Yesaya 18:1-7

  • Perkhabaran tentang Etiopia (1-7)

18  Malanglah negeri yang penuh dengan bunyi deruan serangga,Yang terletak di kawasan sungai di Etiopia!*+   Negeri itu menghantar utusan-utusan melalui laut dengan perahu papirus*Dan memberi mereka pesanan berikut: “Hai utusan-utusan yang tangkas,Pergilah ke negeri yang tanahnya dilintasi sungai-sungai;Pergilah kepada bangsa yang tinggi dan berkulit halus,Yang ditakuti di merata tempat,+Dan yang kuat dan suka menakluki bangsa lain.”   Hai semua penduduk bumi,Kamu akan melihat satu tanda* yang didirikan di atas gunung-gunung,Dan kamu akan mendengar bunyi tiupan trompet.   Yehuwa berfirman kepadaku, “Dengan tenang, Aku akan memandang* tempat kediaman-Ku,Seperti sinaran matahari yang terik,Dan seperti embun yang terbentuk pada musim menuai yang panas.   Selepas bunga pokok anggur mekar dan buahnya hampir masak,Tetapi sebelum buah anggur dipetik,Tunas-tunas pokok anggur akan dikerat dengan pisau pemangkas,Dan carang-carangnya akan dipotong lalu dibuang.   Mayat musuh akan dibiarkan untuk burung pemangsa dari gunung,Dan untuk binatang liar di bumi. Mayat-mayat itu akan menjadi makanan burung pemangsa pada musim panas,Dan menjadi makanan binatang liar di bumi pada musim menuai.   Pada masa itu, sebuah bangsa yang tinggi dan berkulit halus,Yang ditakuti di merata tempat,Dan yang kuat dan suka menakluki bangsa lain,Akan datang dari negeri yang tanahnya dilintasi sungai-sungai,Untuk memberikan persembahan kepada Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga.Mereka akan membawanya ke Gunung Sion, tempat yang dipilih untuk memuliakan nama Aku, Yehuwa.”+

Nota Kaki

Atau “Habsyah!”
Lihat Kamus.
Atau “tiang penanda.”
Atau mungkin, “memandang dari.”