Yesaya 5:1-30
5 Aku hendak menyanyikan sebuah lagu kepada sahabatku yang dikasihi,Sebuah lagu tentang sahabatku dan ladang anggurnya.+
Sahabatku yang dikasihi mempunyai sebuah ladang anggur di lereng bukit yang subur.
2 Dia mencangkul tanah dan membuang batu-batunya.
Dia menanam baka pokok anggur merah yang bermutu,Membina sebuah menara di tengah-tengah ladang itu,Dan menggali tempat untuk memeras anggur.+
Dia berharap ladangnya akan menghasilkan buah anggur yang baik,Tetapi dia hanya mendapat buah anggur yang buruk.+
3 Oleh itu, sahabatku itu berkata, “Hai penduduk Yerusalem dan Yehuda,Hakimilah aku dan ladang anggurku.+
4 Adakah hal lain yang harus aku buatTetapi belum aku buat untuk ladang anggurku?+
Aku berharap mendapat buah anggur yang baik,Tetapi mengapakah ladangku menghasilkan buah anggur yang buruk?
5 Sekarang aku hendak memberitahu kamuApa yang akan aku lakukan kepada ladang anggurku itu:
Aku akan mencabut pagar di sekelilingnyaDan membiarkannya dibakar.+
Aku akan merobohkan tembok batu di sekelilingnyaDan membiarkannya dipijak-pijak.
6 Aku akan menyebabkan ladang anggur itu terbiar;+Aku tidak akan memangkas pokok anggur ataupun menggemburkan tanah di ladang itu.
Aku akan membiarkannya ditumbuhi lalang dan semak berduri.+Aku juga akan melarang awan menurunkan hujan ke atasnya.+
7 Israel ialah ladang anggur Yehuwa, ketua angkatan syurga;+Orang Yehuda ialah pokok anggur yang disukai-Nya.
Dia mengharapkan mereka berlaku adil,+Tetapi mereka berlaku tidak adil;Dia berharap mereka melakukan apa yang benar,Tetapi yang kedengaran hanyalah raungan mangsa.”+
8 Malanglah kamu yang merampas rumah demi rumah+Dan yang mengambil tanah demi tanah.+Tidak lama lagi, hanya kamu yang menduduki negeri iniKerana sudah tiada tempat untuk orang lain!
9 Aku mendengar Yehuwa, ketua angkatan syurga,Bersumpah bahawa semua rumah yang besar dan indah ituAkan menjadi reruntuhan dan tidak didiami orang.+Semua orang yang melihatnya akan berasa takut.
10 Sepuluh ekar* ladang anggur hanya akan menghasilkan 22 liter* wain,Dan 10 bakul* benih hanya akan menghasilkan satu bakul* gandum.+
11 Malanglah orang yang bangun pagi-pagi untuk minum minuman keras.+Mereka terus minum sampai malam hingga mereka mabuk!
12 Semasa berpesta, mereka minum wainDan mendengar bunyi kecapi, alat muzik bertali, tamborin, dan seruling.Tetapi mereka tidak memikirkan perbuatan Yehuwa,Dan mereka tidak memperhatikan apa yang dilakukan-Nya.
13 Bangsaku akan dibuang ke negeri asingKerana mereka tidak mengenal Tuhan.+Orang yang terkemuka dalam kalangan mereka akan kelaparan,+Dan semua rakyat akan menderita kehausan.
14 Kuburan* akan membuka mulutnya lebar-lebarDan menelan bangsawan bersama rakyat jelata dan orang ramai yang berpesta ria.+Kuburan* itu tamak dan serakahDan pasti akan melahap semua orang di kota itu.
15 Semua orang akan membongkok,Lalu mereka akan direndahkan.Orang yang angkuh akan direndahkan.
16 Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan diagungkan kerana penghakiman yang dilaksanakan-Nya.*Tuhan yang benar, Tuhan Yang Suci,+ akan menyatakan kesucian-Nya dengan melakukan apa yang benar.+
17 Anak-anak bebiri akan meragut rumput seperti di padang rumput sendiri;Orang asing akan makan hasil bumi di tanah terbiar yang dahulunya didiami oleh binatang yang gemuk.
18 Malanglah orang yang penuh dengan tipu daya! Oleh sebab mereka suka menipu,Dosa dan kesalahan sentiasa terikat pada mereka, sebagaimana pedati sentiasa terikat pada binatang yang menariknya.
19 Mereka berkata, “Biarlah Tuhan cepat bertindak;Biarlah apa yang hendak dilakukan-Nya terlaksana dengan segera agar kita dapat melihatnya.
Biarlah tujuan* Tuhan Israel Yang Suci tercapaiAgar kita dapat mengetahuinya.”+
20 Malanglah orang yang mengatakan bahawa yang baik itu jahat dan yang jahat itu baik,+Yang menganggap bahawa yang gelap itu terang dan yang terang itu gelap,Dan yang mengatakan bahawa yang pahit itu manis dan yang manis itu pahit!
21 Malanglah orang yang menganggap dirinya bijak!Malanglah orang yang menganggap dirinya pandai!+
22 Malanglah para jaguh minumDan mereka yang pandai mencampurkan minuman keras!+
23 Mereka membebaskan orang jahat setelah diberi rasuah,+Dan enggan menegakkan keadilan bagi orang yang baik.+
24 Oleh itu, sebagaimana jerami dijilat apiDan rumput kering lenyap dalam nyala api,Demikian juga, akar mereka akan reput,Dan bunga mereka akan layu lalu berterbangan seperti debu,Kerana mereka telah menolak hukum* Yehuwa, ketua angkatan syurga,Dan menghina firman Tuhan Israel Yang Suci.+
25 Itulah sebabnya kemurkaan Yehuwa terhadap umat-Nya bernyala-nyala.Dia akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+
Gunung-gunung akan bergoncang,Dan mayat mereka akan menjadi seperti sampah di jalan.+
Namun, kemurkaan-Nya belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.
26 Tuhan telah memberikan tanda* kepada bangsa yang jauh.+Dia telah bersiul untuk memanggil mereka dari hujung bumi.+Lihatlah! Mereka datang dengan segera.+
27 Tiada seorang pun antara mereka yang letih atau tersandung.
Mereka tidak mengantuk atau tidur.
Tali pinggang mereka sentiasa terikat rapi,Dan tali kasut mereka tidak terputus.
28 Anak panah mereka tajam,Dan busur mereka siap dilenturkan.
Kuku kuda mereka keras seperti batu api,Dan roda kereta kuda mereka berputar ligat seperti angin ribut.+
29 Mereka mengaum seperti singaDan menggeram seperti singa muda.+
Mereka mengaum dan menerkam mangsa lalu melarikannya.Tiada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan mangsa itu.
30 Pada hari itu, mereka akan memandang mangsa mereka lalu mengaum.Ngauman mereka akan sekuat deruan laut.+
Matahari akan menjadi gelap kerana diliputi awan,Dan sesiapa yang memandang negeri itu akan melihat kegelapan yang menakutkan.+
Nota Kaki
^ 1 ekar ialah keluasan tanah yang dapat dibajak oleh sepasang lembu jantan dalam sehari.
^ Harfiah, “1 bath.” Lihat Lampiran B14.
^ Harfiah, “1 homer.” Lihat Lampiran B14.
^ Harfiah, “1 efa.”
^ Atau “kerana keadilan-Nya.”
^ Atau “keputusan; nasihat.”
^ Atau “ajaran.”
^ Atau “tiang penanda.”