Yesaya 21:1-17

  • Perkhabaran tentang padang belantara dekat laut (1-10)

    • Berjaga di menara pengawal (8)

    • “Babilon sudah jatuh!” (9)

  • Perkhabaran tentang Duma dan padang gurun (11-17)

    • “Hai penjaga, berapa lama lagi sebelum pagi?” (11)

21  Berikut merupakan perkhabaran tentang padang belantara yang berdekatan laut:*+ Bencana akan datang dari padang belantara, dari sebuah negeri yang dahsyat,+Seperti angin ribut yang bertiup dari selatan.   Aku mendapat penglihatan tentang kejadian yang kejam: Bangsa yang licik akan berbuat khianat,Dan bangsa yang suka akan kemusnahan akan membawa kebinasaan. Majulah, hai tentera Elam! Kepunglah kota-kota, hai tentera Media!+ Tuhan akan mengakhiri segala keluhan yang disebabkan oleh negeri itu.*+   Penglihatan itu membuat aku sangat menderita.+ Aku berasa sakit sekali,Seperti seorang wanita yang sedang bersalin. Aku terlalu susah hati sehingga tidak dapat mendengar apa-apa;Aku terlalu gelisah sehingga tidak dapat melihat apa-apa.   Hatiku tidak tenang, dan aku gementar ketakutan. Malam yang aku rindukan hanya membuat aku gentar.   Sediakanlah meja dan susunlah kerusi! Makanlah dan minumlah!+ Hai para pemimpin, bangkitlah dan lumurilah perisai kamu dengan minyak!*   Demikianlah firman Yehuwa kepadaku: “Pergilah tugaskan seorang pengawal, dan suruh dia melaporkan apa yang dilihatnya.”   Dia nampak pedati yang ditarik oleh sepasang kuda,Pedati yang ditarik oleh keldai-keldai,Dan pedati yang ditarik oleh unta-unta. Maka dia menumpukan perhatiannya dan memerhatikan semua itu dengan teliti.   Kemudian, seperti singa yang mengaum, dia berseru dengan lantang, “Ya Yehuwa, sepanjang waktu siang, aku berdiri di menara pengawal,Dan sepanjang waktu malam, aku bertugas di tempat kawalan.+   Lihatlah askar-askar yang datang itu! Mereka menaiki pedati yang ditarik oleh sepasang kuda.”+ Kemudian dia berkata lagi, “Babilon sudah jatuh! Babilon sudah jatuh!+ Semua patung berhala di situ sudah dihancurkan di tanah!”+ 10  Hai bangsakuYang dipijak-pijak seperti gandum di tempat mengirik* gandum,+Aku telah memberitahu kamu apa yang aku dengar daripada Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel. 11  Berikut merupakan perkhabaran tentang Duma:* Seseorang dari Seir+ berseru kepadaku, “Hai penjaga, berapa lama lagi sebelum pagi? Hai penjaga, berapa lama lagi sebelum pagi?” 12  Penjaga itu menjawab, “Pagi akan datang, tetapi malam juga akan datang. Jika kamu hendak bertanya, Marilah bertanya lagi!” 13  Berikut merupakan perkhabaran tentang padang gurun: Hai para pengembara daripada suku Dedan,+Kamu akan bermalam dekat pokok-pokok di padang gurun. 14  Hai penduduk Tema,+Berikanlah air kepada orang haus yang datang kepada kamu,Dan berikanlah makanan kepada orang pelarian. 15  Mereka melarikan diri daripada pedang yang terhunus,Daripada busur yang dilenturkan, dan daripada peperangan yang dahsyat. 16  Yehuwa berfirman kepadaku, “Dalam masa satu tahun, seperti masa kerja seorang pekerja upahan,* segala kemuliaan Kedar+ akan lenyap. 17  Hanya beberapa orang pemanah dalam kalangan pahlawan Kedar yang akan tinggal. Aku, Yehuwa, Tuhan orang Israel, telah berfirman.”

Nota Kaki

Nampaknya merujuk kepada Babilonia kuno.
Nampaknya merujuk kepada Babilon.
Atau “dan urapilah perisai kamu.”
Proses memisahkan buah daripada tangkai.
Maksudnya “Senyap.” Merujuk kepada Edom.
Iaitu, apabila genap 1 tahun.