Yesaya 60:1-22
60 “Hai wanita, bangkitlah+ dan bersinarlah, kerana cahayamu sudah datang!
Kemuliaan Aku, Yehuwa, menyinarimu.+
2 Lihatlah! Kegelapan akan meliputi bumi,Dan kekelaman yang pekat akan menyelubungi bangsa-bangsa.Tetapi Aku, Yehuwa, akan menerangimu,Dan kemuliaan-Ku akan kelihatan pada dirimu.
3 Bangsa-bangsa akan datang kepada cahayamu,+Dan raja-raja+ akan tertarik kepada sinaranmu yang gemilang.*+
4 Pandanglah dan lihatlah di sekelilingmu!
Mereka semua telah berkumpul dan datang kepadamu;
Anak-anak lelakimu datang dari tempat yang jauh,+Dan anak-anak perempuanmu didukung dan dibawa kepadamu.+
5 Semasa engkau melihat hal itu, wajahmu akan berseri-seri;+Engkau akan berasa teruja, dan hatimu akan dipenuhi sukacita,Kerana kekayaan dari laut akan dihantar kepadamu,Dan harta bangsa-bangsa akan dibawa kepadamu.+
6 Pasukan unta* dari Midian dan Efa+Akan datang dan memenuhi negerimu.
Semua orang dari Syeba akan datangDengan membawa emas dan kemenyan putih.
Mereka akan memuji Aku, Yehuwa, di hadapan umum.+
7 Semua ternakan dari Kedar+ akan dibawa kepadamu.
Bebiri jantan dari Nebayot+ akan digunakan dalam ibadatmu.
Semua itu akan dipersembahkan di atas mazbah-Ku sebagai korban yang menyenangkan hati-Ku.+Sesungguhnya, Aku akan membuat Rumah-Ku yang mulia menjadi lebih indah lagi.+
8 Siapakah mereka yang melayang seperti awan,Seperti burung merpati yang sedang terbang ke rumahnya?
9 Penduduk di pulau-pulau akan berharap kepada-Ku.+Kapal-kapal dari Tarsis akan belayar di hadapanUntuk membawa pulang anak-anakmu dari tempat yang jauh.+Mereka akan membawa emas dan perakUntuk memuji nama Aku, Yehuwa, Tuhanmu, Tuhan Israel Yang Suci,Kerana Aku menyebabkan engkau dimuliakan.+
10 Bangsa asing akan membina tembok-tembokmu,Dan raja-raja mereka akan melayanimu.+Kerana kemurkaan-Ku, Aku telah menghukum engkau,Tetapi sekarang, Aku berkenan untuk mengasihani engkau.+
11 Pintu-pintu gerbangmu akan sentiasa terbuka+Dan tidak ditutup, baik siang mahupun malam,Supaya harta daripada bangsa-bangsa dibawa kepadamu.Raja-raja mereka akan berjalan di hadapan sambil membawa semua harta itu.+
12 Mana-mana bangsa atau kerajaan yang tidak mengabdi kepadamu akan lenyap.Bangsa-bangsa itu akan dimusnahkan sama sekali.+
13 Segala kemuliaan dari Lebanon,+Iaitu pokok juniper, pokok ash, dan pokok sipres, akan dibawa kepadamu,+Supaya tempat suci-Ku menjadi lebih indah.Sesungguhnya, Aku akan memuliakan tempat Aku meletakkan kaki-Ku.+
14 Anak-anak penindasmu akan datang untuk bersujud di hadapanmu;Semua orang yang menghinamu akan bersujud di kakimu.Mereka akan memanggil engkau kota Yehuwa,Sion milik Tuhan Israel Yang Suci.+
15 Meskipun dahulu engkau ditinggalkan, dibenci, dan tiada orang yang melaluimu,+Aku akan menjadikan engkau sumber kebanggaan yang kekalDan sumber sukacita untuk selama-lamanya.+
16 Bangsa-bangsa dan raja-raja akan memelihara engkau,+Seperti seorang ibu yang menyusui anaknya.+Pada masa itu, engkau pasti akan tahu bahawa Aku, Yehuwa, ialah Penyelamatmu,Dan bahawa Aku, Tuhan Yang Maha Kuat, Tuhan Yakub, ialah Penebusmu.+
17 Aku akan membawakan engkau emas sebagai ganti tembaga,Perak sebagai ganti besi,Tembaga sebagai ganti kayu,Dan besi sebagai ganti batu.Aku akan melantik kedamaian sebagai penyeliamuDan keadilan sebagai pengawasmu.+
18 Berita tentang keganasan tidak akan kedengaran lagi di negerimu;Kemusnahan dan kehancuran tidak akan berlaku lagi di dalam sempadan wilayahmu.+
Engkau akan memanggil tembok-tembokmu Penyelamatan+ dan pintu-pintu gerbangmu Pujian.
19 Matahari tidak lagi menjadi penerangmu pada siang hari,Dan bulan tidak lagi menjadi penerangmu pada malam hari,Kerana Aku, Yehuwa, akan menjadi cahaya abadi bagimu.+Aku, Tuhanmu, akan menjadi sumber keindahanmu.+
20 Mataharimu tidak akan terbenam lagi,Dan bulanmu tidak akan pudar,Kerana Aku, Yehuwa, akan menjadi cahaya abadi bagimu.+Masa engkau berdukacita akan berakhir.+
21 Semua pendudukmu akan melakukan hal yang benarDan memiliki negeri ini selama-lamanya.
Merekalah tunas yang Aku tanam,Hasil ciptaan-Ku+ yang akan mengagungkan Aku.+
22 Bangsa yang sedikit bilangannya akan bertambah banyak sehingga menjadi seribu,Dan bangsa yang kecil akan menjadi bangsa yang kuat.
Aku, Yehuwa, akan melakukan hal ini dengan segera,* tepat pada waktunya.”