Yesaya 26:1-21

  • Lagu tentang kepercayaan dan penyelamatan (1-21)

    • Yehuwa ialah Gunung Batu yang abadi (4)

    • Penduduk bumi akan belajar untuk melakukan apa yang benar (9)

    • “Orang mati dalam kalangan kamu akan hidup semula” (19)

    • Bersembunyilah di dalam bilik yang selamat (20)

26  Pada masa itu, orang di negeri Yehuda+ akan menyanyikan lagu ini:+ “Kota kita kuat.+ Penyelamatan daripada Tuhan ialah benteng dan temboknya.+   Bukalah pintu-pintu gerbang kota,+ supaya bangsa yang diperkenankan Tuhan,Iaitu bangsa yang taat dan setia kepada Tuhan, dapat masuk.   Ya Tuhan, Engkau melindungi orang yang bergantung sepenuhnya pada-Mu;*Engkau mengurniai mereka kedamaian yang berkekalan,+Kerana mereka yakin kepada-Mu.+   Yakinlah kepada Yah;* percayalah kepada Yehuwa selama-lamanya,+Kerana Yehuwa ialah Gunung Batu yang abadi.+   Dia telah merendahkan orang yang tinggal di tempat tinggi. Dia merendahkan kota yang megahDan mencampakkannya ke bumi,Sehingga menjadi seperti debu di tanah.   Orang yang tertindas dan orang yang lemahAkan memijak-mijak kota itu.”   Ya Tuhan, haluan yang ditempuh orang baik itu lurus.* Engkau meluruskan haluan orang baik,Kerana Engkau sentiasa melakukan apa yang benar.   Ya Yehuwa, kami berharap kepada-Mu,Supaya kami dapat mengikut haluan-Mu yang adil. Kami ingin selalu ingat akan-Mu dan nama-Mu.*   Jiwaku merindukan Engkau pada waktu malam;Aku terus mencari Engkau dengan sepenuh hati.+Apabila Engkau menghakimi bumi,Penduduk bumi akan belajar untuk melakukan apa yang benar.+ 10  Biarpun orang yang jahat dikasihani,Mereka tidak akan belajar berbuat baik.+ Biarpun di negeri orang jujur, mereka tetap berbuat jahat.+Akibatnya, mereka tidak akan melihat kemuliaan Yehuwa.+ 11  Ya Yehuwa, musuh-Mu tidak melihat+ tangan-Mu yang sudah terangkat untuk menghukum mereka, Tetapi mereka akan dimalukan ketika melihat betapa besarnya kasih-Mu terhadap umat-Mu. Sesungguhnya, api daripada-Mu akan melahap mereka. 12  Ya Yehuwa, Engkau akan mengurniai kami kedamaian.+Segala pencapaian kamiMerupakan hasil perbuatan-Mu. 13  Ya Yehuwa, Tuhan kami, kami pernah dikuasai pemerintah lain selain Engkau,+Tetapi nama-Mu sahaja yang kami hormati.+ 14  Mereka sudah mati dan tidak akan hidup lagi; Mereka tidak dapat melakukan apa-apa dan tidak akan bangkit lagi.+ Engkau telah menghakimi dan membinasakan mereka,Sehingga mereka tidak diingati lagi. 15  Ya Yehuwa, Engkau telah memuliakan diri-Mu;+Engkau meluaskan sempadan wilayah kami,+Dan Engkau menyebabkan bangsa kami semakin bertambah; Sesungguhnya, Engkau membuat bangsa kami bertambah banyak. 16  Ya Yehuwa, umat-Mu berpaling kepada-Mu semasa menghadapi kesusahan;Sewaktu Engkau mendisiplinkan mereka, mereka mengucapkan doa dengan suara yang rendah untuk mencurahkan isi hati mereka.+ 17  Seperti wanita mengandung yang hampir bersalin,Yang berteriak-teriak kerana kesakitan yang dialami,Demikianlah keadaan yang kami rasai disebabkan Engkau, ya Yehuwa. 18  Kami mengandung, kami merasai sakit bersalin,Tetapi kami seolah-olah melahirkan angin sahaja. Kami tidak dapat menyelamatkan negeri ini,Dan kami juga tidak melahirkan sesiapa pun untuk menetap di negeri ini. 19  Tuhan berfirman, “Orang mati dalam kalangan kamu akan hidup semula. Mayat umat-Ku akan bangkit.+ Hai kamu yang tinggal di dalam debu,+Bangunlah dan berserulah dengan sukacita,Kerana embun kamu seperti embun pada waktu pagi.* Bumi akan membiarkan orang mati hidup* semula. 20  Hai umat-Ku, masuklah ke dalam bilik yang selamatDan tutuplah pintu.+ Bersembunyilah seketikaSehingga kemurkaan-Ku berlalu.+ 21  Lihatlah! Aku, Yehuwa, sedang datang dari tempat kediaman-Ku,Untuk menghukum penduduk bumi kerana kesalahan mereka.Penumpahan darah di bumi akan didedahkan,Dan orang yang dibunuh tidak akan disembunyikan lagi.”

Nota Kaki

Atau mungkin, “yang hatinya teguh.”
“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau “rata.”
Iaitu, keinginan agar Tuhan dan nama-Nya diisytiharkan.
Atau mungkin, “embun pada tumbuhan herba.”
Atau “dilahirkan.”