Yesaya 46:1-13
46 Dewa Bel+ dan Nebo membongkok.
Patung dewa-dewa itu dimuatkan di atas binatang-binatang+Dan menjadi seperti barangan yang membebankan haiwan yang lelah.
2 Dewa-dewa itu membongkok bersama-sama;Dewa-dewa itu tidak dapat menyelamatkan patung-patung yang diangkut,Malah dewa-dewa itu ditawan dan dibawa pergi.
3 “Dengarlah Aku, hai keturunan Yakub dan semua orang Israel yang terselamat.+Aku telah mendukung kamu sejak kamu lahir dan menjaga kamu sejak kamu dalam kandungan.+
4 Aku tetap sama sampai kamu tua;+Aku akan tetap menjaga kamu sampai kamu beruban.
Seperti yang telah Aku lakukan, Aku akan terus menyokong kamu, mendukung kamu, dan menyelamatkan kamu.+
5 Dengan siapakah dapat kamu samakan Aku? Adakah sesiapa yang setaraf dengan Aku?Dengan siapakah dapat kamu bandingkan Aku?+ Adakah sesiapa yang sama dengan Aku?+
6 Orang mengeluarkan banyak emas daripada kantung mereka;Mereka menimbang perak dengan dacing.
Mereka mengupah tukang besi untuk membuat berhala,+
Lalu bersujud untuk menyembah berhala itu.+
7 Mereka mengangkat lalu memikul berhala itu di atas bahu.+Kemudian mereka menegakkan berhala itu di tempatnya.
Berhala itu tetap berada di situ dan tidak dapat bergerak dari tempatnya.+
Biarpun orang berseru kepada berhala itu,Berhala itu tidak menjawab dan tidak dapat menyelamatkan sesiapa pun daripada kesusahan.+
8 Ingatlah akan hal ini dan teguhkanlah hati kamu.
Hai orang yang berdosa, simpanlah hal ini dalam hati kamu.
9 Ingatlah akan perkara yang berlaku pada zaman lampau.Ketahuilah bahawa Akulah Tuhan; tidak ada Tuhan lain kecuali Aku.
Akulah Tuhan, dan tiada sesiapa pun yang sama seperti Aku.+
10 Sejak permulaan, Aku telah bernubuat tentang hal yang akan berlaku.Sejak zaman dahulu, Aku telah menyatakan perkara yang belum terjadi.+
Aku berfirman, ‘Tujuan-Ku* tidak akan gagal.+Aku akan melakukan apa sahaja yang Aku kehendaki.’+
11 Aku memanggil seseorang dari negeri yang jauh untuk melaksanakan tujuan-Ku;*+Dia akan datang dari timur seperti seekor burung pemangsa.+
Apa yang Aku firmankan, pasti Aku lakukan.
Tujuan yang Aku tetapkan, pasti Aku laksanakan.+
12 Dengarlah Aku, hai kamu yang degil.Kamu sudah jauh menyimpang daripada haluan yang benar.
13 Aku akan melakukan apa yang benar.Aku telah mendekatkan masa itu, dan Aku akan bertindak tidak lama lagi.Penyelamatan daripada-Ku tidak akan ditunda.+
Aku akan menyelamatkan Sion dan memberikan kemuliaan-Ku kepada Israel.”+