Yesaya 54:1-17
54 “Bergembiralah, hai wanita mandul yang belum melahirkan anak!+
Bersoraklah dan berserulah dengan sukacita,+ hai wanita yang belum mengalami sakit bersalin,+Kerana wanita yang terabai itu mempunyai anak yang lebih banyakBerbanding wanita yang bersuami,”+ firman Yehuwa.
2 “Luaskanlah khemahmu.+
Rentangkanlah kain-kain pada khemahmu yang agung.
Panjangkanlah talinya tanpa teragak-agakDan kukuhkanlah pasak khemahmu.+
3 Sempadanmu akan diperluas ke kiri dan ke kanan.
Keturunanmu akan menakluki bangsa-bangsa lain,Dan mereka akan menduduki kota-kota yang terbiar.+
4 Janganlah takut,+ kerana engkau tidak akan dimalukan;+Janganlah berasa hina, kerana engkau tidak akan dikecewakan.
Engkau akan melupakan rasa malu yang engkau alami pada waktu muda,Dan engkau tidak akan mengingati rasa aib yang engkau tanggung semasa engkau menjadi balu.”
5 “Aku, Pencipta Agungmu,+ bagaikan suamimu.*+Nama-Ku ialah Yehuwa, ketua angkatan syurga.Aku ialah Tuhan Israel Yang Suci dan Penebusmu.+
Aku akan digelar Tuhan yang berkuasa atas seluruh bumi.+
6 Dahulu engkau seperti seorang wanita yang berkahwin semasa muda tetapi kemudiannya ditolak;+Engkau seperti seorang isteri yang hancur hati kerana ditinggalkan, tetapi Aku, Yehuwa, telah memanggilmu,” firman Tuhanmu.
7 “Aku meninggalkanmu untuk sebentar sahaja,Tetapi dengan penuh belas kasihan, Aku akan membawa engkau pulang.+
8 Aku menjadi sangat murka lalu Aku menyembunyikan diri-Ku daripadamu untuk seketika,+Tetapi Aku akan mengasihanimu dan menunjukkan kasih setia kepadamu untuk selama-lamanya,”+ firman Yehuwa, Penebusmu.+
9 “Bagi-Ku, hal ini sama seperti pada zaman Nuh.+
Dahulu Aku telah bersumpah bahawa bumi tidak akan dibanjiri lagi seperti yang berlaku pada zaman Nuh,+Begitu juga Aku bersumpah bahawa Aku tidak akan murka lagi terhadapmu atau menghukummu.+
10 Biarpun gunung-gunung teralihDan bukit-bukit bergegar,Kasih setia-Ku tidak akan meninggalkanmu,+Dan perjanjian damai-Ku tidak akan dibatalkan,”+ firman Yehuwa, Tuhan yang berbelas kasihan terhadapmu.+
11 “Hai wanita yang ditindas,+ yang dipukul ribut, dan yang tidak mendapat kelegaan,+Aku akan membina tembok-tembokmu dengan batu-batu dan simen yang keras,Dan membina asasmu dengan batu nilam.+
12 Aku akan membina benteng-benteng kotamu dengan batu delima,Pintu gerbangmu dengan batu yang berkilauan,*Dan penanda sempadanmu dengan batu permata.
13 Aku, Yehuwa, akan mengajar anak-anakmu,+Dan mereka akan mendapat kedamaian yang berlimpah-limpah.+
14 Keadilan akan menjadi asasmu yang kukuh.+
Engkau akan terhindar daripada penindasan,+Dan engkau tidak perlu takut akan apa-apa pun.Engkau akan dijauhkan daripada hal-hal yang mengerikan.+
15 Jika sesiapa menyerang engkau,Serangan itu bukan atas perintah-Ku.
Sesiapa yang menyerang engkau akan dikalahkan.”+
16 “Lihatlah tukang besi yang meniup-niup bara apiLalu menghasilkan senjata.Akulah yang menciptakan tukang besi,
Dan Akulah yang menciptakan manusia yang mendatangkan kerosakan dan kemusnahan.+
17 Semua senjata yang dihasilkan untuk melawanmu akan menjadi tidak berguna.*+Semua orang yang menuduhmu di tempat pengadilan akan engkau buktikan bersalah.
Itulah warisan yang dimiliki hamba-hamba Aku, Yehuwa;Aku akan menganggap mereka sebagai orang yang melakukan apa yang benar,” firman Yehuwa.+