Yesaya 65:1-25

  • Yehuwa menghukum penyembah berhala (1-16)

    • Dewa Nasib dan Dewa Takdir (11)

    • “Hamba-hamba-Ku akan makan” (13)

  • Langit baharu dan bumi baharu (17-25)

    • Membina rumah; mengusahakan ladang anggur (21)

    • Orang tidak akan berjerih lelah dengan sia-sia (23)

65  “Aku membiarkan diri-Ku dijumpai oleh mereka yang tidak bertanya tentang Aku;Aku membiarkan diri-Ku ditemui oleh mereka yang tidak mencari Aku.+ Aku berfirman, ‘Inilah Aku! Aku di sini!’ kepada bangsa yang tidak menyeru nama-Ku.+  2  Sepanjang hari, Aku menghulurkan tangan-Ku kepada bangsa yang degil,+Yang berjalan di haluan yang jahat,+Dan yang mengikut fikiran mereka sendiri.+  3  Mereka sering menghina Aku secara terang-terang;+Mereka mempersembahkan korban di taman-taman+ dan membakar korban di atas batu bata sehingga asap naik. 4  Mereka duduk di perkuburan+Dan bermalam di tempat-tempat yang tersembunyi;*Mereka memakan daging babi,+Dan periuk-periuk mereka penuh dengan kuah daripada makanan yang najis.+  5  Mereka berkata kepada orang lain, ‘Jauhilah kami. Jangan dekati kami,Kerana kami lebih suci daripada kamu!’* Seperti api yang menyala sepanjang hari, mereka asyik membuat Aku murka.  6  Semua itu tertulis di hadapan-Ku.Aku tidak akan berdiam diri.Sebaliknya, Aku akan membalas perbuatan mereka+Dan menghukum mereka dengan seberat-beratnya,  7  Kerana kesalahan mereka dan kesalahan nenek moyang mereka,”+ firman Yehuwa. “Mereka membakar korban di gunung-gunung sehingga asap naik,Dan mereka menghina Aku di bukit-bukit.+Oleh itu, pertama-tama, Aku akan menghukum mereka setimpal dengan perbuatan mereka.”  8  Yehuwa berfirman, “Semasa orang menjumpai gugusan buah anggur yang dapat dijadikan wain baharu,Mereka berkata, ‘Jangan musnahkan gugusan itu, kerana masih terdapat buah yang baik.’ Demikianlah yang akan Aku lakukan demi hamba-hamba-Ku;Aku tidak akan memusnahkan mereka semua.+  9  Aku akan mengumpulkan sejumlah orang daripada keturunan Yakub dan keturunan YehudaUntuk mewarisi kawasan pergunungan-Ku;+Orang yang Aku pilih akan memilikinya,Dan hamba-hamba-Ku akan menetap di sana.+ 10  Saron+ akan menjadi padang rumput bagi biri-biri,Dan Lembah* Akhor+ akan menjadi tempat beristirahat bagi ternakan.Aku akan melakukan hal ini bagi umat-Ku yang mencari Aku. 11  Tetapi kamu semua menolak Aku, Yehuwa,+Dan melupakan gunung suci-Ku.+Kamu menyediakan meja makan bagi Dewa Nasib,Dan kamu mengisi cawan dengan wain bagi Dewa Takdir. 12  Maka Aku akan membiarkan kamu dibunuh dengan pedang,+Dan kamu semua akan berlutut untuk disembelih.+Aku memanggil, tetapi kamu tidak menjawab;Aku berfirman, tetapi kamu tidak mendengar.+Kamu asyik melakukan apa yang jahat di mata-Ku,Dan kamu memilih untuk melakukan perkara yang tidak menyenangkan hati-Ku.”+ 13  Demikianlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat: “Lihatlah! Hamba-hamba-Ku akan makan, tetapi kamu akan kelaparan.+ Hamba-hamba-Ku akan minum,+ tetapi kamu akan kehausan. Hamba-hamba-Ku akan bersukacita,+ tetapi kamu akan dimalukan.+ 14  Hamba-hamba-Ku akan bersorak-sorai kerana hati mereka dipenuhi sukacita,Tetapi kamu akan menangis kerana bersedihDan meraung-raung kerana patah semangat. 15  Nama yang kamu tinggalkan akan digunakan oleh umat pilihan-Ku sebagai kutukan.Aku, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, akan membunuh setiap seorang daripada kamu,Tetapi Aku akan memanggil hamba-hamba-Ku dengan nama yang baharu.+ 16  Sesiapa di bumi yang memohon berkat bagi dirinya sendiriAkan menerima berkat daripada Aku, Tuhan kebenaran,*Dan sesiapa di bumi yang bersumpahAkan bersumpah demi Aku, Tuhan kebenaran.*+ Penderitaan* pada masa lalu akan dilupakan,Dan Aku tidak akan melihat semua itu lagi.+ 17  Lihatlah! Aku menciptakan langit baharu dan bumi baharu;+Perkara-perkara yang lama tidak akan terlintas dalam fikiran lagi,Dan tidak akan dikenang sama sekali.*+ 18  Bergiranglah dan bersukacitalah selama-lamanya kerana apa yang Aku ciptakan. Lihatlah! Yerusalem yang Aku ciptakan akan menjadi sumber kegembiraan,Dan penduduknya akan menjadi sumber kebahagiaan.+ 19  Aku akan bersukacita kerana umat-Ku dan bergembira kerana Yerusalem;+Ratapan dan tangisan tidak akan kedengaran di sana lagi.”+ 20  “Di sana, orang yang tua akan berumur panjang,Dan tidak akan ada lagi bayi yang hidup hanya untuk beberapa hari. Meskipun orang yang berdosa hidup sehingga seratus tahun, dia akan mati kerana dikutuk;*Orang yang meninggal pada usia seratus tahun akan dianggap sebagai orang yang masih muda. 21  Orang akan membina rumah dan mendiaminya;+Mereka akan mengusahakan ladang anggur dan memakan hasilnya.+ 22  Rumah yang dibina oleh mereka tidak akan didiami oleh orang lain,Dan apa yang ditanam oleh mereka tidak akan dimakan oleh orang lain. Umur umat-Ku akan sepanjang umur pokok,+Dan umat pilihan-Ku akan menikmati hasil kerja mereka dengan sepuas-puasnya. 23  Mereka tidak akan berjerih lelah dengan sia-sia,+Dan anak yang dilahirkan mereka tidak akan ditimpa malapetaka,Kerana mereka dan anak cucu merekaMerupakan keturunan yang Aku, Yehuwa, berkati.+ 24  Sebelum mereka berseru kepada-Ku, Aku sudah menjawab;Sewaktu mereka sedang berkata-kata, Aku sudah mendengar. 25  Serigala dan anak bebiri akan makan bersama-sama;Singa akan makan jerami seperti lembu jantan,+Dan ular akan makan debu. Binatang-binatang itu tidak akan membawa celaka atau kemusnahan di seluruh gunung suci-Ku,”+ firman Yehuwa.

Nota Kaki

Atau mungkin, “di pondok-pondok jaga.”
Atau mungkin, “Kerana jika kamu berbuat demikian, kamu akan menjadi suci disebabkan kami!”
Atau “Dataran Rendah.”
Atau “Tuhan yang setia.”
Atau “Tuhan yang setia.”
Atau “Kesusahan.”
Atau “tidak akan timbul dalam hati lagi.”
Atau mungkin, “Orang yang mati sebelum berusia seratus tahun akan dianggap sebagai orang yang dikutuk.”