Yesaya 41:1-29

  • Seorang penakluk dari timur (1-7)

  • Umat Israel dipilih sebagai hamba Tuhan (8-20)

    • “Sahabat-Ku Abraham” (8)

  • Tuhan-tuhan lain dicabar (21-29)

41  “Hai pulau-pulau, berdiam dirilah dan dengarlah firman-Ku.*Hai bangsa-bangsa, pulihkanlah kekuatan kamu. Hendaklah kamu menghadap Aku; Aku akan membiarkan kamu bersuara.+ Marilah kita bersemuka, dan Aku akan menghakimi kamu.  2  Siapakah yang mendatangkan orang dari timur untuk menghadap-Ku+Dan memanggilnya untuk menegakkan keadilan?Siapakah yang menyerahkan bangsa-bangsa kepadanyaDan membolehkannya menakluki raja-raja?+ Siapakah yang membuat raja-raja menjadi seperti debu di hadapan pedangnya,Dan seperti jerami yang ditiup angin di hadapan busurnya?  3  Orang itu mengejar mereka di jalan yang belum pernah dilaluinya,Tetapi dia tetap maju tanpa rintangan.  4  Siapakah yang telah bertindak dan melakukan hal itu?Dari mula lagi, siapakah yang memanggil setiap generasi agar mereka wujud? Aku, Yehuwa, adalah yang pertama,+Dan Aku tetap sama sampai generasi terakhir.”+  5  Pulau-pulau telah melihat apa yang berlaku lalu menjadi takut. Hujung-hujung bumi pun gementar. Oleh itu bangsa-bangsa datang dan berkumpul.  6  Mereka saling menolong;Setiap orang berkata kepada saudaranya, “Kuatkanlah hatimu.”  7  Tukang seni menguatkan hati tukang besi;+Orang yang meratakan logam dengan tukul,Menggalakkan orang yang mengetuk logam. Dia berkata, “Logam-logam dipateri dengan baik.” Kemudian patung itu dikukuhkan dengan paku supaya tidak jatuh.  8  “Tetapi engkau, hai Israel, ialah hamba-Ku.+Hai Yakub, keturunan sahabat-Ku Abraham,+Aku telah memilih engkau.+  9  Aku telah membawamu dari hujung bumi;+Aku telah memanggilmu dari tempat-tempat yang paling jauh. Aku berfirman kepadamu, ‘Engkaulah hamba-Ku;+Aku tidak menolakmu, sebaliknya Aku telah memilihmu.+ 10  Janganlah takut kerana Aku menyertaimu.+ Janganlah risau kerana Akulah Tuhanmu.+ Aku akan meneguhkanmu, dan Aku akan membantumu.+Aku pasti akan memegangmu dengan tangan kanan-Ku yang menegakkan keadilan.’ 11  Semua orang yang marah terhadapmu akan dimalukan dan mendapat aib.+ Mereka yang melawanmu akan dimusnahkan dan dilenyapkan.+ 12  Engkau akan mencari orang yang menentangmu, tetapi mereka tidak akan engkau temui;Orang yang berperang melawan engkau akan lenyap dan hilang,+ 13  Kerana Aku, Yehuwa, Tuhanmu, memegang tangan kananmuDan berfirman kepadamu, ‘Janganlah takut. Aku akan menolongmu.’+ 14  Hai Yakub, walaupun engkau lemah seperti cacing,+ janganlah takut.Hai orang Israel, Aku akan menolong kamu,” firman Yehuwa, Penebus kamu,+ Tuhan Israel Yang Suci. 15  “Aku akan menjadikan kamu seperti alat pengirik,+Alat pengirik baharu yang bergerigi. Kamu akan menghancurkan gunung-gunungDan membuat bukit-bukit menjadi seperti sekam. 16  Kamu akan menampi semua itu,Lalu semua itu akan diterbangkan angin;Semua itu akan bertaburan ditiup angin ribut. Kamu akan bersukacita kerana Aku, Yehuwa,+Dan kamu akan berbangga kerana Aku, Tuhan Israel Yang Suci.”+ 17  “Orang yang miskin dan berkekurangan mencari air, tetapi mereka tidak menemukannya. Lidah mereka kering kerana haus.+ Aku, Yehuwa, akan menjawab seruan mereka.+ Aku, Tuhan orang Israel, tidak akan meninggalkan mereka.+ 18  Aku akan menyebabkan sungai-sungai mengalir di bukit yang gondol+Dan membuat mata air memancar di dataran-dataran.+ Aku akan mengubah padang belantara menjadi kolam airDan membuat mata air memancar di tanah yang kering.+ 19  Di padang gurun, Aku akan menanam pokok sedar,Pokok akasia, pokok mirtel, dan pokok pain.+ Di padang pasir, Aku akan menanam pokok juniper,Pokok ash, dan pokok sipres.+ 20  Maka semua orang akan melihatnya dan tahuBahawa Aku, Yehuwa, yang melakukannya.Mereka akan memperhatikannya dan fahamBahawa Tuhan Israel Yang Suci telah menciptakannya.”+ 21  Yehuwa, Raja kepada Yakub, berfirman, “Ajukanlah perkara kamu Dan kemukakanlah hujah-hujah kamu.” 22  “Tunjukkanlah bukti kamu dan beritahulah kami hal-hal yang akan berlaku. Beritahulah kami tentang kejadian masa lampau,Supaya kami dapat berfikir tentangnya dan mengetahui kesudahannya. Umumkanlah kepada kami perkara-perkara yang bakal terjadi.+ 23  Beritahulah kami apa yang akan berlaku pada masa depan,Supaya kami tahu bahawa kamu semua ialah tuhan.+ Lakukanlah sesuatu yang baik atau sesuatu yang jahat,Supaya kami melihatnya lalu berasa kagum.+ 24  Lihatlah! Kamu semua tidak berguna,Dan semua perbuatan kamu hanyalah sia-sia.+ Sesiapa yang memilih kamu menjijikkan sahaja.+ 25  Aku telah membangkitkan seseorang dari timur,+ seorang yang menyeru nama-Ku.Dia akan datang dari arah utara+ Dan memijak-mijak para pemerintah* seolah-olah mereka itu tanah liat.+Dia akan memijak mereka sepertimana tukang tembikar memijak tanah liat. 26  Siapakah yang bercakap tentang hal itu sejak mula lagi atau dari masa lampau,Supaya kami mengetahuinya dan berkata, ‘Betul cakapnya’?+ Tiada sesiapa pun yang mengumumkan hal itu! Tiada sesiapa pun yang mengisytiharkannya! Tiada seorang pun mendengar kamu mengatakan apa-apa!+ 27  Akulah yang pertama berfirman kepada Sion, ‘Lihatlah apa yang akan terjadi!’+ Aku akan menghantar utusan ke Yerusalem untuk menyampaikan berita baik.+ 28  Aku terus melihat, tetapi Aku tidak nampak sesiapa pun;Tiada sesiapa pun antara mereka yang dapat memberikan nasihat. Aku asyik bertanya, tetapi tiada sesiapa pun yang menjawab. 29  Mereka semua tidak berguna, Dan semua perbuatan mereka sia-sia sahaja. Patung-patung logam mereka tidak bererti dan tidak berguna.+

Nota Kaki

Atau “berdiam dirilah di hadapan-Ku.”
Atau “pembesar.”