Yesaya 25:1-12

  • Umat Tuhan diberkati secara berlimpah-limpah (1-12)

    • Yehuwa menyediakan wain yang terbaik (6)

    • Tiada lagi kematian (8)

25  Ya Yehuwa, Engkaulah Tuhanku. Aku akan mengagungkan Engkau dan memuji nama-Mu,Kerana Engkau telah melakukan hal-hal yang mengagumkan.+Engkau setia+ dan dapat dipercayai;Engkau pasti melaksanakan tujuan yang telah Engkau tetapkan sejak purbakala.+   Engkau merobohkan menara orang asingDan membuat kubu-kubu mereka menjadi reruntuhan. Engkau menyebabkan kota mereka menjadi timbunan batu,Yang tidak akan dibina semula.   Itulah sebabnya Engkau akan dipuji oleh bangsa yang perkasaDan ditakuti di kota bangsa-bangsa yang kejam.+   Engkau menjadi kubu bagi orang yang lemahDan kubu bagi orang miskin yang menghadapi kesusahan.+ Engkau ialah tempat perlindungan daripada ributDan tempat bernaung daripada panas terik.+ Biarpun kemarahan orang yang zalim seperti ribut yang menghentam dinding,   Dan seperti panas terik di tanah yang tandus,Engkau membungkam orang asing yang riuh-rendah. Sebagaimana bayang-bayang awan menghilangkan panas terik,Engkau membungkam orang yang kejam supaya mereka tidak bernyanyi lagi.   Di gunung-Nya,+ Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan menyediakan jamuan bagi semua bangsa.+Dia akan menghidangkan makanan yang terbaikDan makanan yang paling bermutu.*Dia juga akan menyediakan wain pilihan,Iaitu wain terbaik yang ditapis.   Di gunung itu, Dia akan menghapuskan kain yang menyelubungi semua orangDan menyingkirkan selubung yang menutupi segala bangsa.   Dia akan melenyapkan* kematian buat selama-lamanya.+Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan menghapuskan air mata daripada setiap wajah+ Dan menghilangkan kehinaan yang ditanggung oleh umat-Nya di serata bumi.Hal itu pasti akan berlaku kerana Yehuwa sendiri telah berfirman tentangnya.   Pada masa itu, mereka akan berkata, “Lihatlah! Dialah Tuhan kita!+ Kita berharap kepada-Nya,+Dan Dia akan menyelamatkan kita.+ Dialah Yehuwa! Kita bergantung pada-Nya. Marilah kita bergembira dan bersukacita kerana Dia menyelamatkan kita.”+ 10  Yehuwa akan melindungi gunung itu+ dengan tangan-Nya,*Tetapi orang Moab akan dipijak-pijak di negeri mereka sendiri,+Seperti jerami yang dipijak-pijak di atas timbunan baja. 11  Dia akan merentangkan tangan-Nya untuk memukul Moab,Seperti seorang perenang yang merentangkan tangannya untuk memukul air semasa berenang.Dengan gerakan tangan-Nya yang tangkas,Dia akan merendahkan Moab yang angkuh.+ 12  Dia akan merobohkan kota Moab yang berkubuDan meruntuhkan tembok pertahanannya yang tinggi.Semua itu akan dibinasakan dan menjadi seperti debu di tanah.

Nota Kaki

Atau “makanan terbaik yang penuh dengan sumsum tulang.”
Harfiah, “menelan.”
Atau “Yehuwa akan meletakkan tangan-Nya di atas gunung itu.”