Yesaya 43:1-28

  • Yehuwa mengumpulkan umat-Nya semula (1-7)

  • Tuhan-tuhan lain diadili (8-13)

    • “Kamu ialah saksi-saksi-Ku” (10, 12)

  • Dibebaskan dari Babilon (14-21)

  • “Marilah kita berjumpa di tempat pengadilan” (22-28)

43  Hai keturunan Yakub, hai orang Israel,Inilah firman Yehuwa, Pencipta yang membentuk kamu:+ “Janganlah takut, kerana Aku sudah menebus kamu.+ Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu. Kamu merupakan milik-Ku.   Apabila kamu menyeberangi laut, Aku akan menyertai kamu.+Apabila kamu melintasi sungai, kamu tidak akan tenggelam.+ Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar.Ya, nyala api tidak akan mencederakan kamu.   Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.Akulah Tuhan Israel Yang Suci, Penyelamat kamu. Aku telah menyerahkan Mesir untuk menebus kamu,Dan Aku telah menyerahkan Etiopia* dan Seba untuk menyelamatkan kamu.   Kamu berharga dan terhormat di mata-Ku,+Dan Aku mengasihi kamu.+ Oleh itu, Aku akan menyerahkan bangsa-bangsa lainSebagai ganti nyawa kamu.   Janganlah takut, kerana Aku menyertai kamu.+ Aku akan membawa anak cucu kamu dari timurDan mengumpulkan kamu dari barat.+   Aku akan berkata kepada negeri di utara, ‘Serahkan mereka!’+ Aku akan berkata kepada negeri di selatan, ‘Jangan menahan mereka! Bawalah anak-anak lelaki-Ku pulang dari negeri yang jauh, dan bawalah anak-anak perempuan-Ku kembali dari segala pelosok bumi.+   Mereka semua menyandang nama-Ku.+Aku telah membentuk dan menjadikan mereka;Aku telah menciptakan mereka untuk memuliakan diri-Ku.’+   Bawalah umat ini keluar! Mereka ada mata, tetapi buta.Mereka ada telinga, tetapi pekak.+   Biarlah semua bangsa berkumpul,Dan biarlah semua suku kaum berhimpun.+ Siapakah antara mereka* yang dapat memberitahu kita hal pertama yang akan berlaku pada masa depan?+ Ya, siapakah antara mereka yang dapat memberitahukan hal sebegini? Biarlah saksi-saksi mereka tampil agar mereka dinyatakan benar.Biarlah orang mendengar dan berkata, ‘Memang benar cakap mereka!’”+ 10  Yehuwa berfirman, “Kamu ialah saksi-saksi-Ku.+Aku memilih kamu sebagai hamba-Ku,+Supaya kamu mengenal Aku, beriman* kepada-Ku,Dan memahami bahawa Aku ialah Tuhan yang tidak berubah.+ Tiada tuhan yang wujud sebelum Aku,Dan tiada tuhan yang muncul selepas Aku.+ 11  Akulah Yehuwa,+ dan tidak ada penyelamat lain kecuali Aku.”+ 12  Yehuwa juga berfirman, “Seperti yang telah Aku isytiharkan, Aku menyelamatkan kamu dan menyebabkan hal itu diketahui semua.Pada masa itu, tidak ada tuhan asing dalam kalangan kamu.+ Oleh itu, kamu ialah saksi-saksi-Ku, dan Aku ialah Tuhan yang benar.+ 13  Akulah Tuhan yang sama untuk selama-lamanya.+Tiada apa-apa pun yang dapat terlepas daripada tangan-Ku.+ Jika Aku bertindak, siapakah yang dapat menghalang Aku?”+ 14  Demikianlah firman Yehuwa, Penebus kamu,+ Tuhan Israel Yang Suci:+ “Demi kamu, Aku akan menghantar orang ke Babilon untuk merobohkan palang-palang pintu gerbang.+Aku akan mengalahkan orang Kasdim yang menaiki kapal, lalu mereka akan meraung kesedihan.+ 15  Akulah Yehuwa, Tuhan kamu yang suci.+ Akulah Pencipta Israel,+ dan Akulah Raja kamu.”+ 16  Inilah firman Yehuwa,Tuhan yang membuat jalan melalui laut,Tuhan yang menyediakan jalan melalui air yang bergelora,+ 17  Tuhan yang memimpin kuda-kuda dan kereta kuda,+Dan Tuhan yang mengetuai pasukan tentera dan pahlawan yang gagah: “Mereka akan rebah dan tidak akan bangkit lagi.+ Mereka akan dilenyapkan sebagaimana sumbu yang bernyala dipadamkan.” 18  “Janganlah ingat akan peristiwa lalu,Dan janganlah kenang masa silam. 19  Perhatikanlah perkara baharu yang sedang Aku lakukan.+Lihatlah! Aku sudah pun memulakannya. Tidakkah kamu menyedarinya? Aku akan membuat jalan di padang belantara+Dan menyebabkan sungai-sungai mengalir di padang gurun.+ 20  Binatang-binatang liar akan memuliakan Aku;Serigala dan burung unta akan memuji Aku,Kerana Aku menyediakan air di padang belantaraDan mengalirkan sungai di padang gurun,+Untuk memberikan minuman kepada kamu, umat pilihan-Ku.+ 21  Aku telah menjadikan kamu bagi diri-Ku,Supaya kamu menceritakan kemasyhuran-Ku.+ 22  Tetapi hai keturunan Yakub, kamu tidak berseru kepada-Ku.+Hai orang Israel, kamu telah bosan dengan Aku.+ 23  Kamu tidak membawa bebiri sebagai korban bakar untuk-Ku,Dan kamu tidak mempersembahkan korban untuk memuliakan Aku. Aku tidak memaksa kamu untuk memberikan persembahanAtau menyusahkan kamu dengan menuntut kemenyan putih.+ 24  Kamu tidak menggunakan wang kamu untuk membeli tebu wangi bagi-Ku,Dan kamu tidak memuaskan Aku dengan mempersembahkan lemak binatang.+ Sebaliknya, kamu membebani Aku dengan dosa kamuDan menyusahkan Aku dengan kesalahan kamu.+ 25  Namun Aku menghapuskan kesalahan* kamu+ demi nama-Ku.+Aku tidak akan mengingat dosa kamu.+ 26  Marilah kita berjumpa di tempat pengadilan.Ingatkanlah Aku, dan ajukanlah perkara kamu untuk membuktikan bahawa kamu tidak bersalah. 27  Nenek moyang kamu yang pertama telah berdosa,Dan jurucakap* kamu telah memberontak terhadap-Ku.+ 28  Itulah sebabnya Aku akan menganggap para pemimpin di tempat suci sebagai orang yang najis.Aku akan membiarkan kamu dibinasakan, hai keturunan Yakub.Aku akan membiarkan kamu dicaci, hai orang Israel.+

Nota Kaki

Atau “Habsyah.”
Nampaknya merujuk kepada tuhan-tuhan palsu.
Atau “yakin.”
Atau “mengampunkan pemberontakan.”
Mungkin merujuk kepada orang yang mengajarkan Hukum.