Yesaya 22:1-25

  • Perkhabaran tentang Lembah Penglihatan (1-14)

  • Elyakim menggantikan Sebna sebagai pengurus istana (15-25)

    • Pasak penyangkut yang mempunyai erti kiasan (23-25)

22  Berikut merupakan perkhabaran tentang Lembah Penglihatan:*+ Apakah yang terjadi kepadamu sehingga semua pendudukmu naik ke bumbung?   Hai kota yang heboh dan yang penuh dengan keriuhan,Engkau berada dalam keadaan yang huru-hara. Pendudukmu yang dibunuh tidak dibunuh dengan pedang;Mereka tidak dibunuh di medan perang.+   Semua pemerintahmu yang zalim telah melarikan diri,+Tetapi musuh telah menawan mereka tanpa melenturkan busur. Semua orang telah melarikan diri ke tempat yang jauh,Tetapi mereka masih ditemui lalu dijadikan tawanan.+   Itulah sebabnya aku berkata, “Jangan memandang aku. Jangan cuba melegakan hatiku. Aku akan menangis dengan pilu,+Kerana bangsaku telah dimusnahkan.+   Masa kekacauan, kekalahan, dan kecemasan,+Daripada Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga,Akan melanda Lembah Penglihatan. Tembok sudah dirobohkan,+Dan teriakan kedengaran di gunung.   Orang Elam+ membawa bekas anak panahDan datang dengan kuda dan kereta kuda.Orang Kir+ mempersiapkan perisai mereka.   Hai bangsaku, lembah-lembahmu* yang paling indahAkan penuh dengan kereta kuda,Dan pasukan berkuda akan bersiap di pintu gerbang kota.   Yehuda akan kehilangan perlindungannya. “Pada masa itu, kamu akan memandang ke arah gudang senjata di Rumah Hutan Lebanon,+  lalu nampak banyak celah di tembok Kota Daud.+ Kamu akan mengumpulkan air daripada Kolam Bawah.+ 10  Kamu akan menghitung rumah-rumah di Yerusalem dan merobohkan rumah-rumah itu untuk memperkukuh tembok kota. 11  Kamu akan membina tempat penyimpanan air di antara dua tembok kota untuk menyimpan air yang disalurkan dari kolam yang lama. Tetapi kamu tidak akan memperhatikan Pencipta Agung yang menyebabkan bencana itu berlaku, dan kamu tidak akan mencari Tuhan yang merancang* hal itu sejak dahulu lagi. 12  Pada masa itu, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga,Menyuruh kamu menangis dan meratap,+Mencukur rambut dan memakai kain guni. 13  Tetapi sebaliknya, kamu bergembira dan berpesta. Kamu menyembelih lembu dan biri-biri,Makan daging, dan minum wain.+ Kamu berkata, ‘Marilah kita makan dan minum kerana esok kita akan mati.’”+ 14  Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman kepadaku, “‘Kesalahan bangsa ini tidak akan diampunkan sehingga mereka mati.’+ Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah berfirman.” 15  Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga, berfirman, “Pergilah berjumpa dengan Sebna,+ pengurus istana, dan berkatalah kepadanya, 16  ‘Apakah hakmu di sini, dan siapakah saudara-maramu di sini? Mengapakah engkau memahat kuburmu di sini?’ Sebna sedang memahat kuburnya di tempat tinggi; dia sedang memahat tempat pengebumiannya di bukit batu. 17  Beritahulah orang itu, ‘Lihatlah! Aku, Yehuwa, akan melemparkan engkau ke bawah dengan kuat. Aku akan mencengkam engkau, 18  menggulung-gulung engkau, lalu melontarkan engkau seperti bola ke sebuah negeri yang luas. Engkau akan mati di sana, di samping kereta kudamu yang mewah itu. Keluarga tuanmu akan dimalukan kerana kereta kudamu. 19  Engkau akan dipecat daripada jawatanmu, dan engkau akan dilucutkan daripada kedudukanmu. 20  “‘Pada waktu itu, Aku akan memanggil hamba-Ku Elyakim+ anak Hilkia, 21  lalu mengenakan jubahmu dan pengikat pinggangmu padanya.+ Aku akan menyerahkan kekuasaanmu ke dalam tangannya, dan dia akan menjadi seperti bapa kepada penduduk Yerusalem dan keturunan Yehuda. 22  Aku akan memberinya kunci keluarga Daud.*+ Apa-apa yang dibukanya, tidak dapat ditutup oleh sesiapa pun; dan apa-apa yang ditutupnya, tidak dapat dibuka oleh sesiapa pun. 23  Aku akan mengukuhkan kedudukannya, seperti pasak penyangkut yang dipasang pada tempat yang berkekalan. Dia akan menjadi seperti sebuah takhta yang membawa kemuliaan kepada keluarga bapanya. 24  Kemuliaan keluarga bapanya, termasuk anak cucu dan keturunan mereka, akan bergantung padanya, sebagaimana bekas kecil, bekas yang bentuknya seperti mangkuk, dan semua bekas yang besar, bergantung pada sebuah pasak penyangkut.’ 25  “Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, ‘Pada waktu itu, pasak penyangkut yang dipasang pada tempat yang berkekalan akan jatuh dan rosak.+ Apabila pasak itu sudah tiada, segala sesuatu yang bergantung padanya akan jatuh dan rosak. Aku, Yehuwa, telah berfirman.’”

Nota Kaki

Nampaknya merujuk kepada Yerusalem.
Atau “dataran-dataran rendahmu.”
Harfiah, “membentuk.”
Atau “Aku akan meletakkan kunci rumah Daud pada bahunya.”