Yesaya 32:1-20

  • Raja dan pemimpin yang memerintah dengan adil (1-8)

  • Amaran bagi wanita yang bersikap acuh tak acuh (9-14)

  • Berkat-berkat ketika Tuhan mencurahkan kuasa-Nya (15-20)

32  Lihatlah! Seorang raja+ akan memerintah dengan adil,+Dan para pemimpin akan memerintah dengan saksama.  2  Setiap pemimpin itu bagaikan tempat perlindungan daripada angin kencang,Dan bagaikan tempat persembunyian daripada hujan ribut;Mereka seperti sungai-sungai yang mengalir di tanah yang gersang,+Dan seperti naungan batu besar di negeri yang tandus.  3  Mata orang yang dapat melihat tidak akan tertutup lagi,Dan telinga orang yang dapat mendengar akan sentiasa terbuka.  4  Orang yang dahulunya bertindak dengan terburu-buru akan memberikan perhatian kepada* pengetahuan,Dan orang yang gagap akan bercakap dengan lancar dan jelas.+  5  Orang yang bodoh tidak lagi akan dianggap sebagai orang yang murah hati,Dan orang yang tidak tulus hati* tidak akan dikenali sebagai orang yang terhormat.  6  Orang yang bodoh akan mengatakan hal yang bukan-bukanDan merancang kejahatan dalam hatinya,+Kerana dia ingin mengikut haluan orang murtad* dan mengucapkan dusta tentang Yehuwa.Dia tidak memberikan makanan kepada orang yang laparDan tidak memberikan minuman kepada orang yang dahaga.  7  Orang yang tidak tulus hati* menggunakan pelbagai muslihat untuk mencapai tujuannya;+Dia menggalakkan orang lain untuk melakukan perbuatan yang memalukan.Biarpun orang yang miskin bercakap benar,Dia tetap berdusta untuk mencelakakan orang yang ditindas itu.+  8  Tetapi orang yang murah hati menggalakkan orang lain untuk memberi dengan senang hati,Dan dia sendiri juga sentiasa bermurah hati.  9  Hai wanita-wanita yang bersikap acuh tak acuh, bangunlah dan dengarlah kata-kataku! Hai gadis-gadis yang hidup bersenang-lenang,+ perhatikanlah kata-kataku! 10  Kira-kira setahun lagi, kamu yang hidup bersenang-lenang akan gentar,Kerana kamu tidak akan mendapat apa-apa hasil walaupun musim menuai anggur sudah berakhir.+ 11  Hendaklah kamu takut, hai wanita-wanita yang bersikap acuh tak acuh! Hendaklah kamu gementar, hai kamu yang hidup bersenang-lenang! Tanggalkanlah pakaian kamuDan kenakanlah kain guni pada pinggang kamu.+ 12  Pukullah dada dengan sedihAtas apa yang berlaku kepada ladang dan kebun anggur kamu yang subur. 13  Tanah bangsaku akan dipenuhi onak dan semak berduri;Rumah-rumah tempat orang bersuka ria dan kota tempat orang bergembira+Akan diliputi belukar berduri. 14  Menara yang berkubu akan terbiar;Kota yang riuh akan ditinggalkan.+ Ofel*+ dan menara pengawal akan menjadi tanah tandus buat selama-lamanya.Keldai liar akan berkeliaran di situ,Dan ternakan akan meragut rumput di tempat itu.+ 15  Semua itu akan berlaku sehingga Tuhan mencurahkan kuasa suci-Nya ke atas kita.+Pada masa itu, padang belantara akan menjadi kebun buah-buahan,Dan kebun buah-buahan akan dianggap sebagai hutan.+ 16  Pada waktu itu, keadilan dan kebaikan akan terdapat di merata tempat,+Baik di padang belantara mahupun di kebun buah-buahan. 17  Keadilan yang sejati akan membawa kedamaian+Dan mendatangkan ketenteraman dan keamanan yang berkekalan.+ 18  Bangsaku akan tinggal di tempat yang selamat;Tempat kediaman mereka akan aman sentosa.+ 19  Hutan-hutan akan dirosakkan oleh hujan batu,Dan kota-kota akan dimusnahkan sama sekali. 20  Berbahagialah orang yang menabur benih berhampiran sumber airDan orang yang melepaskan lembu jantan dan keldai ke ladang.+

Nota Kaki

Atau “akan merenungkan.”
Atau “yang tidak berprinsip.”
Atau “ingin menghina Tuhan.”
Atau “yang tidak berprinsip.”
Nampaknya merujuk kepada sebuah bukit di Yerusalem.