Yesaya 40:1-31

  • Penghiburan untuk umat Tuhan (1-11)

    • Seseorang berseru di padang belantara (3-5)

  • Tuhan yang tidak dapat ditandingi (12-31)

    • “Bangsa-bangsa seperti setitis air di dalam baldi” (15)

    • “Tuhan tinggal di atas bulatan bumi” (22)

    • Tuhan memanggil nama setiap bintang (26)

    • Tuhan tidak pernah letih (28)

    • “Orang yang berharap kepada Yehuwa akan dikuatkan semula” (29-31)

40  “Hiburkanlah hati umat-Ku, hiburkanlah hati mereka,” firman Tuhan kamu.+  2  “Ucapkanlah kata-kata yang melegakan hati kepada penduduk Yerusalem. Beritahulah mereka bahawa jangka masa mereka sebagai buruh paksa sudah tamat,Dan bahawa hutang dosa mereka sudah dibayar.+ Mereka sudah menerima hukuman dengan sepenuhnya* daripada Aku, Yehuwa, kerana semua dosa mereka.”+  3  Seseorang sedang berseru di padang belantara,“Hendaklah kamu menyediakan jalan bagi Yehuwa!+ Siapkanlah jalan besar+ yang lurus di padang gurun bagi Tuhan kita.+  4  Timbuslah setiap lembah,Dan rendahkanlah setiap gunung dan bukit. Tanah yang berbonggol dan berlubang harus menjadi rata,Dan tanah yang berlekuk-lekak harus menjadi datar.+  5  Kemuliaan Yehuwa akan dinyatakan,+Dan semua orang akan menyaksikannya,+Kerana itulah yang difirmankan oleh Yehuwa.”  6  Dengarlah! Ada orang berkata, “Isytiharkan hal ini!” Seorang lagi bertanya, “Apakah yang harus aku isytiharkan?” “Semua manusia adalah seperti rumput hijau. Kasih setia mereka bagaikan bunga di padang.+  7  Apabila Yehuwa menghembuskan nafas,+Rumput hijau menjadi kering,Dan bunga pun layu.+ Sememangnya manusia hanyalah seperti rumput hijau.  8  Rumput hijau akan menjadi kering,Dan bunga akan layu,Tetapi firman Tuhan kita kekal buat selama-lamanya.”+  9  Hai wanita yang membawa berita baik untuk Sion,+Naiklah ke atas gunung yang tinggiDan berserulah dengan suara yang lantang. Hai wanita yang membawa berita baik untuk Yerusalem,Lantangkanlah suaramu dan janganlah takut. Beritahulah kota-kota di Yehuda, “Tuhan kamu sudah datang!”+ 10  Lihatlah! Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, datang dengan kuasa yang besar. Dia akan memerintah dengan lengan-Nya.+ Lihatlah ganjaran yang dibawa-NyaDan pahala yang berada di hadapan-Nya!+ 11  Dia akan menjaga* kawanan-Nya seperti seorang gembala.+ Dia akan menghulurkan tangan-Nya untuk mengumpulkan anak-anak bebiri,Dan Dia akan mendukung anak-anak bebiri itu. Dengan lemah lembut, Dia akan memimpin bebiri yang menyusui anak.+ 12  Siapakah yang dapat menyukat air laut dengan lekuk tangannya,+Atau mengukur langit dengan jengkalnya?* Siapakah yang dapat menyukat debu di bumi dengan bekas,+Menimbang berat gunung dengan neraca,Atau menimbang berat bukit dengan dacing? 13  Siapakah yang dapat mengukur* kuasa suci Yehuwa?Siapakah yang dapat menjadi penasihat-Nya untuk mengajar-Nya?+ 14  Dengan siapakah Dia berunding untuk mendapat pengertian?Siapakah yang mengajarkan jalan keadilan kepada-Nya?Siapakah yang mengajarkan pengetahuan kepada-Nya?Siapakah yang menunjukkan jalan pemahaman kepada-Nya?