Yesaya 38:1-22

  • Hizkia sakit lalu sembuh (1-22)

    • Lagu kesyukuran (10-20)

38  Beberapa lama kemudian, Hizkia jatuh sakit dan hampir meninggal.+ Maka Nabi Yesaya+ anak Amoz datang berjumpa dengannya dan berkata kepadanya, “Inilah firman Yehuwa: ‘Buatlah aturan untuk rumah tanggamu kerana engkau akan mati. Engkau tidak akan sembuh daripada penyakitmu.’”+ 2  Hizkia memalingkan mukanya ke tembok lalu berdoa kepada Yehuwa, 3  “Aku mohon kepada-Mu, ya Yehuwa, ingatlah+ bahawa aku telah mengabdi kepada-Mu dengan setia dan dengan sepenuh hati.+ Aku telah melakukan apa yang baik di mata-Mu.” Lalu Hizkia menangis teresak-esak. 4  Kemudian Yehuwa berfirman kepada Yesaya, 5  “Kembalilah kepada Hizkia dan beritahulah dia,+ ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan yang disembah Daud, nenek moyangmu: “Aku telah mendengar doamu+ dan nampak air matamu.+ Aku akan menambahkan 15 tahun kepada jangka hayatmu,+ 6  dan Aku akan menyelamatkan engkau dan kota ini daripada tangan raja Assyria. Aku akan mempertahankan kota ini.”+ 7  Inilah tanda daripada Yehuwa yang menunjukkan bahawa Dia akan melaksanakan apa yang difirmankan-Nya.+ Yehuwa berfirman, 8  “Aku akan membuat bayang-bayang yang telah bergerak menuruni tangga* Ahas undur 10 langkah.”’”+ Maka bayang-bayang yang telah bergerak menuruni tangga itu pun berundur 10 langkah. 9  Tulisan berikut merupakan gubahan Raja Hizkia dari Yehuda selepas dia sembuh daripada penyakitnya: 10  “Aku fikir, pada pertengahan umurku,Aku akan memasuki pintu gerbang Kuburan,* Dan aku akan kehilangan sisa-sisa hidupku.” 11  “Aku fikir, aku tidak akan melihat kebaikan Yah* lagi; Aku fikir, aku tidak akan melihat Yah di negeri orang yang hidup.+Apabila aku berada bersama mereka yang sudah meninggal, aku tidak akan nampak manusia lagi. 12  Tempat kediamanku bagaikan khemah gembala,Yang dirobohkan dan dibawa pergi.+ Aku menggulung hidupku seperti penenun yang menggulung kain;Nyawaku dipotong sebagaimana kain dipotong daripada alat tenun. Dari siang sampai malam, Tuhan ingin mengakhiri hidupku.+ 13  Aku menenangkan diri sehingga waktu pagi. Tetapi Tuhan seperti singa yang asyik mematahkan semua tulangku;Dari siang sampai malam, Dia ingin mengakhiri hidupku.+ 14  Aku menciap dengan sedih seperti burung layang-layang dan burung murai;*+Aku berkukur seperti burung merpati.+ Mataku penat kerana memandang ke langit.+ ‘Ya Yehuwa, aku sangat menderita;Tolonglah menyokong aku!’+ 15  Apakah yang dapat kukatakan? Tuhan telah berfirman kepadaku dan Dia sudah bertindak. Aku akan bersikap rendah hati seumur hidupku,Kerana aku ingat akan pengalaman pahit yang kulalui. 16  ‘Ya Yehuwa, nyawa setiap insan bergantung pada firman-Mu dan perbuatan-Mu,Begitu juga dengan nafas hidupku. Engkau akan menyembuhkan aku dan memelihara hidupku.+ 17  Lihatlah! Kedamaianku telah digantikan dengan kepahitan.Tetapi kerana kasih-Mu terhadapku,Engkau menyelamatkan aku dari lubang maut.+ Engkau tidak lagi memperhatikan dosa-dosaku.+ 18  Kuburan* tidak dapat memuliakan Engkau,+Dan kematian tidak dapat memuji Engkau.+ Orang yang turun ke kubur tidak dapat mengharapkan kesetiaan-Mu.+ 19  Hanya orang yang hidup dapat memuji Engkau,Seperti yang dapat aku lakukan pada hari ini. Seorang bapa dapat mengajar anaknya tentang kesetiaan-Mu.+ 20  Ya Yehuwa, selamatkanlah aku.Maka kami akan memetik alat muzik bertali+Dan memainkan lagu di Rumah-Mu sepanjang hidup kami, ya Yehuwa.’”+ 21  Selanjutnya Yesaya berkata, “Bawalah buah ara kering yang telah dipadatkan dan letakkannya pada bisul raja supaya baginda sembuh.”+ 22  Sebelum itu, Hizkia telah bertanya, “Apakah tanda yang menunjukkan bahawa beta akan pergi ke Rumah Yehuwa?”+

Nota Kaki

Tangga yang dimaksudkan ini mungkin digunakan untuk menunjukkan waktu, seperti jam matahari.
Lihat Kamus.
“Yah” ialah singkatan bagi Yehuwa.
Atau mungkin, “burung jenjang.”
Lihat Kamus.