Yesaya 20:1-6
-
Tanda untuk Mesir dan Etiopia (1-6)
20 Raja Sargon, iaitu raja Assyria, telah mengutus ketua tentera* Assyria untuk menyerang Asdod.+ Pada tahun Asdod diserang dan ditawan,+
2 Yehuwa berfirman kepada Yesaya+ anak Amoz, “Tanggalkanlah kain guni dari pinggangmu, dan tanggalkanlah kasutmu.” Yesaya pun berbuat demikian. Dia berjalan telanjang* dan tidak berkasut.
3 Yehuwa berfirman, “Hamba-Ku Yesaya telah berjalan telanjang dan tidak berkasut selama tiga tahun sebagai suatu tanda+ dan amaran kepada Mesir+ dan Etiopia.*+
4 Semasa raja Assyria membawa tawanan dari Mesir+ dan Etiopia, mereka semua, tua dan muda, akan berjalan telanjang dan tidak berkasut, dengan punggung mereka kelihatan. Sesungguhnya, Mesir akan dimalukan.
5 Orang yang berharap kepada Etiopia dan membanggakan Mesir akan berasa takut dan malu.
6 Pada masa itu, penduduk di kawasan pantai akan berkata, ‘Kita melarikan diri kepada bangsa-bangsa itu dan berharap agar mereka menolong kita dan menyelamatkan kita daripada raja Assyria, tetapi lihatlah apa yang telah berlaku kepada mereka! Bagaimanakah kita akan selamat sekarang?’”