Yesaya 50:1-11

  • Dosa orang Israel ialah punca masalah (1-3)

  • Hamba Yehuwa yang taat (4-11)

    • Bercakap dan mendengar seperti seorang murid (4)

50  Yehuwa berfirman, “Adakah Aku memberi ibumu surat cerai+ semasa Aku mengusirnya? Adakah Aku menjual engkau kerana Aku berhutang dengan orang lain? Tidak. Engkau ditawan kerana dosamu sendiri;+Ibumu diusir kerana kesalahanmu sendiri.+   Jadi mengapakah tiada orang yang menyambut kedatangan-Ku? Mengapakah tiada orang yang menyahut seruan-Ku?+ Adakah tangan-Ku terlalu pendek sehingga tidak dapat menebus engkau,Atau adakah Aku tidak berdaya menyelamatkan engkau?+ Dengan perintah-Ku, laut menjadi kering,+Dan sungai-sungai menjadi padang gurun.+ Apabila air di laut dan sungai menjadi kering,Ikan-ikan pun mati dan reput.   Aku meliputi langit dengan kegelapan+Dan menutupinya dengan kain guni.”   Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah mengajar aku tentang apa yang harus aku katakan,+Supaya aku dapat mengucapkan kata-kata yang sesuai kepada* orang yang lelah.+ Dia membangunkan aku setiap pagiDan menjadikan telingaku peka, supaya aku mendengar seperti seorang murid.+   Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, telah membuka telingaku.Aku tidak memberontak,+ Dan aku tidak berpaling daripada-Nya.+   Aku membiarkan orang memukul belakangkuDan mencabut janggut pada mukaku. Aku tidak menutupi mukaku ketika aku dihina dan diludahi.+   Namun aku tidak berasa malu, Kerana Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan membantuku.+ Aku menguatkan hatiku* sehingga menjadi sekeras batu,*+Dan aku tahu bahawa aku tidak akan dimalukan.   Tuhan yang menyatakan aku tidak bersalah sudah dekat. Siapakah yang ingin menuduh aku?+ Marilah kita menghadap satu sama lain di tempat pengadilan. Siapakah yang ingin mendakwa aku? Biarlah dia mengajukan dakwaannya.   Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan membantu aku. Siapakah yang akan menyatakan aku bersalah? Orang itu akan menjadi seperti pakaian yang usang, Yang dimakan gegat. 10  Siapakah antara kamu yang takut akan YehuwaDan mendengarkan kata-kata hamba-Nya?+ Siapakah yang berjalan dalam kegelapan yang pekat dan tidak disinari cahaya? Hendaklah orang itu percaya kepada nama Yehuwa dan bergantung pada Tuhannya. 11  “Hai kamu semua yang menyalakan apiDan yang membuat percikan api berterbangan,Biarlah nyala api dan percikan api yang kamu hasilkanMenjadi cahaya bagi kamu semasa kamu berjalan. Inilah hukuman daripada-Ku yang menantikan kamu: Kamu akan terbaring kerana mengalami kesakitan yang teruk.

Nota Kaki

Atau “kata-kata yang sesuai untuk menjawab.” Atau mungkin, “kata-kata yang sesuai untuk menguatkan.”
Harfiah, “mukaku.”
Atau “batu api.”