Yesaya 45:1-25
45 Yehuwa telah melantik Kores+ dan memegang tangan kanannya,+Untuk menakluki bangsa-bangsa di hadapannya,+Untuk melucutkan kuasa raja-raja,Dan untuk membuka pintu-pintu di hadapannyaSupaya pintu-pintu gerbang tidak ditutup.Demikianlah firman Tuhan kepada Kores:
2 “Aku akan berjalan di hadapanmu,+Dan Aku akan meratakan bukit-bukit.
Aku akan menghancurkan pintu-pintu tembagaDan mematahkan palang-palang besi.+
3 Aku akan memberi engkau kekayaan dari tempat-tempat yang gelapDan harta karun yang tersimpan di tempat-tempat yang tersembunyi.+Dengan demikian engkau akan tahu bahawa Akulah Yehuwa,Tuhan orang Israel, yang memanggil engkau dengan namamu.+
4 Demi keturunan Yakub yang merupakan hamba-Ku, dan demi orang Israel, iaitu umat pilihan-Ku,Aku akan memanggil engkau dengan namamu.
Aku akan memberi engkau suatu nama yang terhormat, walaupun engkau tidak mengenal Aku.
5 Akulah Yehuwa; tiada yang lain kecuali Aku.
Ya, tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.+
Aku akan memberi engkau kekuatan, walaupun engkau tidak mengenal Aku.
6 Dengan demikian, dari timur hingga barat,Semua orang akan tahu bahawaTiada yang lain kecuali Aku.+
Akulah Yehuwa; tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.+
7 Akulah yang menciptakan cahaya+ dan kegelapan.+Akulah yang mendatangkan kedamaian+ dan malapetaka.+Aku, Yehuwa, yang melakukan semua itu.
8 Hai langit, biarlah kebaikan menjadi seperti hujan yang turun dari atas;+Biarlah keadilan menjadi seperti hujan yang menitis dari awan.
Biarlah bumi terbuka dan menumbuhkan kebaikanSerta menghasilkan penyelamatan yang berlimpah-limpah.+
Aku, Yehuwa, yang menyebabkan semua itu berlaku.”
9 Malanglah orang yang membantah Penciptanya,Kerana dia hanyalah seperti pecahan tembikarAntara pecahan-pecahan tembikar di atas tanah!
Maka, patutkah tanah liat bertanya kepada Tukang Tembikar,* “Apakah yang sedang kamu buat?”+
Atau patutkah sebuah periuk berkata kepada Pembuatnya, “Kamu tidak mempunyai tangan”?*
10 Malanglah orang yang bertanya kepada bapanya, “Mengapakah kamu menjadi bapa saya?”
Dan bertanya kepada ibunya, “Buat apa kamu melahirkan saya?”
11 Inilah firman Yehuwa, Tuhan Israel Yang Suci,+ Tuhan yang membentuk Israel:
“Patutkah kamu menyoal Aku tentang hal-hal yang akan berlakuDan memberitahu Aku tentang apa yang harus Aku buat dengan anak-anak-Ku+ dan ciptaan-Ku?
12 Akulah yang membentuk bumi+ dan menciptakan manusia di bumi.+
Akulah yang membentangkan langit dengan tangan-Ku sendiri,+Dan Akulah yang memberikan perintah kepada segala sesuatu di langit.”+
13 Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Demi tujuan-Ku yang benar, Aku telah menggerakkan seseorang untuk bertindak.+Aku akan meluruskan semua jalan yang dilaluinya.
Dia akan membina kota-Ku+Dan membebaskan umat-Ku yang ditawan,+ tanpa rasuah dan tanpa bayaran.”+
14 Demikianlah firman Yehuwa:
“Kekayaan* Mesir dan barang niaga* Etiopia* akan menjadi milik kamu.Orang Syeba yang berbadan tinggi juga akan datang kepada kamu.
Mereka akan terbelenggu dan berjalan di belakang kamu.
Mereka akan datang dan bersujud kepada kamu+
Serta berkata dengan penuh hormat, ‘Tuhan memang menyertai kamu.+Dialah satu-satunya Tuhan; tidak ada Tuhan selain Dia.’”
15 Tuhan orang Israel ialah Penyelamat umat-Nya.+Dia ialah Tuhan yang menyembunyikan haluan-Nya.
16 Semua orang yang membuat berhala akan beredar dengan perasaan malu;Mereka semua akan dihina dan diaibkan.+
17 Tetapi hai umat Israel, Yehuwa akan menyelamatkan kamu dan memberi kamu penyelamatan yang kekal.+
Kamu tidak akan dimalukan atau diaibkan buat selama-lamanya.+
18 Yehuwa ialah Pencipta langit+ dan Tuhan yang benar.Dia membentuk dan menjadikan bumi serta mengukuhkannya.+Dia menciptakan bumi bukannya tanpa tujuan,* tetapi membentuknya untuk didiami.+Dia berfirman, “Akulah Yehuwa,
Dan tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.
19 Aku tidak berfirman dari tempat yang tersembunyi+ atau dari tempat yang gelap.
Aku tidak berfirman kepada keturunan Yakub,‘Carilah Aku, tetapi usaha kamu akan sia-sia.’
Aku, Yehuwa, sentiasa mengatakan apa yang benar dan mengisytiharkan apa yang betul.+
20 Hai kamu yang telah melarikan diri daripada bangsa-bangsa lain,
Berhimpunlah dan datanglah bersama-sama.+
Orang yang mengangkat patung berukir, tidak tahu apa-apa.Mereka berdoa kepada tuhan yang tidak dapat menyelamatkan mereka.+
21 Ajukanlah perkara kamu dan kemukakanlah bukti-bukti kamu.
Rundinglah bersama-sama.
Siapakah yang memberitahukan hal itu sejak dahuluDan mengisytiharkannya sejak zaman purba lagi?
Bukankah Aku, Yehuwa, yang melakukannya?
Tidak ada Tuhan lain kecuali Aku;Aku Tuhan yang adil dan yang membawa penyelamatan;+ tiada yang lain kecuali Aku.+
22 Hai orang yang tinggal di seluruh pelosok bumi, berpalinglah kepada-Ku agar kamu diselamatkan.+Akulah Tuhan; tiada yang lain kecuali Aku.+
23 Aku telah bersumpah demi diri-Ku sendiri;Firman yang Aku ucapkan itu benarDan pasti akan terjadi.+
Sesungguhnya, setiap orang akan berlutut di hadapan-Ku,Dan setiap orang akan bersumpah untuk setia kepada-Ku.+
24 Mereka akan berkata, ‘Yehuwa sungguh adil dan penuh dengan kekuatan.
Semua orang yang marah terhadap-Nya akan dimalukan di hadapan-Nya.
25 Semua keturunan Israel akan dinyatakan benar kerana Yehuwa,+Dan mereka akan berbangga kerana hal-hal yang dilakukan-Nya untuk mereka.’”