Yesaya 14:1-32

  • Orang Israel akan tinggal di negeri mereka sendiri (1, 2)

  • Raja Babilon dicemuh (3-23)

    • Dia yang bersinar akan jatuh dari langit (12)

  • Yehuwa akan meremukkan orang Assyria (24-27)

  • Perkhabaran tentang Filistia (28-32)

14  Yehuwa akan berbelas kasihan terhadap keturunan Yakub,+ dan Dia akan memilih umat Israel+ lagi. Dia akan menempatkan mereka di negeri mereka sendiri,+ dan orang asing akan datang bersama mereka dan menyertai keturunan Yakub.+ 2  Bangsa-bangsa akan membawa mereka pulang ke tanah air mereka, iaitu ke tanah milik Yehuwa. Di sana, bangsa-bangsa akan menjadi hamba lelaki dan hamba perempuan+ kepada orang Israel. Orang Israel akan menawan orang yang dahulunya menawan mereka, dan mereka akan menguasai orang yang dahulunya memaksa mereka untuk bekerja. 3  Pada hari Yehuwa membebaskan kamu daripada kesakitan, kegelisahan, dan kerja berat yang terpaksa kamu lakukan,+ 4  kamu akan mencemuh raja Babilon dengan berkata, “Pengawas abdi sudah tiada! Penindasan sudah berakhir!+  5  Yehuwa telah mematahkan belantan orang jahatDan tongkat para pemerintah.+  6  Tuhan telah menghancurkan orang ganas yang tidak henti-henti menyerang bangsa-bangsa,+Iaitu orang yang menakluki bangsa-bangsa dan terus-menerus menganiaya mereka.+  7  Semua orang bersorak dengan gembira+ Kerana seluruh bumi kini aman dan tenteram.  8  Pokok juniper dan pokok sedar di LebanonJuga bergembira atas kesudahanmu. Pokok-pokok itu berkata, ‘Sejak kejatuhanmu,Tiada orang yang datang untuk menebang kami lagi.’  9  Kuburan* pun menjadi gemparApabila kamu turun ke situ. Semua penguasa di bumi yang zalim,Yang sudah ditelan maut, kini bangun keranamu. Raja bangsa-bangsa yang sudah ditelan maut juga bangkit dari takhta mereka. 10  Mereka semua berkata kepadamu,‘Kamu pun menjadi lemah seperti kami? Kamu sudah menjadi sama seperti kami? 11  Kesombonganmu dan bunyi daripada alat muzik bertalimu+Kini sudah turun ke dalam Kuburan.* Ulat menjadi tempat tidurmu,Dan cacing menjadi selimutmu.’ 12  Hai kamu yang bersinar seperti bintang fajar,Kamu sudah jatuh dari langit! Dahulu kamu mengalahkan bangsa-bangsa,Tetapi kini kamu jatuh ke tanah!+ 13  Kamu berkata dalam hatimu, ‘Aku akan naik ke langit+ Dan menjadikan takhtaku lebih tinggi daripada bintang-bintang Tuhan.+Aku akan pergi jauh ke utaraDan duduk di atas gunung pertemuan.+ 14  Aku akan naik ke puncak awanDan menjadi seperti Yang Maha Tinggi.’ 15  Tetapi kamu akan dibawa turun ke dalam Kuburan,*Ke bahagian yang paling bawah di liang kubur. 16  Orang yang nampak kamu akan menatap kamu.Mereka akan meneliti kamu lalu bertanya,‘Inikah orang yang membuat bumi gementar,Yang membuat kerajaan-kerajaan menggigil ketakutan?+ 17  Inikah orang yang mengubah dunia menjadi padang belantara,Yang memusnahkan kota-kota di bumi?+Inikah orang yang enggan membiarkan orang tawanannya pulang?’+ 18  Semua raja bangsa-bangsaDimakamkan dengan penuh penghormatan.Mereka semua mempunyai makam masing-masing. 19  Tetapi kamu tidak akan dikebumikan.Kamu akan dibuang seperti ranting yang dibenciDan seperti bangkai yang dipijak-pijak.Mayatmu akan ditimbuni mayat orang yang mati ditikam pedang,Yang dilemparkan ke dalam lubang yang berbatu. 20  Kamu tidak akan dimakamkan seperti raja-raja yang lain,Kerana kamu telah memusnahkan negerimuDan membunuh rakyatmu sendiri. Nama keturunan penjahat tidak akan disebut lagi. 21  Sediakanlah tempat untuk membunuh anak cucunya,Kerana nenek moyang mereka telah berdosa.Dengan itu, mereka tidak akan bangkit untuk memerintah bumiDan membina kota di merata tempat.” 22  Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Aku akan menentang Babilon.”+ Yehuwa berfirman lagi, “Nama Babilon akan Aku lenyapkan. Aku akan memusnahkan penduduknya yang masih hidup, begitu juga dengan anak cucu dan keturunan mereka.”+ 23  Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Aku akan membuat Babilon menjadi tempat tinggal landak dan kawasan paya. Aku akan membinasakannya sama sekali.”*+ 24  Yehuwa, ketua angkatan syurga, telah bersumpah, “Apa yang Aku kehendaki akan berlaku,Dan apa yang Aku tentukan pasti terjadi. 25  Aku akan meremukkan orang Assyria di negeri-Ku,Dan memijak-mijak mereka di atas gunung-gunung-Ku.+ Kuk yang dikenakan mereka pada umat-Ku akan dibuang,Dan muatan yang diletakkan mereka di atas bahu umat-Ku akan disingkirkan.”+ 26  Tuhan akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum semua bangsa.Itulah keputusan-Nya untuk seluruh bumi. 27  Yehuwa, ketua angkatan syurga, sudah membuat keputusan-Nya,Dan Dia sudah menghulurkan tangan-Nya untuk melaksanakan hukuman-Nya. Siapakah yang dapat membatalkan keputusan-Nya?+Siapakah yang dapat menghalang-Nya?+ 28  Pada tahun Raja Ahas meninggal,+ perkhabaran berikut telah disampaikan: 29  “Hai orang Filistin, walaupun belantan yang memukul kamu sudah patah,Jangan kamu bersukacita, Kerana dari akar ular,+ akan muncul ular berbisa,+Dan ular beracun yang dapat terbang akan menetas daripada telurnya. 30  Anak sulung orang yang lemah akan diberi makanan,Dan orang miskin akan berbaring dengan aman.Tetapi Aku akan menyebabkan keturunan* kamu mati kebuluran,Dan sesiapa yang masih hidup akan dibunuh.+ 31  Meraunglah hai pintu gerbang! Menangislah hai kota! Hai orang Filistin, kamu semua akan menjadi lemah semangat! Kepulan asap yang menandakan perang sudah kelihatan di utara,Dan dalam pasukan tentera musuh, tiada seorang pun yang ketinggalan.” 32  Jawapan apakah yang harus diberikan kepada utusan bangsa asing? Beritahulah mereka bahawa Yehuwa telah meletakkan asas kota Sion,+Dan bahawa umat-Nya yang menderita akan mendapat perlindungan di situ.

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Lihat Kamus.
Harfiah, “Aku akan menyapunya dengan penyapu pembinasaan.”
Harfiah, “akar.”