Yesaya 9:1-21

  • Cahaya yang gemilang menyinari tanah Galilea (1-7)

    • Kelahiran “Raja Damai” (6-7)

  • Tuhan menentang umat Israel (8-21)

9  Namun, kegelapan yang menimpa negeri ini tidak akan seteruk kesusahan yang berlaku ketika tanah Zebulun dan tanah Naftali dipandang hina.+ Pada masa depan, Tuhan akan mendatangkan kemuliaan kepada tempat-tempat yang dipandang hina itu—jalan di tepi laut, kawasan Sungai Yordan, Galilea yang didiami bangsa-bangsa lain.   Orang yang berjalan dalam kegelapanTelah melihat cahaya yang gemilang. Orang yang tinggal di negeri yang gelap-gelitaTelah disinari cahaya.+   Ya Tuhan, Engkau telah membuat bangsa ini bertambah banyak;Engkau telah memberi mereka sukacita yang besar. Mereka bergembira di hadapan-Mu,Seperti orang yang bersukacita semasa menuai hasil tanaman,Dan seperti orang yang bergembira semasa membahagi-bahagikan barang jarahan.   Engkau telah menghancurkan kuk* yang membebankan mereka dan mematahkan kayu yang digunakan untuk memukul bahu mereka.Engkau memusnahkan tongkat yang dipegang oleh pengawas abdi mereka,Sebagaimana Engkau mengalahkan orang Midian pada masa dahulu.+   Kasut para askar yang menggegarkan bumi ketika mereka berkawadDan semua pakaian mereka yang berlumuran darahAkan musnah dijilat api.   Seorang anak telah dilahirkan bagi kita;+Seorang anak lelaki telah dikurniakan kepada kita.Dia akan memikul tugas sebagai pemerintah.+ Dia akan dipanggil Penasihat Bijaksana,+ Tuhan yang Berkuasa,*+ Bapa Kekal, dan Raja Damai.   Kekuasaannya sebagai pemerintah akan terus bertambah;Pemerintahannya akan membawa kedamaian yang tidak berkesudahan.+Dia akan duduk di atas takhta Daud+ untuk memerintah.Dia akan mengukuhkan+ dan menguatkan kerajaannyaBerdasarkan keadilan+ dan kebaikan,+Dari sekarang hingga selama-lamanya. Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan melaksanakan hal ini dengan semangat yang membara.   Yehuwa telah memberikan amaran kepada keturunan Yakub,Dan perkhabaran-Nya telah disampaikan kepada orang Israel.+   Semua orang akan mendengar amaran itu.Sesungguhnya, orang Efraim dan penduduk Samaria akan mendengarnya.Dengan sombong dan tinggi hati, mereka berkata, 10  “Bangunan-bangunan yang diperbuat daripada batu bata telah roboh,Tetapi kami akan membina bangunan yang diperbuat daripada batu yang dipahat.+ Pokok-pokok ara telah ditebang,Tetapi kami akan menggantikannya dengan pokok sedar.” 11  Yehuwa akan menggerakkan musuh-musuh Rezin untuk menyerang mereka.Dia akan mendorong musuh orang Israel untuk bertindak. 12  Bangsa Siria akan datang dari timur dan bangsa Filistin akan datang dari barat.+Bangsa-bangsa itu akan mengangakan mulut untuk menelan Israel.+ Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+ 13  Meskipun umat ini dihukum oleh Tuhan, mereka tidak kembali kepada-Nya;Mereka tidak mencari Yehuwa, ketua angkatan syurga.+ 14  Dalam masa sehari Yehuwa akan bertindak.Dia akan memotong kepala dan ekor serta tunas dan rumput tinggi* di Israel.+ 15  Para pemimpin yang terhormat ialah kepala,Dan nabi yang memberikan ajaran sesat ialah ekor.+ 16  Para pemimpin telah menyesatkan rakyat;Mereka telah menyebabkan rakyat keliru. 17  Seluruh umat ini murtad dan jahat;+Mereka semua mengucapkan kata-kata yang bodoh.Oleh itu, Yehuwa tidak akan menyukai orang muda mereka,Dan Dia tidak akan berbelas kasihan terhadap anak yatim dan balu mereka. Namun, kemurkaan-Nya belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+ 18  Kejahatan mereka bagaikan api yang menyala,Yang menghanguskan lalang dan semak berduri. Belukar di hutan turut terbakar,Sehingga asap naik berkepul-kepul. 19  Oleh sebab Yehuwa, ketua angkatan syurga, sangat murka,Negeri ini dibakar,Dan penduduknya menjadi bahan api. Tiada seorang pun yang akan mengasihani saudaranya. 20  Mereka akan memotong apa-apa sahaja yang berada di sebelah kanan mereka untuk dimakan,Tetapi mereka masih akan lapar.Mereka akan memotong apa-apa sahaja yang berada di sebelah kiri mereka untuk dimakan,Tetapi mereka masih tidak akan puas. Orang akan memakan daging lengan sendiri; 21  Orang Manasye akan membaham orang Efraim,Dan orang Efraim akan membaham orang Manasye. Mereka akan bersama-sama menyerang Yehuda.+ Namun, kemurkaan Tuhan belum reda kerana mereka begitu jahat.Maka, Dia masih akan menghulurkan tangan-Nya untuk menghukum mereka.+

Nota Kaki

Lihat Kamus.
Istilah “Tuhan yang Berkuasa” diterjemahkan daripada perkataan ʼEl Gib·bohrʹ. Perkataan ini berbeza daripada ʼEl Shad·daiʹ yang diterjemahkan sebagai “Tuhan Yang Maha Kuasa,” seperti yang terdapat di Kej 17:1.
Atau mungkin, “serta dahan pokok palma dan mensiang.”