Yesaya 1:1-31

  • Seorang bapa yang anak-anaknya memberontak (1-9)

  • Yehuwa membenci ibadat yang tidak ikhlas (10-17)

  • “Marilah kita selesaikan perkara ini” (18-20)

  • Sion akan kembali menjadi kota yang setia (21-31)

1  Berikut merupakan penglihatan tentang Yehuda dan Yerusalem, yang diberikan kepada Yesaya*+ anak Amoz pada masa pemerintahan Uzia,+ Yotam,+ Ahas,+ dan Hizkia,+ iaitu raja-raja Yehuda:+  2  Dengarlah hai langit, dan berikanlah perhatian hai bumi,+Kerana demikianlah firman Yehuwa: “Anak-anak yang Aku jaga dan besarkan+Telah memberontak terhadap Aku.+  3  Lembu kenal akan pemiliknya,Dan keldai pun tahu akan tempat tuannya meletakkan makanan;Tetapi orang Israel tidak mengenal Aku.*+Umat-Ku tidak mempunyai pemahaman.”  4  Malanglah kamu, hai bangsa yang berdosa!+Kamu umat yang sarat dengan perbuatan yang salah!Kamu keturunan yang jahat dan anak-anak yang keji! Kamu telah menolak Yehuwa;+Kamu tidak menghormati Tuhan Israel Yang Suci;Kamu telah meninggalkan-Nya.  5  Mengapakah kamu terus memberontak? Bahagian manakah di tubuh kamu yang dapat dipukul lagi?+ Kepala kamu sudah penuh dengan luka,Dan hati kamu sudah diserang penyakit.+  6  Dari kepala sampai telapak kaki, tiada sebahagian pun tubuh kamu yang sihat. Tubuh kamu diliputi luka, lebam, dan kudis,Yang belum diubati, dibalut, ataupun dirawat dengan minyak.+  7  Negeri kamu sudah terbiar, Dan kota-kota kamu sudah dibakar habis. Di depan mata kamu sendiri, orang asing memakan hasil tanah kamu.+ Negeri kamu sudah tandus, seolah-olah dimusnahkan oleh orang asing.+  8  Kota Sion dibiarkan seperti pondok di ladang anggur,Seperti pondok di kebun timun,Dan seperti kota yang dikepung.+  9  Jika Yehuwa, ketua angkatan syurga, tidak membiarkan beberapa orang antara kita terselamat,Kita sudah menjadi seperti Sodom,Dan menjadi seperti Gomora.+ 10  Hai para penguasa Sodom,*+ dengarlah firman Yehuwa. Hai penduduk Gomora,+ perhatikanlah ajaran* Tuhan kita. 11  Yehuwa berfirman, “Apa gunanya kamu mempersembahkan begitu banyak korban bagi-Ku?+ Aku sudah bosan dengan biri-biri jantan yang dipersembahkan sebagai korban bakar+ dan lemak binatang yang digemukkan.+Aku tidak suka dengan darah+ anak lembu jantan,+ biri-biri, dan kambing.+ 12  Mengapakah kamu memijak halaman Rumah-Ku?Siapakah yang menyuruh kamu berbuat demikian+Semasa kamu datang menghadap Aku?+ 13  Jangan mempersembahkan korban bijirin lagi; semua itu sia-sia saja. Aku muak dengan kemenyan yang kamu bakar.+ Kamu menyambut perayaan bulan baharu+ serta hari Sabat+ dan mengadakan perhimpunan,+Tetapi Aku tidak tahan melihat kamu menggunakan ilmu sihir+ semasa kamu menghadiri perhimpunan-perhimpunan suci kamu. 14  Aku benci akan perayaan bulan baharu dan perayaan-perayaan kamu yang lain. Semua itu sudah menjadi beban bagi-Ku,Dan Aku lelah memikulnya. 15  Semasa kamu menadahkan tangan untuk berdoa,Aku menutup mata dan tidak memperhatikan kamu.