Yesaya 57:1-21

  • Orang baik dan orang setia sudah lenyap (1, 2)

  • Orang Israel menyembah berhala (3-13)

  • Orang yang rendah hati mendapat kelegaan (14-21)

    • Orang jahat bagaikan laut yang bergelora (20)

    • “Tidak ada kedamaian bagi orang jahat” (21)

57  Orang yang baik sudah lenyap,Tetapi tiada sesiapa pun yang ambil peduli. Orang yang setia sudah meninggal,+Tetapi tiada sesiapa pun yang sedarBahawa orang baik telah mati akibat malapetaka yang melanda.*   Semua orang yang baik berehat di dalam kubur,* Dan mereka mendapat kedamaian.   “Hai anak-anak ahli sihir,Keturunan penzina dan pelacur,Datanglah ke mari.   Siapakah yang kamu perolok-olokkan? Siapakah yang kamu cemuh dan ejek? Bukankah kamu keturunan pendustaDan orang yang melanggar hukum?+   Tidakkah kamu berkobar-kobar dengan nafsuDi bawah setiap pokok yang subur,+ di antara pokok-pokok yang besar?+Tidakkah kamu membunuh anak-anak di lembah*+Dan di celah-celah bukit batu?   Kamu memilih batu-batu yang licin dari lembah+ Dan menjadikannya harta kamu. Kamu bahkan mencurahkan wain dan mempersembahkan korban-korban kepada batu-batu itu.+ Adakah kamu menyangka bahawa Aku akan puas dengan semua ini?   Kamu menyediakan tempat tidur* di atas gunung yang menjulang tinggi,+Dan kamu naik ke situ untuk mempersembahkan korban.+   Kamu mendirikan tanda peringatan di belakang pintu dan tiang pintu. Kamu meninggalkan Aku dan menelanjangi diri kamu;Kamu naik ke tempat tidur dan meluaskan tempat itu. Kamu membuat perjanjian dengan kekasih-kekasih kamu. Kamu suka tidur bersama mereka,+Dan kamu memandang alat kelamin mereka.*   Kamu membawa minyak dan banyak wangi-wangianDan pergi menghadap Melekh.* Dengan menghantar utusan-utusan kamu ke tempat yang jauh,Kamu membiarkan diri kamu direndahkan sampai ke Kuburan.* 10  Meskipun kamu sudah bersusah payah mengikut pelbagai haluan,Kamu masih tidak berkata, ‘Semua itu sia-sia sahaja!’ Kamu mendapat kekuatan baharu, Maka kamu tidak putus asa. 11  Siapakah yang membuat kamu begitu takut dan gentarSehingga kamu mula berbohong?+ Kamu tidak ingat akan Aku,+ Dan kamu tidak mengambil peduli tentang apa-apa pun.+ Adakah kamu tidak takut dan hormat kepada-Ku Kerana Aku berdiam diri dan tidak mengambil tindakan terhadap kamu?+ 12  Segala perbuatan+ dan ‘kebaikan’+ kamu akan Aku dedahkan.Semua itu tidak akan mendatangkan manfaat kepada kamu.+ 13  Apabila kamu berseru meminta tolong,Semua berhala yang kamu kumpulkan itu tidak akan menyelamatkan kamu.+ Berhala-berhala itu akan diterbangkan angin;Dengan satu hembusan nafas, semua berhala itu akan dibawa pergi.Tetapi orang yang berlindung kepada-Ku akan mewarisi negeri iniDan memiliki gunung suci-Ku.+ 14  Kata-kata ini akan kedengaran: ‘Binalah sebuah jalan! Siapkanlah sebuah jalan!+ Singkirkanlah semua halangan di jalan umat-Ku.’” 15  Demikianlah firman Tuhan Yang Maha Tinggi,Tuhan yang hidup selama-lamanya,+ dan Tuhan yang suci nama-Nya:+ “Aku tinggal di tempat yang tinggi dan suci,+Tetapi Aku juga tinggal bersama mereka yang remuk hati dan rendah hati,Supaya Aku dapat memulihkan semangat orang yang rendah hatiDan menabahkan orang yang remuk hati.+ 16  Aku tidak akan menentang mereka selama-lamanyaAtau terus-menerus murka terhadap mereka.+Jika tidak, manusia* dan makhluk-makhluk yang Aku ciptakanAkan menjadi lemah dan tidak bermaya kerana Aku.+ 17  Aku murka kerana orang Israel berdosa dan mengaut keuntungan secara tidak jujur,+Maka Aku menghukum mereka dan berpaling daripada mereka. Meskipun Aku murka terhadap mereka, mereka masih suka memberontak+ dan bertindak sesuka hati. 18  Aku sudah melihat perbuatan mereka,Tetapi Aku akan menyembuhkan mereka+ dan memimpin mereka.+Aku juga akan melegakan hati mereka+ dan orang yang berkabung bersama mereka.”+ 19  Yehuwa berfirman, “Akulah yang membolehkan manusia mengucapkan pujian. Aku akan memberikan kedamaian yang berterusan, baik kepada orang yang dekat mahupun orang yang jauh,+Dan Aku akan menyembuhkan mereka. 20  Tetapi orang jahat bagaikan laut yang bergelora dan yang tidak pernah tenang,Yang airnya sentiasa membawa rumpai laut dan lumpur.” 21  Tuhanku berfirman, “Tidak ada kedamaian bagi orang jahat.”+

Nota Kaki

Atau mungkin, “Bahawa kematian telah menjauhkan orang baik daripada malapetaka.”
Harfiah, “di atas katil.”
Atau “wadi.”
Mungkin merujuk kepada mazbah orang kafir atau tempat ibadat.
Mungkin merujuk kepada perbuatan menyembah berhala.
Atau mungkin, “raja.”
Lihat Kamus.
Atau “nyawa manusia; kecenderungan mental manusia.” Lihat Kamus, “Roh.”