Yesaya 66:1-24
66 Demikianlah firman Yehuwa:
“Syurga ialah takhta-Ku dan bumi ialah alas kaki-Ku.+
Jadi, di manakah rumah yang akan kamu dirikan bagi-Ku?+Di manakah tempat istirahat-Ku?”+
2 “Aku menjadikan semua itu dengan tangan-Ku sendiriSupaya semua itu wujud,” firman Yehuwa.+
“Namun, Aku akan memperhatikan orang yang rendah hati dan yang hancur hati;Aku juga akan memperhatikan orang yang takut kepada firman-Ku.+
3 Orang yang menyembelih lembu jantan bagaikan orang yang membunuh orang lain.+
Orang yang mempersembahkan bebiri bagaikan orang yang mematahkan leher anjing.+
Orang yang mempersembahkan korban bagaikan orang yang mempersembahkan darah babi.+
Orang yang membakar kemenyan putih+ bagaikan orang yang mengucapkan berkat dengan membaca mantera.*+
Mereka semua memilih haluan masing-masing,Dan mereka menyukai hal-hal yang menjijikkan.
4 Aku memanggil, tetapi mereka tidak menjawab;Aku berfirman, tetapi mereka enggan mendengar.+
Mereka asyik melakukan apa yang jahat di mata-KuDan memilih untuk melakukan perkara yang tidak menyenangkan hati-Ku.+
Maka Aku akan menentukan hukuman yang akan dijatuhkan kepada mereka,+Dan menyebabkan mereka ditimpa bencana yang ditakuti mereka.”
5 Hai kamu yang takut kepada firman Yehuwa, dengarlah firman-Nya:
“Saudara kamu membenci kamu dan menolak kamu kerana nama-Ku. Mereka berkata, ‘Semoga Yehuwa dimuliakan!’+
Apabila Aku menunjukkan diri-Ku kelak,Mereka semua akan dimalukan, tetapi kamu akan bersukacita.”+
6 Dengarlah bunyi riuh-rendah di dalam kota; dengarlah bunyi dari Rumah Tuhan!
Yehuwa sedang menghukum musuh-musuh-Nya setimpal dengan perbuatan mereka.
7 Sebelum Sion mengalami sakit beranak, dia sudah melahirkan anak;+
Sebelum wanita itu mengalami sakit bersalin, dia sudah melahirkan seorang anak lelaki.
8 Pernahkah sesiapa mendengar hal sedemikian?
Pernahkah sesiapa melihat hal sebegitu?
Dapatkah sebuah negeri dijadikan dalam masa sehari?
Atau dapatkah sebuah bangsa dilahirkan dalam masa sesaat?
Namun, sebaik sahaja Sion dilanda rasa sakit beranak, anak-anak lelakinya sudah dilahirkan.
9 “Adakah Aku akan membuka rahim seorang ibu, tetapi tidak membenarkan anaknya dilahirkan?” firman Yehuwa.
“Atau adakah Aku akan membiarkan seorang anak hampir dilahirkan, tetapi kemudiannya menutup rahim ibunya?” firman Tuhan kamu.
10 Bersukacitalah dan bergembiralah bersama Yerusalem,+ hai kamu semua yang mengasihi kota itu.+
Bergiranglah bersamanya, hai kamu semua yang berkabung kerananya dahulu.
11 Sebagaimana seorang ibu menyusui anaknya sehingga kenyang, demikian juga Yerusalem akan memelihara kamu.Kamu akan dipuaskan dan dipenuhi sukacita kerana dia telah dimuliakan.
12 Inilah firman Yehuwa:
“Aku akan mengurniainya kedamaian yang mengalir seperti sungai,+Dan dia akan menikmati kemuliaan bangsa-bangsa, yang bagaikan aliran air yang deras.+
Kamu akan menjadi seperti anak yang disusui, didukung,Dan yang dibelai-belai di pangkuannya.
13 Sebagaimana seorang ibu melegakan anaknya,Aku juga akan sentiasa melegakan kamu.+Kamu akan mendapat kelegaan kerana Yerusalem.+
14 Apabila kamu melihat hal itu, hati kamu akan bersukacita;Tulang-tulang kamu akan menjadi kuat seperti rumput muda.
Kuasa-Ku akan diketahui oleh hamba-hamba-Ku,Dan Aku, Yehuwa, akan menunjukkan kemurkaan-Ku terhadap semua musuh-Ku.”+
15 “Aku, Yehuwa, akan datang seperti api;+Kereta-kereta kuda-Ku bagaikan angin ribut.+Dengan kemarahan dan kemurkaan-Ku, Aku akan datang untuk melakukan pembalasan,Dan hukuman-Ku bagaikan api yang berkobar-kobar.+
16 Dengan api dan pedang, Aku, Yehuwa,Akan melaksanakan penghakiman terhadap semua orang.Aku, Yehuwa, akan membunuh banyak orang.
17 “Ada orang yang menyucikan diri agar dapat memasuki taman-taman+ untuk menyembah berhala yang terletak di tengah-tengah taman. Mereka memakan daging babi,+ tikus,+ dan pelbagai makanan yang menjijikkan. Orang sebegitu akan dilenyapkan,” firman Yehuwa.
18 “Oleh sebab Aku mengetahui perbuatan dan fikiran mereka, Aku akan datang untuk mengumpulkan orang daripada segala bangsa dan bahasa. Mereka akan datang dan melihat kemuliaan-Ku.”
19 “Aku akan menunjukkan perbuatan-Ku yang perkasa sebagai suatu tanda. Aku akan mengutus beberapa orang yang terselamat kepada bangsa-bangsa, kepada orang yang mahir menggunakan busur, iaitu orang di Tarsis,+ Pul, dan Lud.+ Aku juga akan mengutus mereka kepada orang di Tubal, Yawan,+ dan pulau-pulau yang jauh. Orang di tempat-tempat itu tidak pernah mendengar tentang Aku dan tidak pernah melihat kemuliaan-Ku. Orang yang Aku utus akan memberitakan kemuliaan-Ku dalam kalangan bangsa-bangsa.+
20 Mereka akan membawa semua saudara kamu keluar daripada bangsa-bangsa lain+ sebagai persembahan kepada Aku, Yehuwa. Mereka akan menaiki kereta kuda, kereta lembu, kuda, baghal, dan unta,* ke Yerusalem, gunung suci-Ku. Mereka akan berbuat demikian seperti orang Israel yang membawa persembahan di dalam bekas yang bersih ke rumah milik Aku, Yehuwa,” firman Yehuwa.
21 “Aku akan mengambil beberapa orang daripada mereka untuk menjadi imam dan orang Lewi,” firman Yehuwa.
22 “Sebagaimana langit baharu dan bumi baharu+ yang Aku ciptakan akan kekal di hadapan-Ku, keturunan kamu dan nama kamu juga akan kekal,”+ firman Yehuwa.
23 “Semua orang akan datang untuk bersujud di hadapan-Ku.*+Mereka akan berbuat demikian setiap bulan dan setiap minggu,”* firman Yehuwa.
24 “Mereka akan keluar dan melihat mayat orang yang telah memberontak terhadap-Ku.Ulat di atas mayat-mayat itu tidak akan mati,Dan api yang membakar mayat-mayat itu tidak akan padam.+Pemandangan itu sungguh menjijikkan bagi semua manusia.”