Yesaya 24:1-23

  • Yehuda dan Yerusalem akan menjadi sepi (1-23)

    • Yehuwa menjadi Raja di Sion (23)

24  Lihatlah! Yehuwa akan menyebabkan negeri ini* menjadi tandus dan sepi.+ Dia akan menterbalikkan negeri ini+ dan mencerai-beraikan penduduknya.+   Semua orang akan menemui kesudahan yang sama: Rakyat dan imam,Hamba lelaki dan tuannya,Hamba perempuan dan puannya,Penjual dan pembeli,Penghutang dan pemberi hutang,Orang yang meminjam dan orang yang memberikan pinjaman.+   Seluruh negeri ini akan menjadi sunyi sepi;Segala sesuatu di negeri ini akan dijarah.+Yehuwa telah berfirman, dan hal itu pasti berlaku.   Negeri ini akan meratap*+ dan menjadi tandus, Tanah yang subur akan menjadi gersang, Dan para pembesar di negeri ini akan menjadi lemah.   Negeri ini telah dicemarkan oleh penduduknya;+Mereka melanggar hukum Tuhan,+Mengubah peraturan-Nya,+Dan memungkiri perjanjian kekal yang telah dibuat.*+   Itulah sebabnya negeri ini dikutuk lalu binasa,+Dan penduduknya dianggap bersalah. Akibatnya, bilangan mereka semakin berkurangan,Sehingga beberapa orang sahaja yang tinggal.+   Wain baharu akan meratap,* dan pokok anggur akan layu.+Semua orang yang dahulunya ceria akan mengeluh.+   Muzik gembira daripada tamborin sudah tiada;Keriuhan daripada orang yang berpesta sudah berhenti;Lagu riang daripada kecapi sudah lenyap.+   Tiada lagi orang yang minum wain sambil bernyanyi;Minuman keras terasa pahit bagi orang yang meminumnya. 10  Kota yang ditinggalkan telah roboh;+Semua rumah ditutup dengan rapat supaya tiada sesiapa pun yang dapat masuk. 11  Orang berteriak-teriak di jalan kerana kehabisan wain. Sukacita di negeri ini sudah lenyap;Kegembiraan di negeri ini sudah tiada.+ 12  Kota dan pintu gerbang kota telah dibinasakan;Semuanya hancur dan tinggal reruntuhan sahaja.+ 13  Namun, masih ada penduduk negeri ini dalam kalangan bangsa-bangsa lain. Mereka akan menjadi seperti buah zaitun yang tertinggal selepas dahan pokok zaitun dipukul,+Dan seperti buah anggur yang tertinggal selepas musim menuai anggur.+ 14  Mereka akan melantangkan suaraDan berseru dengan gembira. Dari sebelah barat,* mereka akan mengisytiharkan keagungan Yehuwa.+ 15  Dari sebelah timur,*+ mereka akan memuliakan Yehuwa;Mereka yang tinggal di pulau-pulau akan memuliakan nama Yehuwa, Tuhan orang Israel.+ 16  Dari hujung-hujung bumi, akan kedengaran orang yang bernyanyi,“Semoga Tuhan Yang Adil dimuliakan!”+ Tetapi aku berkata, “Aku berasa lemah dan tidak berdaya! Malanglah aku! Orang yang licik telah berbuat khianat;Mereka penuh dengan tipu daya dan muslihat yang licik.”+ 17  Hai penduduk negeri ini, ketakutan, lubang, dan perangkap, sedang menantikan kamu.+ 18  Sesiapa yang melarikan diri ketika mendengar bunyi yang menakutkan akan jatuh ke dalam lubang,Dan sesiapa yang keluar dari lubang itu akan masuk ke dalam perangkap.+ Pintu-pintu langit akan terbuka,Dan asas negeri ini akan bergoncang. 19  Negeri ini akan terbelah;Negeri ini akan bergegar;Negeri ini akan bergoncang dengan kuat.+ 20  Negeri ini akan terhuyung-hayang seperti orang mabukDan bergoyang seperti pondok yang ditiup angin. Negeri ini akan roboh kerana berat dosanya+Dan tidak akan bangkit lagi. 21  Pada masa itu, Yehuwa akan memperhatikan angkatan tentera syurga,Dan Dia akan memperhatikan raja-raja di bumi. 22  Mereka akan dikumpulkan,Seperti orang tawanan yang dikumpulkan di dalam sebuah lubang.Setelah dipenjarakan untuk masa yang panjang,Mereka akan dihakimi. 23  Yehuwa, ketua angkatan syurga, sudah menjadi Raja+ di Gunung Sion+ dan di Yerusalem.Kemuliaan-Nya akan dinyatakan di hadapan orang yang tua dalam kalangan umat-Nya.+Pemerintahan-Nya yang gemilang akan membuat bulan purnama kelihatan pudar,Dan akan membuat matahari yang bersinar kelihatan gelap.+

Nota Kaki

Nampaknya merujuk kepada Yehuda dan Yerusalem.
Atau mungkin, “mengering.”
Atau “perjanjian yang dibuat pada masa kuno.”
Atau mungkin, “mengering.”
Atau “Dari laut.”
Atau “Dari wilayah terang.”