Yesaya 16:1-14
-
Lebih banyak perkhabaran tentang Moab (1-14)
16 Kirimlah seekor bebiri jantan kepada pemerintah di Sion.Dari Sela, bawalah bebiri itu melintasi padang belantaraSehingga tiba di kota yang terletak di Gunung Sion.
2 Di tempat penyeberangan Sungai Arnon, penduduk Moab akan melarikan diri,+Seperti burung yang diusir dari sarang.+
3 “Berikanlah nasihat, dan laksanakanlah apa yang telah kamu putuskan.
Biarlah bayang-bayangmu pada waktu tengah hari menjadi gelap seperti pada waktu malam.
Sembunyikanlah mereka yang tercerai-berai dan janganlah mengkhianati orang yang melarikan diri.
4 Hai Moab, izinkanlah orang yang tercerai-berai tinggal di negerimu.
Sembunyikanlah mereka daripada pemusnah.+
Pembinasaan akan berakhir,Dan penindasan akan berhenti.Mereka yang memijak-mijak orang lain akan dilenyapkan dari bumi.
5 Sebuah takhta yang berasaskan kasih setia akan didirikan.
Seorang raja yang setia akan duduk di atas takhta itu di dalam khemah Daud.+Dia akan menghakimi dengan adil dan akan segera melakukan apa yang baik.”+
6 Kami telah mendengar tentang kesombongan orang Moab; mereka angkuh sekali.+Kami juga mendengar bahawa orang Moab bongkak, tinggi hati, dan cepat marah.+Namun cakap besar mereka kosong belaka.
7 Orang Moab akan meraung kerana bencana yang menimpa mereka.Semua orang di Moab akan meraung.+
Orang yang telah dikalahkan akan bersedih semasa teringat akan kuih kismis dari Kir-hareset.+
8 Pokok-pokok anggur di Hesybon+ sudah layu,Dan carang-carang* di kebun anggur Sibma,+ yang penuh dengan anggur merah,Telah dipijak-pijak oleh para pemerintah bangsa-bangsa.Carang-carang pokok anggur itu pernah bertumbuh sampai ke Yaezer+Dan menjalar sampai ke padang belantara.
Tunas-tunasnya pernah tersebar luas sampai ke pantai.
9 Itulah sebabnya aku akan menangisi pokok-pokok anggur Sibma, sebagaimana aku menangisi Yaezer.
Hai Hesybon dan Eleale,+ air mataku akan membasahi kamu,Kerana kamu tidak lagi menghasilkan buah-buahan musim panas dan hasil tuaian yang membuat orang bersorak.*
10 Aku telah menghentikan sorakan mereka.+Orang tidak lagi bersukacita dan bergembira di ladang buah-buahan,
Mereka juga tidak bernyanyi atau berseru dengan gembira di kebun anggur,+Dan orang yang memeras anggur tidak lagi menghasilkan wain.
11 Perasaanku bagaikan kecapi yang dipetik;Hatiku hancur luluh kerana Moab,+Dan jiwaku remuk-redam kerana Kir-hareset.+
12 Biarpun orang Moab bersusah payah bersembahyang di tempat pemujaan dan berdoa di rumah ibadat, usaha mereka sia-sia sahaja.+
13 Itulah perkhabaran yang dahulu diberikan oleh Yehuwa tentang Moab,
14 dan sekarang Yehuwa berfirman, “Dalam masa tiga tahun, seperti masa kerja seorang pekerja upahan,* kemuliaan Moab akan digantikan dengan kehinaan. Negeri itu akan porak-peranda, dan penduduknya akan menjadi sangat sedikit dan lemah.”+