+ 15  Bagi-Nya, bangsa-bangsa seperti setitis air di dalam baldi,Dan seperti lapisan debu di atas neraca.+ Dia mengangkat pulau-pulau seperti mengangkat debu halus. 16  Pokok-pokok di Lebanon tidak cukup untuk dijadikan kayu api,Dan semua binatang liar di situ tidak cukup untuk dijadikan korban bakar. 17  Di hadapan-Nya, bangsa-bangsa seolah-olah tidak wujud;+Mereka tidak bererti dan tidak bernilai bagi-Nya.+ 18  Dengan siapakah dapat kamu samakan Tuhan?+ Apakah yang dapat kamu anggap serupa dengan-Nya?+ 19  Tukang seni menghasilkan patung,Lalu tukang besi menyalutinya dengan emas+Dan membuat rantai perak untuknya. 20  Semasa memilih pokok untuk dijadikan berhala,+Orang memilih pokok yang tidak akan reput, Lalu mencari seorang tukang yang mahirUntuk membuat sebuah patung berukir yang tidak akan jatuh.+ 21  Tidakkah kamu tahu? Tidakkah kamu dengar? Tidakkah kamu diberitahu sejak dahulu? Tidakkah kamu memahami bukti yang sudah wujud sejak asas bumi diletakkan?+ 22  Tuhan tinggal di atas bulatan bumi;+Penduduk bumi bagaikan belalang bagi-Nya. Dia merentangkan langit seperti kain halus,Dan Dia membentangkan langit seperti khemah untuk didiami.+ 23  Dia menjatuhkan pegawai-pegawai tinggiDan meniadakan kuasa para hakim* di bumi.* 24  Mereka bagaikan tanaman yang baru sahaja ditanam,Seperti benih yang baru sahaja ditabur,Dan umpama tumbuhan yang baru sahaja berakar di dalam tanah.Sebaik sahaja angin bertiup,Mereka menjadi kering lalu diterbangkan seperti jerami.+ 25  “Dengan siapakah dapat kamu samakan Aku? Adakah sesiapa yang setaraf dengan Aku?” firman Tuhan Yang Suci. 26  “Pandanglah ke langit dan perhatikanlah. Siapakah yang menciptakan bintang-bintang?+ Tuhan memimpin bintang seperti pasukan tentera;Dia menghitung bintang satu demi satu dan memanggil nama setiap bintang.+ Oleh sebab Dia sangat berkuasa dan amat bertenaga,+Tiada satu bintang pun yang hilang. 27  Hai Yakub, mengapakah engkau berkata,‘Jalan hidupku tersembunyi daripada Yehuwa, dan Tuhan tidak menegakkan keadilan bagiku’?+Hai Israel, mengapakah engkau berkata demikian? 28  Tidakkah engkau tahu? Tidakkah engkau dengar? Yehuwa ialah Pencipta segala-galanya di bumi; Dia ialah Tuhan yang kekal.+ Dia tidak pernah letih atau lesu.+ Tiada sesiapa pun yang dapat menyelami* kebijaksanaan-Nya.*+ 29  Dia menguatkan orang yang lelahDan memberikan tenaga yang secukupnya kepada orang yang lemah.+ 30  Anak muda pun akan letih dan lesu,Dan orang muda pun akan tersandung lalu jatuh, 31  Tetapi orang yang berharap kepada Yehuwa akan dikuatkan semula. Mereka akan menjadi seperti burung helang yang terbang tinggi dengan sayapnya.+ Mereka akan berlari dan tidak menjadi lelah;Mereka akan berjalan dan tidak menjadi penat.”+

Nota Kaki

Atau “hukuman dua kali ganda.”
Atau “menggembala.”
Atau mungkin, “memahami.”
Atau “pemerintah.”
Atau “Dan membuat para hakim di bumi menjadi tidak berguna.”
Atau “mengukur.”
Atau “pengertian-Nya.”