Yesaya 29:1-24

  • Malanglah kota Ariel! (1-16)

    • Tuhan mengutuk ibadat yang tidak ikhlas (13)

  • Orang tuli akan mendengar dan orang buta akan melihat (17-24)

29  “Malanglah kota Ariel,* kota tempat Daud pernah berkhemah!+ Sambutlah perayaan-perayaan+ tahunanmu;Teruslah merayakannya tahun demi tahun.  2  Aku akan mendatangkan kesusahan kepada kota Ariel,+Dan penduduknya akan menangis dan meratap.+Bagi-Ku, kota itu akan menjadi seperti tempat untuk menyalakan api di mazbah.+  3  Hai kota Ariel, Aku akan berkhemah di sekelilingmu untuk mengepungmu;Aku akan mendirikan benteng dan pagar kayu runcing,Untuk mengepung dan menyerangmu.+  4  Engkau akan dijatuhkan dan dihina.Engkau akan bercakap dari dalam tanah,Dan debu di tanah akan membuat kata-katamu kedengaran sayup-sayup. Suaramu yang keluar dari dalam tanah+Akan kedengaran seperti suara seorang bomoh.Kata-katamu yang keluar dari dalam debu akan kedengaran seperti bisikan.  5  Tetapi dengan tiba-tiba, tanpa diduga,+Musuh-musuhmu akan menjadi seperti serbuk halus,+ Dan orang yang kejam akan menjadi seperti sekam yang ditiup angin.+  6  Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan menyelamatkan engkauDengan mendatangkan guruh, gempa bumi, dan bunyi yang kuat,Serta dengan mendatangkan angin ribut, badai, dan nyala api yang menghanguskan.”+  7  Bangsa-bangsa yang berperang melawan kota Ariel,+Iaitu mereka yang menyerang kota itu,Mereka yang membina menara untuk mengepung kota itu,Dan mereka yang mendatangkan kesusahan kepada kota itu,Akan menjadi seperti mimpi pada waktu malam.  8  Sesungguhnya, orang ramai daripada segala bangsaYang menyerang Gunung Sion,+Akan menjadi seperti seseorang yang lapar, yang bermimpi dia sedang makan,Lalu terjaga tetapi masih lapar, Dan seperti seseorang yang haus, yang bermimpi dia sedang minum,Lalu terjaga tetapi masih dahaga dan letih.  9  Hai penduduk Ariel, hendaklah kamu terpegun dan berasa kagum;+Biarlah mata kamu tertutup supaya kamu tidak dapat melihat.+ Para pemimpin kamu mabuk tetapi bukan kerana minum wain;Mereka berjalan terhuyung-hayang tetapi bukan kerana minum arak. 10  Yehuwa telah membuat kamu tidur nyenyak.+Para nabi sepatutnya menjadi mata kamu tetapi Tuhan telah menutup mata mereka;+Para pelihat* sepatutnya menjadi kepala kamu tetapi Tuhan telah menyelubungi kepala mereka.+ 11  Bagi kamu, setiap penglihatan yang diterima akan menjadi seperti kata-kata dalam sebuah gulungan yang dimeterai.+ Jika kamu membawa gulungan itu kepada seseorang yang tahu membaca dan berkata kepadanya, “Tolong bacakan isinya,” dia akan berkata, “Aku tidak dapat membacakannya kerana gulungan ini sudah dimeterai.” 12  Jika kamu membawa gulungan itu kepada seseorang yang buta huruf dan berkata kepadanya, “Tolong bacakan isinya,” dia akan berkata, “Aku langsung tidak tahu membaca.” 13  Yehuwa berfirman, “Umat ini mengatakan bahawa mereka menghampiri-Ku,Dan bahawa mereka menghormati Aku dengan bibir mereka,+Tetapi hati mereka jauh daripada-Ku.Ibadat mereka kepada-Ku hanyalah berasaskan perintah yang diajarkan oleh manusia.+ 14  Maka, Aku akan melakukan lagi hal-hal yang menakjubkan terhadap umat ini;+Aku akan melakukan hal-hal yang ajaib dan mengagumkan terhadap mereka.Kebijaksanaan orang yang pandai akan lenyap,Dan pengertian orang yang bijak akan hilang.”+ 15  Malanglah orang yang berusaha untuk menyembunyikan rancangan mereka daripada Yehuwa.+ Mereka bertindak dalam kegelapanSambil berkata, “Siapakah yang nampak kita? Siapakah yang tahu akan perbuatan kita?”+ 16  Kamu pandai memutarbalikkan segala-galanya! Haruskah tukang tembikar dianggap setaraf dengan tanah liat?+ Haruskah benda yang dibuat berkata tentang orang yang membuatnya,“Bukan dia yang membuat aku”?+ Haruskah benda yang dibentuk berkata tentang orang yang membentuknya,“Dia tidak tahu apa-apa”?+ 17  Dalam masa yang singkat, Lebanon akan menjadi kebun buah-buahan,+Dan kebun buah-buahan itu akan dianggap sebagai hutan.+ 18  Pada masa itu, orang tuli akan mendengar kata-kata yang dibacakan daripada kitab,Dan orang buta akan dibebaskan daripada kegelapan dan kekelaman, lalu dapat melihat.+ 19  Orang yang rendah hati akan merasai sukacita yang besar kerana Yehuwa,Dan orang yang miskin akan bergembira kerana Tuhan Israel Yang Suci.+ 20  Orang yang suka menindas akan dilenyapkan,Dan orang yang bercakap besar akan dibinasakan.Orang yang menantikan peluang untuk berbuat jahat akan dimusnahkan.+ 21  Mereka mengucapkan kata-kata dusta supaya orang lain dianggap bersalah.Mereka memasang perangkap bagi pembela* di pintu gerbang kota+Dan menggunakan tuduhan palsu untuk menghalang orang baik daripada mendapat keadilan.+ 22  Oleh itu, Yehuwa, Tuhan yang menebus Abraham,+ berfirman kepada keturunan Yakub, “Yakub tidak akan dimalukan lagi.Mukanya tidak akan menjadi pucat lagi.*+ 23  Apabila dia melihat anak-anaknya, iaitu buatan tangan-Ku,Berada di sekelilingnya,+Mereka semua akan menyucikan nama-Ku.Sesungguhnya, mereka akan memuliakan Aku, Tuhan Yakub Yang Suci,Dan menyanjung Aku, Tuhan orang Israel.+ 24  Orang yang fikirannya tersesat akan memperoleh pengertian,Dan orang yang bersungut-sungut akan menerima tunjuk ajar.”

Nota Kaki

Mungkin bermaksud “Tempat Menyalakan Api di Mazbah Tuhan.” Nampaknya merujuk kepada Yerusalem.
Atau “Orang yang menyampaikan penglihatan Tuhan.”
Harfiah, “orang yang memberikan teguran.”
Iaitu, kerana berasa malu dan kecewa.