Yesaya 12:1-6

  • Lagu kesyukuran (1-6)

    • “Yah ialah kekuatanku” (2)

12  Pada masa itu, kamu pasti akan berkata, “Ya Yehuwa, aku bersyukur kepada-Mu,Kerana Engkau melegakan hatiku.Dahulu Engkau murka terhadapku, tetapi kini kemurkaan-Mu sudah reda.+  2  Tuhan ialah Penyelamatku.+ Aku percaya kepada-Nya dan aku tidak akan takut.+Yah* ialah kekuatanku; Yehuwa ialah pelindungku.Dia telah menyelamatkan aku.”+  3  Kamu akan menimba air dengan sukacitaDaripada mata air yang membawa penyelamatan.+  4  Pada masa itu, kamu pasti akan berkata, “Hendaklah kamu bersyukur kepada Yehuwa dan menyeru nama-Nya!Ceritakanlah perbuatan-Nya kepada semua orang!+ Isytiharkanlah keagungan nama-Nya!+  5  Nyanyikanlah pujian kepada* Yehuwa+ kerana Dia telah melakukan perbuatan yang menakjubkan.+ Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu.  6  Hai penduduk Sion, bersoraklah dan berserulah dengan gembira,Kerana Tuhan Israel Yang Suci, yang berada dalam kalangan kamu, sungguh agung.”

Nota Kaki

“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “Mainkanlah muzik untuk.”