Yesaya 3:1-26

  • Pemimpin Yehuda menyesatkan rakyat (1-15)

  • Kaum wanita di Sion dihakimi (16-26)

3  Lihatlah! Yehuwa, Tuan yang benar, ketua angkatan syurga,Akan menyingkirkan segala sesuatu yang diharapkan oleh penduduk Yerusalem dan Yehuda;Dia akan menyingkirkan roti dan air,+   Pahlawan dan askar,Hakim dan nabi,+ tukang tilik dan pemimpin,   Para ketua,*+ bangsawan, dan penasihat,Serta tukang sihir dan pakar ilmu ghaib mereka.+   Tuhan akan menjadikan budak lelaki sebagai pemimpin merekaDan menjadikan orang yang tidak tetap pendirian sebagai pemerintah mereka.   Rakyat akan saling menindas;Setiap orang akan melayan satu sama lain dengan buruk.+ Anak muda akan menyerang orang tua,Dan orang yang dipandang rendah akan menghina orang yang disegani.+   Setiap orang akan memegang saudaranya di rumah bapanya dan berkata, “Hanya kamu yang ada jubah. Oleh itu, jadilah pemimpin kami. Uruslah timbunan reruntuhan ini.”   Tetapi saudaranya itu akan berkata, “Aku tidak akan membalut luka kamu;Aku sendiri pun tiada makanan atau pakaian di rumah. Jangan lantik aku sebagai pemimpin kamu.”   Yerusalem sudah jatuh,Dan Yehuda sudah runtuh,Kerana segala ucapan dan perbuatan mereka menentang Yehuwa;Mereka mengingkari Tuhan yang mulia secara terang-terang.+   Air muka mereka menyatakan kejahatan mereka.Seperti penduduk Sodom, mereka tidak mencuba menyembunyikan dosa mereka,Malah mereka menghebohkannya.+ Malanglah mereka, kerana mereka mendatangkan bencana kepada diri sendiri! 10  Beritahulah orang yang baik bahawa mereka akan hidup sejahtera;Mereka akan mendapat ganjaran untuk segala perbuatan mereka.*+ 11  Tetapi malanglah orang yang jahat! Malapetaka akan menimpa mereka!Mereka akan diperlakukan sebagaimana mereka memperlakukan orang lain. 12  Bangsaku ditindas oleh pengawas abdiDan diperintah oleh kaum wanita. Hai bangsaku, pemimpin kamu menyesatkan kamu,Sehingga kamu tidak mengetahui jalan yang harus kamu ikut.+ 13  Yehuwa sudah bersedia untuk mengemukakan tuduhan-Nya;Dia telah berdiri untuk melaksanakan penghakiman. 14  Yehuwa akan mengadili para pemimpin dan pembesar dalam kalangan umat-Nya. Dia berfirman, “Kamu telah membakar ladang-ladang anggur,Dan kamu telah mencuri barang orang miskin lalu menyimpannya di dalam rumah kamu.”+ 15  Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan Yang Berdaulat, juga berfirman,“Mengapa kamu menindas umat-Ku? Mengapa kamu memeras orang miskin?”+ 16  Yehuwa berfirman, “Sombong betul wanita-wanita Yerusalem!Mereka suka bermain mata;Mereka mendongakkan kepala dengan angkuh semasa berjalan,Dan langkah mereka dibuat-buat supaya gelang kaki mereka bergemerencing. 17  Tetapi Aku, Yehuwa, akan menyebabkan kepala wanita-wanita Yerusalem berkuping,Dan Aku, Yehuwa, akan membuat kepala mereka menjadi botak.+ 18  Harinya akan tiba apabila Aku, Yehuwa, mengambil segala barang perhiasan mereka:Gelang kaki, cekak rambut, perhiasan berbentuk bulan sabit,+ 19  Anting-anting,* gelang tangan, selubung muka, 20  Perhiasan kepala, perhiasan kaki, pengikat pinggang,Kantung wangian, tangkal, 21  Cincin, anting-anting hidung, 22  Pakaian pesta, jubah luar, baju labuh, beg duit, 23  Cermin tangan,+ pakaian linen,Serban, dan selubung panjang. 24  Sekarang mereka berbau wangi kerana mereka memakai minyak balsam,*+ tetapi kelak mereka akan berbau busuk;Ikat pinggang mereka akan digantikan dengan tali;Kepala mereka yang berambut cantik akan menjadi botak;+Pakaian mereka yang elok-elok akan digantikan dengan kain guni;+Kecantikan mereka akan digantikan dengan tanda selar. 25  Kaum lelaki di kota ini akan mati dibunuh pedang,Dan pahlawan-pahlawan di kota ini akan terkorban di medan perang.+ 26  Tangisan dan ratapan akan kedengaran di pintu gerbang kota,+Dan kota ini akan menjadi seperti seorang wanita yang duduk di tanah setelah kehilangan segala-galanya.”+

Nota Kaki

Atau “ketua atas 50 orang.”
Atau “Mereka akan menikmati hasil usaha mereka.”
Atau “Loket.”
Lihat Kamus.