Yesaya 10:1-34
10 Malanglah kamu yang menggubal undang-undang untuk mencelakakan rakyat+Dan kamu yang sentiasa menulis perintah untuk menindas rakyat!
2 Kamu berbuat demikian supaya kamu tidak perlu menghiraukan aduan orang miskinDan dapat mengelak daripada menegakkan keadilan bagi umat Tuhan yang berkedudukan rendah.+Kamu merampas harta para baluDan meragut milik anak yatim!+
3 Apakah yang akan kamu lakukan pada masa kamu dihukum kelak?+Apakah yang akan kamu lakukan semasa Tuhan mendatangkan kebinasaan dari negeri yang jauh?+
Kepada siapakah kamu akan lari untuk meminta bantuan?+Apakah yang akan terjadi kepada kekayaan* kamu?
4 Kamu akan membongkok bersama tawanan yang lainAtau rebah bersama orang yang dibunuh.
Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana kamu begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum kamu.+
5 Tuhan berfirman, “Lihatlah!Aku akan menggunakan Assyria+ sebagai belantan untuk melampiaskan kemurkaan-Ku.+Aku akan menggunakan tongkat di dalam tangan Assyria untuk melaksanakan hukuman-Ku!
6 Aku akan mengutus Assyria untuk menyerang sebuah bangsa yang murtad,+Yang telah membangkitkan kemurkaan-Ku.Aku akan mengarahkan Assyria untuk menjarah merekaDan memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.+
7 Namun, itu bukanlah keinginan Assyria;Itu bukanlah rancangannya.Bagi Assyria, kemusnahan beberapa bangsa sahaja tidak mencukupi;Hatinya teringin untuk membinasakan banyak bangsa.
8 Raja Assyria berkata,‘Tiap-tiap pemimpin di bawah kuasa beta ialah seorang raja!+
9 Bukankah Kalno+ sama seperti Karkemis?+
Bukankah Hamat+ sama seperti Arpad?+
Bukankah Samaria+ sama seperti Damsyik?+
10 Beta telah mengalahkan kerajaan-kerajaan yang menyembah dewa dewi yang tidak berguna.Berhala-berhala mereka lebih banyak daripada berhala di Yerusalem dan Samaria!+
11 Tidakkah beta akan memperlakukan Yerusalem dan semua berhala di situ,Sebagaimana beta memperlakukan Samaria dan dewa dewinya yang tidak berguna?’+
12 “Setelah Aku, Yehuwa, menyelesaikan segala yang hendak Aku lakukan di Gunung Sion dan di Yerusalem, Aku akan menghukum raja Assyria kerana dia angkuh dan sombong.+
13 Raja Assyria berkata,‘Beta bijak dan pandai. Maka, beta akan melakukan semua itu dengan kekuatan beta sendiri.Seperti seorang pahlawan,
Beta akan menghapuskan sempadan antara negeri,+Merampas harta bangsa-bangsa,+Dan menakluki semua penduduknya.+
14 Sebagaimana orang dapat menghulurkan tangan ke dalam sarang burung dengan mudah,Beta akan merampas semua benda berharga bangsa-bangsa;Sebagaimana orang mengumpulkan telur yang dibiarkan,Beta akan mengumpulkan segala-galanya di seluruh bumi!
Tiada seekor burung pun yang akan mengepak-ngepakkan sayapnya atau membuka paruhnya untuk menciap.’”
15 Dapatkah sebilah kapak memegahkan diri di hadapan orang yang menggunakannya?
Dapatkah sebilah gergaji memegahkan diri di hadapan orang yang menggunakannya?
Dapatkah sebatang belantan+ mengayunkan orang yang mengangkatnya?
Dapatkah sebatang tongkat mengangkat orang yang memegangnya?
16 Oleh itu, Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga,Akan menyebabkan askar-askar Assyria yang tegap menjadi kurus kering.+Dia akan menyalakan api untuk menghanguskan kemuliaan Assyria.+
17 Tuhan Israel Yang Suci, Cahaya Israel,+Akan menjadi api yang bernyala-nyala.+Dalam masa sehari, api itu akan memusnahkan lalang dan semak berduri Assyria.
18 Rimba dan ladang buah-buahan Assyria yang indah akan dimusnahkan sama sekali oleh Tuhan.Semua itu akan menjadi seperti orang sakit yang merana sampai mati.+
19 Pokok di sana akan tinggal sedikit sahaja,Sehingga seorang budak kecil pun dapat mengiranya.
20 Pada masa itu, orang Israel yang masih hidupDan keturunan Yakub yang terselamat,Tidak lagi bergantung pada bangsa yang menyerang mereka.+Sebaliknya, mereka akan sungguh-sungguh bergantung pada Yehuwa,Tuhan Israel Yang Suci.
21 Hanya segelintir daripada keturunan Yakub yang akan kembali.Kumpulan kecil itu akan kembali kepada Tuhan Yang Berkuasa.+
22 Hai orang Israel,Meskipun bilangan kamu banyak seperti pasir di pantai,Hanya segelintir daripada kamu yang akan kembali.+
Tuhan telah memutuskan untuk mendatangkan kebinasaan kepada kamu.+Hukuman* akan melanda kamu seperti banjir.+
23 Sesungguhnya, seluruh negeri ini akan dibinasakan,Seperti yang difirmankan oleh Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga.+
24 Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga, berfirman, “Hai umat-Ku yang tinggal di Sion, janganlah takut akan orang Assyria. Meskipun mereka memukul kamu dengan tongkat+ dan mengancam kamu dengan belantan, seperti yang dilakukan orang Mesir dahulu,+
25 Aku akan berhenti menghukum kamu tidak lama lagi. Selepas itu, Aku akan mencurahkan kemurkaan-Ku ke atas mereka lalu membinasakan mereka.+
26 Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan mencambuk mereka dengan cemeti,+ seperti yang Aku lakukan semasa Aku mengalahkan orang Midian di Batu Oreb dahulu.+ Aku akan mengangkat tongkat-Ku dan menghulurkannya ke atas laut, seperti yang telah Aku lakukan terhadap orang Mesir.+
27 Pada masa itu, muatan yang diletakkan oleh raja Assyria di atas bahu kamu akan disingkirkan.+Kuk yang diletakkannya di atas leher kamu akan dibuang;+Kuk itu akan dipatahkan+ apabila minyak dituangkan ke atas seorang raja.”*
28 Raja Assyria sudah sampai di Aiyat;+Dia sudah melintasi Migron;Dia sudah meninggalkan barang-barangnya di Mikhmas.+
29 Tenteranya sudah menyeberangi sungaiDan bermalam di Geba.+Penduduk Rama gementar, dan orang dari Gibea,+ kota Saul, sudah melarikan diri.+
30 Berteriaklah hai penduduk Galim!
Dengarlah hai penduduk Laishah!
Alangkah malangnya kamu, hai penduduk Anatot!+
31 Penduduk Madmena telah melarikan diri.
Orang di Gebim sedang mencari perlindungan.
32 Pada hari itu juga, raja Assyria berhenti di Nob.+
Dia mengayunkan penumbuknya ke arah kota yang terletak di Gunung Sion;Dia mengancam Yerusalem yang terletak di atas sebuah gunung.
33 Dengarlah bunyi dentuman yang menakutkan itu!Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga, sedang memotong dahan-dahan pokok.+Pokok-pokok yang paling tinggi akan ditebang,Dan pohon-pohon yang berdiri megah akan ditumbangkan.
34 Tuhan akan menebas belukar di hutan dengan kapak.Pokok-pokok di Lebanon akan ditumbangkan oleh dia yang perkasa.