Yesaya 31:1-9

  • Penyelamatan yang sejati berasal daripada Tuhan, bukan manusia (1-9)

    • Kuda-kuda Mesir hanyalah darah dan daging (3)

31  Malanglah mereka yang pergi ke Mesir untuk meminta bantuan!+ Mereka bergantung pada kuda,+Berharap kepada kuda perang* yang kuat,Dan menaruh keyakinan kepada kereta kuda yang banyak. Mereka tidak bersandar pada Tuhan Israel Yang Suci;Mereka tidak mencari Yehuwa.   Tetapi Tuhan bijaksana dan akan mendatangkan malapetaka. Dia pasti melaksanakan apa yang difirmankan-Nya. Dia akan bangkit untuk menentang kumpulan orang jahatDan menghukum mereka yang menolong para penjahat.+   Orang Mesir hanyalah insan belaka, bukannya Tuhan. Kuda-kuda mereka hanyalah darah dan daging, bukannya makhluk roh.+ Ketika Yehuwa menghulurkan tangan-Nya,Sesiapa yang memberikan bantuan akan tersandungDan sesiapa yang dibantu akan jatuh. Kedua-duanya akan musnah pada masa yang sama.   Yehuwa berfirman kepadaku,“Walaupun semua gembala dipanggil untuk mengusir seekor singa muda yang kuat,Singa itu hanya akan menggeram sambil menjaga mangsanya. Biarpun mereka memekik dan berteriak-teriak,Singa itu tidak akan takut atau mengalah. Begitulah keadaannya apabila Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga,Turun ke Gunung Sion untuk berperang demi gunung itu dan puncaknya.   Seperti burung yang terbang berdekatan anak-anaknya, demikian juga Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan melindungi Yerusalem.+ Aku akan mempertahankan dan menyelamatkan Yerusalem;Aku akan membela dan membebaskannya.”  “Hai umat Israel, kamu telah berdosa kerana asyik memberontak terhadap-Ku. Namun, kembalilah kepada-Ku.+  Masanya akan tiba apabila kamu semua akan membuang berhala-berhala kamu yang tidak berguna, iaitu patung-patung yang kamu hasilkan daripada emas dan perak dengan tangan yang berdosa.   Orang Assyria akan dimusnahkan dengan pedang, tetapi bukan dengan pedang manusia. Ya, pedang yang akan membinasakan mereka bukanlah pedang manusia.+ Mereka akan melarikan diri daripada pedang itu,Dan orang muda dalam kalangan mereka akan dipaksa bekerja sebagai hamba.   Orang yang bagaikan batu perlindungan mereka akan lari ketakutan,Dan para pemimpin mereka akan gentar ketika melihat tiang bendera,” firman Yehuwa,Tuhan yang cahaya-Nya* berada di Sion dan yang relau api-Nya terletak di Yerusalem.

Nota Kaki

Atau “pasukan berkuda.”
Atau “api-Nya.”