+ Tidak kira berapa banyak kali kamu berdoa,+Aku tidak akan mendengarnya,+Kerana tangan kamu berlumuran darah.+ 16  Bersihkanlah diri kamu; sucikanlah diri kamu.+Hentikanlah segala kejahatan yang kamu lakukan di depan Aku.Jangan berbuat jahat lagi.+ 17  Belajarlah berbuat baik dan lakukanlah apa yang adil.+Tegurlah orang yang menindas,Pertahankanlah hak anak yatim,Dan tegakkanlah keadilan bagi para balu.”+ 18  Yehuwa berfirman, “Marilah kita selesaikan perkara ini.+ Walaupun dosa-dosa kamu merah marak,Semuanya akan menjadi putih seperti salji;+Biarpun dosa-dosa kamu merah seperti darah,Semuanya akan menjadi putih seperti bulu biri-biri. 19  Jika kamu sudi mentaati Aku,Kamu akan menikmati hasil tanah kamu.+ 20  Tetapi jika kamu memberontak dan tidak mahu taat,Kamu akan mati dibunuh pedang.+Aku, Yehuwa, telah berfirman.” 21  Kota yang dahulunya setia,+ kini menjadi seperti pelacur!+ Dahulu kota itu penuh dengan keadilan,+Dan kebaikan ada di dalamnya.+Tetapi sekarang hanya pembunuh yang tinggal di sana.+ 22  Hai kota, perakmu sudah menjadi sisa leburan,+Dan minuman kerasmu sudah dicampurkan dengan air. 23  Para pemimpinmu keras kepala dan bersubahat dengan pencuri.+ Mereka semua suka menerima rasuah dan tamak akan hadiah.+ Mereka tidak menegakkan keadilan bagi anak yatim,Dan mereka tidak mempedulikan aduan para balu.+ 24  Oleh itu, Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga,Tuhan Israel Yang Maha Kuat, berfirman, “Dengarlah, Aku akan melenyapkan musuh-Ku,Dan Aku akan mendatangkan pembalasan terhadap lawan-Ku.+ 25  Aku akan bertindak melawanmu.Aku akan menyingkirkan segala kotoranmu,*Dan Aku akan memurnikanmu dengan sepenuhnya.+ 26  Aku akan melantik hakim untukmu seperti dahulukalaDan memberimu penasihat seperti pada mulanya.+ Selepas itu, barulah engkau akan dikenali sebagai Kota Keadilan, Pekan Kesetiaan.+ 27  Aku akan menebus Sion kerana Aku adil.*+Aku akan menebus penduduknya yang kembali kerana Aku* baik. 28  Orang yang memberontak dan orang yang berdosa akan dihancurkan bersama-sama,+Dan orang yang meninggalkan Aku, Yehuwa, akan dibinasakan.+ 29  Mereka akan berasa malu kerana pokok-pokok besar yang disukai mereka,+Dan mereka akan berasa aib kerana taman-taman* yang dipilih mereka.+ 30  Mereka akan menjadi seperti pokok besar yang layu daunnya,+Dan seperti taman yang tidak diairi. 31  Orang yang kuat akan menjadi seperti benang,*Dan perbuatannya akan menjadi seperti percikan api;Kedua-duanya akan terbakar bersama-sama,Dan tiada sesiapa pun yang dapat memadamkan api itu.”

Nota Kaki

Maksudnya “Penyelamatan daripada Yehuwa.”
Atau “tuan mereka.”
Atau “penguasa Sodom yang zalim.”
Atau “hukum.”
Merujuk kepada sisa yang terhasil semasa bijih logam dileburkan.
Atau “kerana keadilannya.”
Atau “mereka.”
Nampaknya pokok-pokok dan taman-taman dalam ayat ini berkaitan dengan penyembahan berhala.
Atau “benang flaks.” Sejenis gentian yang mudah terbakar.