Yesaya 42:1-25
42 Lihatlah hamba-Ku+ yang Aku sokong!
Aku telah memilihnya+ dan Aku berkenan kepadanya!+
Aku telah memberinya kuasa suci-Ku,+Dan dia akan membawa keadilan kepada bangsa-bangsa.+
2 Dia tidak akan berteriak atau meninggikan suara.Suaranya tidak akan kedengaran di jalan-jalan.+
3 Rumput yang layu tidak akan diinjak-injaknya,Dan sumbu pelita yang sudah malap tidak akan dipadamkannya.+
Dia pasti akan menegakkan keadilan.+
4 Dia tidak akan kehilangan semangat atau putus asa sehingga dia menegakkan keadilan di bumi;+Penduduk di pulau-pulau akan menanti-nantikan ajarannya.”*
5 Yehuwa ialah Tuhan Yang Agung, yang menciptakan dan membentangkan langit.+Dia membentuk bumi serta segala sesuatu di bumi.+Dia memberikan nafas kehidupan kepada manusia di bumi+Dan mengurniakan nyawa kepada segala yang hidup di bumi.+Sekarang Tuhan yang benar berfirman,
6 “Aku, Yehuwa, telah memanggil engkau untuk melaksanakan tujuan-Ku yang benar.Aku telah memegang tanganmu dan Aku akan melindungimu.
Engkau akan menjadi perjanjian antara Aku dengan manusia,+Dan engkau akan menjadi cahaya kepada bangsa-bangsa.+
7 Engkau akan membuka mata orang buta,+Mengeluarkan tahanan dari penjara bawah tanah,Dan membebaskan orang yang meringkuk di dalam penjara yang gelap.+
8 Aku ialah Yehuwa, itulah nama-Ku.Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa pun*Atau menyerahkan pujian-Ku kepada patung-patung berhala.+
9 Nubuat yang Aku sampaikan dahulu sudah terjadi.Sekarang Aku hendak mengisytiharkan hal-hal yang baharu.
Sebelum semua itu muncul, Aku akan memberitahu umat-Ku tentangnya.”+
10 Hai kamu yang belayar di laut dan segala hidupan di laut,Hai pulau-pulau dan semua penduduk di situ,+Nyanyikanlah sebuah lagu baharu kepada Yehuwa,+Dan pujilah Dia dari hujung-hujung bumi!+
11 Hendaklah padang belantara dan kota-kotanya berseru dengan kuat;+Hendaklah tempat perkhemahan orang Kedar+ melantangkan suara.
Hendaklah penduduk di bukit batu bersorak dengan gembira;Hendaklah mereka berseru dari puncak-puncak gunung.
12 Hendaklah Yehuwa dimuliakan,Dan hendaklah Dia dipuji di pulau-pulau.+
13 Yehuwa akan maju seperti orang yang perkasa.+
Dia akan bertindak dengan penuh semangat seperti seorang pahlawan.+
Seruan-Nya dan pekik perang-Nya akan kedengaran,Dan Dia akan menunjukkan bahawa Dia lebih kuat daripada musuh-musuh-Nya.+
14 “Sudah lama Aku berdiam diri.
Aku membisu dan menahan diri.
Tetapi sekarang Aku akan mengerang dan tercungap-cungap,Seperti wanita yang hendak bersalin.
15 Aku akan membuat gunung dan bukit menjadi tandus,Dan Aku akan membuat segala tumbuhan di situ menjadi layu.
Aku akan mengubah sungai menjadi pulau,Dan Aku akan mengeringkan kolam-kolam air.+
16 Aku akan memimpin orang buta ke jalan yang tidak diketahui mereka+Dan membawa mereka menempuh jalan yang belum pernah dilalui mereka.+
Aku akan mengubah kegelapan di hadapan mereka menjadi cahaya+Dan mengubah tanah yang berlekuk-lekak menjadi datar.+
Aku akan melakukan hal-hal itu untuk mereka, dan Aku tidak akan meninggalkan mereka.”
17 Orang yang percaya kepada patung-patung berukirDan orang yang berkata kepada patung-patung logam, “Kamulah tuhan kami,”Akan dikalahkan dan dimalukan.+
18 Hai orang pekak, dengarlah;Hai orang buta, pandanglah dan lihatlah.+
19 Adakah sesiapa yang buta selain hamba Tuhan?Adakah sesiapa yang lebih pekak daripada utusan Tuhan?
Adakah sesiapa yang lebih buta daripada orang yang menerima ganjaran daripada Tuhan,Atau lebih buta daripada orang yang dipanggil hamba Yehuwa?+
20 Ada banyak yang kamu lihat, tetapi kamu tidak memberikan perhatian.
Telinga kamu terbuka, tetapi kamu tidak mendengar.+
21 Yehuwa gembira untuk memuliakan dan mengagungkan hukum-Nya,*Agar keadilan-Nya dinyatakan.
22 Tetapi sekarang umat ini dirompak dan dijarah;+Mereka semua terperangkap di dalam lubang dan terkurung di dalam penjara.+
Mereka dijarah tetapi tiada seorang pun yang menyelamatkan mereka.+Mereka dirompak tetapi tiada orang yang berkata, “Pulangkan!”
23 Siapakah antara kamu yang sudi mendengar?
Siapakah yang akan mendengar dan memberikan perhatian, agar meraih manfaat untuk masa depan?
24 Siapakah yang membiarkan keturunan Yakub dijarah?Siapakah yang menyerahkan orang Israel kepada perompak?
Bukankah Yehuwa yang berbuat demikian kerana mereka telah berdosa terhadap-Nya?
Mereka tidak mahu mengikut jalan-Nya,Dan mereka enggan mematuhi hukum-Nya.*+
25 Maka Tuhan terus mencurahkan kemurkaan-Nya ke atas mereka dan membuat mereka merasai kemarahan-Nya.Dia membiarkan mereka menderita akibat peperangan yang dahsyat.+
Walaupun peperangan yang bagaikan api memusnahkan segala-galanya di sekeliling mereka, mereka tidak memberikan perhatian.+
Walaupun mereka merasai bahangnya, mereka tidak mengambil peduli.+