada Yehuwa dari jauh,Dan ingatlah tentang Yerusalem.”+
51 “Kami telah dimalukan kerana kami telah mendengar kata-kata hinaan.
Rasa malu telah menyelubungi muka kami,Kerana orang asing telah datang untuk menyerang tempat-tempat suci di Rumah Yehuwa.”+
52 “Masanya akan tiba,” firman Yehuwa,“Apabila Aku akan menumpukan perhatian-Ku kepada patung-patung berhalanya,Dan orang yang cedera di seluruh negerinya akan mengerang.”+
53 “Biarpun Babilon dapat mencapai langit,+Biarpun dia dapat memperkukuh kubu-kubunya yang tinggi,Aku masih akan mengutus orang untuk memusnahkannya,”+ firman Yehuwa.
54 “Dengarlah! Kedengaran suara tangisan dari Babilon,+Bunyi malapetaka yang besar dari negeri orang Kasdim,+
55 Kerana Yehuwa sedang membinasakan Babilon.Dia akan melenyapkan suara Babilon yang nyaring itu.Suara musuh-musuhnya seperti bunyi deruman ombak,
Sehingga semua orang dapat mendengarnya.
56 Para pemusnah akan datang untuk menyerang Babilon.+Para pahlawannya akan ditangkap,+Dan busur-busur mereka akan dipatahkan,Kerana Yehuwa ialah Tuhan yang membalas kejahatan.+
Dia pasti akan melakukan pembalasan.+
57 Aku akan membuat para pemimpin dan orang bijaksana mabuk,+Termasuk para gabenor, pembesar, dan pahlawannya.Mereka semua akan tidur buat selama-lamanya,Dan mereka tidak akan bangun lagi,”+ firman Raja yang bernama Yehuwa, ketua angkatan syurga.
58 Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga:
“Meskipun tembok Babilon tebal, tembok itu tetap akan dirobohkan.+Meskipun pintu-pintu gerbangnya tinggi, pintu-pintu itu tetap akan dibakar dengan api.
Sia-sia sahaja orang bekerja keras;Bangsa-bangsa memenatkan diri, tetapi hasil usaha mereka akan dimakan api.”+
59 Demikianlah kata-kata yang diperintahkan oleh Nabi Yeremia kepada Serayah anak Neria,+ cucu Mahseya. Kata-kata ini disampaikan apabila Serayah pergi ke Babilon bersama Zedekia, raja Yehuda, pada tahun keempat pemerintahannya. Pada waktu itu, Serayah bertugas sebagai pembantu raja.
60 Yeremia telah mencatatkan dalam sebuah kitab semua malapetaka yang bakal menimpa Babilon dan segala perkhabaran tentang Babilon.
61 Selain itu, Yeremia berkata kepada Serayah, “Apabila kamu tiba di Babilon dan nampak kota itu, kamu harus membaca kata-kata ini dengan suara yang lantang.
62 Kemudian katakanlah, ‘Ya Yehuwa, Engkau telah berfirman bahawa tempat ini akan dimusnahkan dan ditinggalkan. Baik manusia mahupun haiwan, tidak akan tinggal di dalamnya. Tempat ini akan dibiarkan kosong buat selama-lamanya.’+
63 Apabila kamu selesai membaca kitab ini, ikatlah kitab ini pada sebuah batu lalu lemparkanlah kedua-duanya ke dalam Sungai Efrat.
64 Kemudian katakanlah, ‘Demikianlah Babilon akan tenggelam dan tidak akan timbul lagi+ kerana malapetaka yang akan didatangkan Tuhan atasnya, dan penduduknya akan menjadi lemah longlai.’”+
Demikianlah kata-kata Yeremia.
Nota Kaki
^ Nampaknya nama ini ialah kriptografi (nama rahsia) bagi Kasdim.
^ Atau mungkin, “Isilah tabung anak panah.”
^ Atau “tiang penanda.”
^ Atau “wap.”
^ Atau mungkin, “Dia membuka pintu-pintu supaya hujan turun.”
^ Atau “tidak mempunyai nafas hidup.”
^ Atau “tiang penanda.”
^ Proses memisahkan buah daripada tangkai.
^ Harfiah, “Sesuatu yang disiulkan.”
^ Nampaknya nama ini ialah kriptografi (nama rahsia) bagi Babel (Babilon).