Yesaya 4:1-6
4 Pada masa itu, tujuh orang wanita akan memegang seorang lelaki+ dan berkata,
“Jadilah suami kami dan biarlah kami dipanggil dengan namamu,Supaya kami tidak menanggung malu.*+Kami akan mencari makanan kami sendiriDan menyediakan pakaian kami sendiri.”
2 Pada masa itu, Yehuwa akan membuat tumbuhan yang cantik dan indah bertunas. Penduduk Israel yang terselamat akan berbangga dan bersukacita dengan hasil bumi di negeri itu.+
3 Sesiapa sahaja yang tinggal di Sion, iaitu sesiapa sahaja yang masih berada di Yerusalem, akan dianggap suci oleh Tuhan. Nama semua orang di Yerusalem akan dicatatkan supaya mereka tetap hidup.+
4 Dengan kemurkaan-Nya yang bernyala-nyala,+ Yehuwa akan melaksanakan penghakiman-Nya terhadap Yerusalem. Dengan demikian, penumpahan darah di kota itu akan disingkirkan, dan segala kekotoran di Sion akan dibersihkan.+
5 Lalu di atas seluruh Gunung Sion dan di atas semua orang yang berhimpun di situ, Yehuwa akan mendatangkan awan dan asap pada siang hari, dan api yang bernyala-nyala pada malam hari.+ Tuhan akan menaungi dan melindungi seluruh negeri yang gemilang itu.
6 Sebuah pondok akan disediakan sebagai tempat berteduh daripada kepanasan siang hari,+ dan sebagai tempat berlindung daripada ribut dan hujan.+
Nota Kaki
^ Pada masa itu, wanita yang tidak mempunyai suami atau anak dipandang hina.