Yesaya 13:1-22
13 Berikut merupakan perkhabaran tentang Babilon,+ yang dinyatakan kepada Yesaya+ anak Amoz dalam suatu penglihatan:
2 Tuhan berfirman, “Tegakkanlah tiang penanda+ di atas gunung yang gondol.
Berserulah kepada para askar dan lambaikanlah tanganmu kepada mereka,Supaya mereka memasuki pintu gerbang para bangsawan.
3 Aku telah memanggil askar-askar-Ku yang sombong dan angkuh.
Aku telah melantik mereka untuk melaksanakan perintah-Ku,+Iaitu untuk menghukum orang yang membangkitkan kemurkaan-Ku.”
4 Dengarlah keriuhan di atas gunung!Bunyinya seperti ada banyak orang yang berkumpul!
Dengarlah kegemparan kerajaan-kerajaanDan bangsa-bangsa yang berhimpun!+
Yehuwa, ketua angkatan syurga, sedang mengatur pasukan tentera untuk berperang.+
5 Yehuwa dan mereka* yang akan digunakan-Nya untuk menunjukkan kemurkaan-NyaSedang datang dari tempat yang jauh.+Mereka sedang datang dari hujung langitUntuk mendatangkan kebinasaan di seluruh bumi.+
6 Meraunglah kerana hari Yehuwa sudah dekat!
Pada hari itu, Tuhan Yang Maha Kuasa akan mendatangkan kebinasaan.+
7 Oleh itu, tangan semua orang akan menjadi lemah,Dan hati setiap orang akan dicengkam ketakutan.+
8 Mereka akan cemas dan gelisah.+
Mereka akan terkejang-kejang dan akan berasa sakit,Seperti seorang wanita yang sedang bersalin.
Mereka akan memandang satu sama lain dengan penuh ketakutan;Kesakitan terpancar pada wajah mereka.
9 Lihatlah! Hari Yehuwa akan datang.Tuhan akan melampiaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala,Dan negeri ini akan menjadi tempat yang menakutkan.+Pada hari itu, tiada orang yang akan dikasihani; semua pendosa di negeri ini akan dilenyapkan.
10 Setiap bintang dan gugusan bintang* di langit+Tidak akan bersinar.Matahari akan menjadi gelap pada waktu fajar,Dan bulan tidak akan bercahaya.
11 Tuhan berfirman, “Aku akan menghukum dunia kerana kejahatannya+Dan menghukum orang jahat kerana dosa mereka.
Aku akan mematahkan keangkuhan orang yang sombong,Dan Aku akan merendahkan pemerintah yang zalim dan bongkak.+
12 Aku akan menyebabkan manusia lebih susah dijumpai daripada emas murni;+Mereka akan lebih jarang ditemui daripada emas dari Ofir.+
13 Pada hari Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, menunjukkan kemurkaan-Ku yang bernyala-nyala,Aku akan membuat langit gementarDan membuat bumi bergoncang sehingga terkeluar dari tempatnya.”+
14 Seperti kijang yang diburu dan seperti kawanan bebiri tanpa gembala,Semua orang akan kembali kepada bangsa masing-masing;Semua orang akan melarikan diri ke negeri masing-masing.+
15 Sesiapa yang dijumpai akan ditikam,Dan sesiapa yang ditangkap akan dibunuh dengan pedang.+
16 Anak-anak mereka akan dibunuh dengan kejam di hadapan mata mereka sendiri.+Rumah-rumah mereka akan dijarah,Dan isteri-isteri mereka akan diperkosa.
17 Tuhan berfirman, “Aku akan menggerakkan orang Media untuk menyerang mereka.+Orang Media tidak mempedulikan perakDan tidak menyukai emas.
18 Orang Media akan membunuh orang muda dengan busur;+Mereka tidak akan mengasihani bayiDan tidak akan berbelas kasihan terhadap kanak-kanak.”
19 Meskipun Babilon ialah kerajaan yang paling gemilang+Dan merupakan negeri indah yang menjadi kebanggaan orang Kasdim,+Keadaannya akan menjadi seperti kota Sodom dan Gomora yang telah dimusnahkan oleh Tuhan.+
20 Babilon tidak akan didiami untuk selama-lamanya;Tiada sesiapa pun yang akan tinggal di negeri itu lagi.+
Orang Arab tidak akan berkhemah di situ,Dan gembala tidak akan membawa kawanan bebiri untuk berbaring di situ.
21 Babilon akan menjadi tempat tinggal burung unta,Tempat berbaring untuk binatang dari padang gurun,
Dan tempat kambing liar* melompat-lompat.Rumah-rumah di sana akan didiami burung hantu.+
22 Suara binatang melolong akan kedengaran di menara-menara;Bunyi serigala akan bergema di istana-istana yang mewah.
Sesungguhnya, saat kehancuran Babilon sudah dekat dan tidak akan ditunda.+